Thursday 28 October 2010

Teddy Jr.

Teddy Jr. saya sudah 1 tahun 9 bulan++
Sudah pandai macam-macam..
Budak bijak ni selalu buat kami tergelak dengan keletahnya.
Yang paling membanggakan,
dia sudah pandai menyebut banyak perkataan.

Apa saja perkataan baru yang kami ajarkan,
dia akan turut menyebutnya..
walaupun kadang-kadang yang kedengaran hanya separuh perkataan.

Daddy dia selalu ajar benda-benda berkaitan kenderaan.
Usia belum 2 tahun,
jika ditanya mana enjin motorsikal, tayar, exhaust, lampu, tangki minyak..
semua dia tahu.
Bahkan nampak pam minyak dia akan menyebut "..nyak.."
tak kira pam minyak jenama apa.
Pam minyak di Jakarta pun dia kenal.

Saya pula banyak mengajar dia benda-benda di rumah..
terutamanya di dapur.
Dapur adalah tempat kegemaran Kimi.

Bila saya mengemas atau memasak,
dia akan duduk di atas kabinet dapur sambil memerhati.

Dia kenal kentang, bawang, api, minyak masak..
Kalau saya buka api dia akan duduk jauh-jauh.
Dia kata "nas.." untuk panas.
Saya selalu ingatkan dia, api itu panas.
Jangan duduk dekat-dekat.

Bila nampak sos cili atau sambal,
dia tak berani usik atau makan.
"dass.." katanya. Pedas.

Bila dapur tidak digunakan, saya benarkan giliran dia pula memasak.
Saya berikan kuali Italy non-stick saya itu untuk dia jahanamkan.
Kuali dia letakkan sendiri atas dapur.
Dia dengan sendirinya mengikut apa yang saya buat selalu.
Masukkan kentang dan bawang dalam kuali.
Konon-konon memasak.

Bila haus dia pandai minta air.
"nak.. num.."

Bila mahu ke mana-mana,
dia akan tarik tangan saya atau daddynya..
"tum.. tumm.." (jom)

Bila sedang asyik dengan sesuatu
dan kami mengajaknya ke mana-mana,
dia akan angkat tangannya di hadapan "jap..jap"

Bila di dalam kereta,
tak payah nak diajar pun.
Pembuka tong minyak pun dia tahu di mana.
Lampu kereta dia yang bukakan.
Kalau pintu terbuka dia akan bising suruh tutup "tup..tup"

Yang bagusnya dia tahu peraturan yang kami wujudkan.
Kalau mahu duduk hadapan, pakai tali pinggang keledar.
Kalau tak mahu diikat,
dia akan terus melompat ke tempat duduk belakang untuk bersama saya.

Belum 2 tahun dah pandai mengira satu sampai empat.
Walaupun yang kedengaran cuma "..tu.. pat.."
sambil buat-buat mengira sesuatu..
Kira lampu jalan, kira duit, kira macam-macam..
"tu, pat.. tu, pat.." hehehe..

Kalau mengira dalam Bahasa Inggeris,
"two.. four.."
main kira lompat-lompat pula.

Kalau kita sebut "a..b.."
dia akan jawab " c! "

Bijak betul Teddy Jr. saya.
Tiap-tiap hari dia buat saya bangga.
Saya rasa segala penat-lelah saya membesarkannya sendiri di rumah sangat berbaloi.


Oh ya,
Paling penting
dia sudah mula panggil saya "Mii.." dan Daddynya "Dii.."



Teddy Jr. Mommy,


Mommy sayang kamu sangat-sangat!
Nanti jadi abang yang baik ye?
Jadi anak yang bijak..
Dengar cakap Mommy dan Daddy..





Tuesday 26 October 2010

Teaser



Catatan Perjalanan 

Jakarta 

2-9 Oktober 2010


Untuk baby Mommy..

Hi baby..

Mommy minta maaf sebab tak sempat menulis untuk kamu.
Mestilah Mommy sayang sangat pada kamu..
Janganlah cemburu pada abang Kimi pula ye?
Dulu Mommy ada banyak masa untuk menulis.
Sekarang ni Mommy ada banyak hal yang perlu diutamakan..
dan diantara hal penting itu termasuklah kamu.
Mommy perlu banyak rehat
dan mengadap komputer bukan satu daripada pilihan yang baik.


Mommy dah pilih 1 nama untuk kamu.
Bermula huruf 'K' jika lelaki atau 'E' jika kamu perempuan.
Jadi rasanya buat masa sekarang
Mommy panggil kamu Baby K.E dulu lah ye?


Baby K.E Mommy..

Sabtu lepas (23 Oktober 2010)
Kali pertama Mommy lihat kamu..
Usia kamu sudah 16 minggu.. atau 4 bulan.

Kasihan Daddy,
Dia terkilan betul sebab tidak dapat lihat kamu juga..
Abang Kimi menangis menyebut "tu.. tu.." (pintu)
mengajak Daddy keluar dari pintu bilik doktor.
Dia takutkan Doktor..

Mommy lihat kamu tenang sahaja di dalam tu,
Sudah jelas terlihat kaki kamu, badan, tulang belakang, kepala..
cukup sempurna.
Cuma Mommy tak nampak keseluruhan badan kamu
Kedudukan kamu agak terlindung.

Doktor kata, rahim Mommy agak rendah
Tapi katanya lagi tak perlu risau
kerana awal kandungan biasanya begitu.
Nanti bila kamu dah besar sedikit,
rahim akan kembali pada kedudukan asal.

Jadi Mommy percaya kata-kata doktor.
Dia kata kamu juga membesar dengan sempurna.
Itu dah cukup buat Mommy gembira..
hinggakan Mommy lupa untuk meminta salinan gambar kamu.

Mommy perlu banyak rehat,
walaupun ada masa abang Kimi memang tak benarkan Mommy berehat.
Jadi setiap masa yang terluang,
Mommy tidak lagi gunakan untuk mengadap komputer.
Mommy sekarang tidur awal juga.
Jadi memang masa Mommy amat-amat terhad.
Janganlah kamu kecil hati dengan Mommy ye?
Nanti Mommy ada masa lapang lagi,
Mommy tulis tentang kamu..

Semoga kamu membesar dengan sihat..
Mommy sayang kamu!




Love,
Mommy

Monday 18 October 2010

Bot pertama Kimi

Cik Diari..

Saya tau sejak akhir-akhir ni saya banyak berhutang dengan awak.
Berhutang macam-macam cerita.

Lama kan saya tak bercerita tentang buah hati pengarang jantung saya?
Cerita tentang Teddy Jr.



Kapal terbang pertama sudah,
keretapi pertama pun sudah
dan kali ini.. 

bot pertama.

Satu pengalaman untuk kami ingati sampai bila-bila.



Tempat : Tanjung Mas, Muar. (Muar sekarang ada River Cruise, jangan tak tahu..)
Tarikh : 14 September 2010 (dah berlalu sebulan yang lepas baru nak tulis?)







Itu dia.
Kamu seronok bukan?

Mommy paling suka bila kamu gembira
kamu berlari dengan tangan kebelakang

tak ubah seperti Naruto.

Related Posts with Thumbnails