Friday 13 August 2010

Kami

Sebentar lagi kami akan pulang ke kampung saya.
Minggu depan Teddy akan berangkat ke negara matahari terbit.
Saya dan Teddy Kecil pasti akan merindui Teddy.

Kami jarang berpisah.
Jadi pastinya nanti akan rindu-rinduan.

Keluarga kecil kami pada saya, sangat sempurna.
Saya tak perlukan harta benda atau kemewahan untuk bahagia.
Saya tak peduli jika tiada sesen pun duit dalam dompet saya.
Saya rasa bahagia dengan apa yang kami ada sekarang.
Sempurna.

Alhamdulillah.


Tuesday 10 August 2010

Salam Ramadhan

Cik Diari,

Salam Ramadhan saya ucapkan.

Semoga segala salah dan silap saya akan dimaafkan.
Semoga Ramadhan kali ini akan jadi lebih bermakna.


Oh, ya..
Semalam mama dah dapat cetakan kanvas yang saya kirimkan itu.
Dia terharu bercampur sedih.
Terharu sebab gembira.
Sedih melihat gambar kenangan kucing-kucingnya yang sudah tiada - Manja & Embang
Sedih melihat gambar kenangan kereta lamanya - kereta Atos.
Saya tak bermaksud buat dia sedih,
tapi sekadar untuk membingkaikan sekeping kanvas
yang pernah menjadi cebisan kenangan terindah mama.

Hujung minggu ini saya akan pulang ke kampung halaman, Batu Pahat untuk tempoh seminggu.
Teddy akan ke kilang Mitsubishi di Okazaki, Jepun minggu depan.
Tahun lepas dia ke Bangkok.
Tahun ni ke Jepun pula. Nasib baik tak lama.

Malam tadi saya menyambung kerja yang terbengkalai sekian lama.
Bukufoto kami masih tidak terbuat-buat.
Baru 5 mukasurat.
Jadi saya tambah lagi 2 mukasurat..
2 mukasurat digabung menjadi 1.
Entah bila nak siap saya tak pasti.
Ada 33 mukasurat lagi yang kosong.


Friday 6 August 2010

Gambar kanvas untuk mama

Dah siap dah..
Sayangnya, saya tak dapat lihat.
Ianya terus dipos ke Batu Pahat.
Esok Insya Allah akan sampai ke tangan mama saya.

Saya harap mama akan suka..

Wednesday 4 August 2010

Emosi

Cik Diari,

Saya tengah emosi sekarang ni.
Dari tengah malam tadi saya diserang emosi negatif.

HDD baru saya tak dapat dikesan oleh komputer!
..dan ia ada kena mengena dengan 'safe removal'.
Kepada sesiapa yang mempunyai laptop tertamanya DELL,
(Laptop lain jarang ada masalah ini kecuali DELL)
sila hati-hati dengan amaran safe removal nya ya?
Sila jangan terus tutup PC sebelum anda betul-betul yakin
external anda selamat untuk dibuka.

Nanti jadi macam saya.


Saya emosi kerana semua data-data kesayangan saya sudah dimasukkan ke dalamnya.
Saya emosi kerana telah bersusah-payah memuat-turun siri Chuck Season 3 berhari-hari
Saya emosi kerana telah mengosongkan laptop Toshiba saya
Saya emosi kerana saya BARU je dapat HDD tu minggu lepas dari Teddy.

Walaupun sekarang saya dalam proses memulihkan datanya,
tapi yang keluar bersepah-sepah tanpa folder asalnya.
Kejam.
Tak tahulah nanti berapa banyak masa
yang saya akan ambil untuk mengemaskannya kembali.
(saya sentiasa pastikan PC saya kemas. Tiada icon/folder yang bersepah)

Tak apalah.
Asalkan saya dapat kembali semua data saya.


Nasib baik saya ada ini,
Pengubat jiwa lara saya..





Alamak,
Teddy..

Tengoklah rambut budak tu dah kembang semacam.
Sila jalankan tugas anda ye?

Monday 2 August 2010

Projek saya

Saya baru sahaja hantar 1 imej untuk dicetak.
Cetakan canvas bersaiz 18x42 inci..
Sila klik sini untuk info cetakan canvas.


Untuk mama saya.


Cik diari,

Syhhh.. rahsia tau!
Saya mahu beri dia kejutan.

Harap-harap sebelum puasa dia akan dapat ini..






..dan cik diari..

Saya rasa tiba masa untuk saya dedahkan 1 rahsia saya.
Ingat lagi tulisan saya akhir tahun yang lepas?
Sini la.. takkan awak tak ingat cik Diari?

Saya ada cerita tentang 2 projek mega-rahsia tahun ini.
Projek mega pertama dah tertunai - Ambil gambar kahwin.
Projek mega kedua..

baru bermula..
Saya tak berhasrat untuk promosikannya secara besar-besaran lagi.
..sebab saya tak punya banyak masa.

Sebab tu saya sering tidur pukul 4-5 pagi setiap hari.
Kerana projek mega saya yang ini..



Projek men'design' buku gambar (photobook).

Saya baru-baru nak mencuba.
Peluang untuk saya mngasah bakat yang kononnya terpendam.
Supaya pengetahuan yang ada tidak berkarat dimakan masa.

Ini antara hasilnya..











Cik Diari,
tolong beritahu kepada sesiapa yang berminat..

Sila hubungi saya senyap-senyap. Hehe..
Terpulang pada kelapangan saya.

Oh ya.. beritahu mereka,
jangan risau tentang harga.
Saya bukan professional designer untuk tekan harga mahal.. ;)


Setakat ini sahaja cik Diari.
Jumpa awak lain kali ya?
Related Posts with Thumbnails