Wednesday 22 September 2010

Diari Syawal - bahagian 2

2 Syawal

Giliran kampung saya di Batu Pahat pula.

Kami bergilir tiap tahun begini.
Disebabkan raya pertama yang paling meriah dan bermakna,
jadinya..
raya kedua dan seterusnya (hingga cuti raya habis)
perlu beraya di kampung lagi satu.
Adil begitu.



3 Syawal..

Potret keluarga dengan mama saya.



Saya ada buat makan-makan sedikit untuk kawan saya.
Walaupun yang muncul cuma 3 orang,
tapi kedatangan mereka sangat-sangat bermakna.
Mereka gigih meneruskan warisan setiap tahun yang kami amalkan,
sejak dari aman sekolah rendah.

Terima kasih buat Shu, Yati dan Ely..
Saya sayang kamu bertiga!

Tuesday 21 September 2010

Diari Syawal - bahagian 1

Hi cik Diari..

Lama saya bercuti dan beraya di kampung.
Sebelum saya lupa semua kenangan manis syawal tahun ini,
baik saya cerita pada awak.
Lebih pada gambar sebab saya tak rajin menaip.

Raya pertama saya sambut meriah di kampung halaman Teddy, di Rasa.

Selepas pulang dari masjid untuk solat Aidilfitri,
kami mulakan sessi bergambar wajib.

Ini gambar kami sekeluarga (tiada dalam gambar - Kak Nit, kakak ipar saya).

Monday 6 September 2010

Rezeki Ramadhan

Cik Diari,
Saya dah niat..sebelum berakhirnya bulan berkat ni,
Saya nak beritahu awak sesuatu.


Bulan Ramadhan ni tinggal berapa hari je lagi.
Saya gembira kerana Ramadhan kali ni saya rasa amat bermakna.

Kawan-kawan ramai yang puji saya nampak kurus..
Saya dah berjaya mencapai berat ideal saya.
Angka di penimbang sudah mula menunjukkan nilai di bawah takuk 60kg.
Saya tak ingat bila kali terakhir saya seringan ini.
Ya, betul.
Sejujurnya..selama ini BMI saya melebihi dari yang sepatutnya.

Masa Teddy ke Jepun tempoh hari, saya kurang sihat.
Badan lemah dan letih teramat.
Pukul 5 petang saya dah terkulai dan hampir pitam.
Tak pernah rasanya saya rasa seteruk itu ketika berpuasa.
Sebab itu saya tidak mampu menggagahkan diri untuk mengadap PC.
Teddy kecil perlu diawasi sendiri kerana Daddynya tiada membantu.


18 Ogos 2010,
saya nekad untuk mencari punca penyakit saya.



Rupanya..









Alhamdulillah, rezeki Ramadhan..
Teddy Kecil bakal dapat adik nampaknya.
Terima kasih pada sahabat saya, Fydayu kerana sudi 'bersubahat' dengan saya
untuk membelikan alat ujian kehamilan ini.

Teddy Kecil akan jadi abang.
Jadi saya mahu tukarkan panggilannya kepada Teddy Jr.
Bunyinya macam 'budak besar' sedikit.

Kali ini ujian minggu-minggu pertama kehamilan agak berbeza dari dulu.
Alhamdulillah saya kurang rasa loya dan cuma muntah dua-tiga kali sahaja.
Ponteng puasa 3 hari dan perlu diganti dengan puasa dan bayaran fidyah kelak.
Ponteng sebab perut terlalu sakit dan pedih sehingga saya tak mampu bergerak.

Cabaran kali ini,
Saya mengandung dan masih menyusukan Teddy Jr. secara ekslusif.
Nutrien badan saya diserap lebih pantas 2 kali ganda dari yang sepatutnya.
Akibatnya saya sering rasa terhidrasi dan letih teramat di bulan puasa ini.
Siang saya banyak habiskan masa dengan berehat dan mengumpul tenaga.

Kandungan kali ini 'ter' awal beberapa bulan dari rancangan asal.
Walaupun saya kurang bersedia menerima berita ini,
namun saya benar-benar gembira.

Sebelum ini saya mengaku agak sensitif bila diajukan soalan
" Bila nak bagi Kimi adik? "

Bukan apa, saya rasa soalan itu agak sensitif pada saya.
Adat orang Melayu ni memang selalunya berkisarkan pada keluarga.

Bila perempuan tu dah lebih 27 tahun dan masih bujang, mesti dapat soalan "Kau ni bila nak kahwin?"
Bila dah 4-5 bulan berkahwin, soalan wajib mesti "Dah berisi ke belum?"
Bila dah ada anak seorang, ada soalan susulan "Bila nak tambah lagi?"
Bila dah setahun dua berkahwin masih tiada anak, "Kau ni tak usaha betul-betul ke? Tak cuba Biodex?"

Pada saya, semua itu ketentuan Tuhan.
Tak payahlah susah-payah nak bertanya sebab jawapannya hanya Dia yang tahu.
Kadang-kadang soalan yang macam tu sukar diterima oleh banyak pihak.
Jadi, kenapa masih ada yang bertanya?

Jangan salah anggap.
Saya sensitif cuma pada soalan itu.
Tapi saya sememangnya tidak menolak rezeki yang dikurniakan ini.

Bak kata Gary, (teman serumah berbangsa Cina saya sewaktu di UK dulu)
"Kalau kita pandai sangat merancang pun,
kalau tiba-tiba Tuhan tak bagi jadi.. siapa yang susah?"

Orang yang bukan Islam pun percaya pada ketentuan Tuhan ni.

Memang kami sudah merancang untuk menambah keluarga.
Tak mahulah jarak antara anak yang terlalu rapat atau terlalu jauh.
Jadi kandungan kali ini walaupun agak awal dari yang sepatutnya,
tapi masih dalam jarak yang boleh diterima.

Tapi nampaknya,
ada tiket penerbangan ke Jogja bulan May tahun hadapan yang perlu dibatalkan..

Hehehe..

Tulah, pandai sangat merancang kan?

Wednesday 1 September 2010

Kota Kinabalu

Cik Diari,
Lama saya tak bercerita dengan awak kan?
Akhir-akhir ni saya mudah penat.
Jadi, mengadap PC bukan pilihan utama lagi.
Minta maaf.

21hb Ogos yang lepas, kami sekeluarga bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah.
Bercuti di bulan Ramadhan?
Betul.

Sebenarnya ini akibat tamak haloba.
Gara-gara Air Asia buat promosi tiket percuma.
Tiket dah siap ditempah bulan November tahun 2009.
Main ambil je tarikh mana-mana.
Sekali kena pada bulan puasa. Hehe..

Kapal terbang pertama Kimi..


Tapi sebenarnya ok je.
Lagipun Sabah berbuka awal 1 jam dari sini.
Kan untung tu? hehe..

Kami di sana selama 3 hari 2 malam.
Bermalam di Hotel murah, Tune Hotel.
Yang menariknya, hotel tu di dalam bangunan pusat membeli belah
terbesar di Sabah - 1 Borneo.
Turun-turun dari hotel, pakai baju tidur boleh membeli-belah.



Hari pertama di sana sudah hampir petang.
Hujan pula turun selebat-lebatnya.
Kami tak berpeluang menerjah bandar Kota Kinabalu.
Jalan-jalan di 1 Borneo sahaja..


Hari kedua,
Malam sebelumnya suhu badan Teddy Kecil agak tinggi.
Jadi kami tak mahu ambil risiko dengan banyak aktiviti.
Tengahari baru keluar dari hotel.
Teksi berharga RM25 sehala dari 1 Borneo ke Jesselton Point.
Hasrat utama mahu melihat keindahan pulau di Sabah.

Malangnya cuaca tidak menyebelahi kami.
Hujan lagi.
Kami batalkan sahaja niat awal kami tu.
Mungkin ada rezeki lain kali sahaja.

Tapi Teddy Kecil gembira melihat bot-bot di jeti sana.
Mulut riuh menyebut perkataan 'bok' untuk bot.
Kamu sedah kenal keretapi, kapal terbang, dan kini bot.
Kamu memang selalu buat kami bangga..






Petang sedikit,
sudah hampir waktu berbuka kami ke pusat bandar.
Pastilah menuju ke tarikan utama pelancong di sana - Pasar Filipina.
Nasib kami baik kerana sempat sampai sebelum kedai ditutup.
Kami diberitahu pada bulan puasa biasanya kedai ditutup awal.
Biasanya buka sampai malam.

Cenderahati wajib untuk keluarga, apa lagi kalau bukan Mutiara Sabah.


Waktu berbuka - 6.28pm.

Kami menuju ke arah gerai-gerai makanan laut di belakang Pasar Filipina.
Memang sangat seronok melihat udang, sotong dan ketam yang bersaiz gergasi.
Kami tidak mahu tamak dan memilih hanya 1 jenis ikan, 2 sotong dan 1 udang besar.
Kami tambah ulam-ulaman yang merupakan rumpai laut, mangga muda dan bawang besar.
Rupanya agak pelik, seperti telur ikan tetapi sedap juga.

Ikan bakarnya sangat-sangat sedap dan pastinya segar dari laut.
Cuma tambah air asam dah cukup membangkit selera.
Memang betul-betul puas hati.
Harga semuanya cuma RM54.








Sebelum pulang ke hotel, saya membeli 1 ekor udang lagi.
Kurang pasti udang apa namanya,
tapi rasanya seperti ketam.
Memang sedap!




Hari ketiga,
Kami habiskan masa di 1 Borneo sahaja.
Untunglah Teddy Kecil tidak jadi demam.
Tapi kami tidak mahu terlalu banyak aktiviti hingga memenatkan dia.

Membeli-belah untuk baju raya Teddy Kecil.
Teddy beli tali pinggang.
Saya beli baju warna merah jambu (lagi?)


Pulang ke LCCT menaiki penerbangan pukul 5.10pm.
Saya gembira penerbangan kami lancar
Teddy Kecil juga tertidur sepanjang perjalanan.


Sekian laporan untuk percutian kali ini.
Awal bulan 10 ini kami akan bercuti lagi...
..juga dengan tiket percuma Air Asia yang kami beli akhir tahun lepas.
Related Posts with Thumbnails