Thursday 3 August 2006

BEWARE TO BLOGGER


Kerajaan ambil tindakan laman web ancam perpaduan



KUALA LUMPUR 31 Julai - Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap laman web dan blog yang didapati boleh mengancam perkembangan ekonomi, perpaduan, kesejahteraan dan keselamatan negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, tindakan akan diambil menerusi agensi dan peraturan yang sedia ada.

"Kerajaan perlu mengawasi dan menjaga ruang lingkup siber kita daripada diceroboh dan dirosakkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan sentiasa memantau dan mengawal perkembangan laman-laman web dan blog menerusi Pusat Keselamatan Siber Nasional.

"Buat masa ini, perkhidmatan bank, air dan keselamatan umpamanya terikat dengan teknologi maklumat (IT) global," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek bernilai RM400,000 oleh 15 penaja Anugerah ICT Koridor Raya Multimedia - Asia Pasifik 2006 (MSC-APICTA) di sini hari ini.

Jamaluddin menarik perhatian bahawa tindakan serupa pernah dilakukan di India apabila beberapa laman web dan blog yang didapati mengancam keselamatan ditutup oleh kerajaan negara itu.


sumber : Utusan Malaysia



Manala tau ada yg tak baca paper ke, sekadar nak menyampaikan pesanan kerajaan. Harap2 blog ni tak mengancam keselamatan negara..

Oleh itu, kibarlah jalur gemilang. Majulah sukan untuk negara. Sekian, terima kasih.

9 stalker (s):

  • Cik Puan Muda Stress

    penuh dengan propagandanya blog ini!!!

    bluekkkk :P

  • pinky angel

    saya adalah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab..

    *mode skema ON*

  • Cik Puan Muda Stress

    piiirah!

    dey kici, exam sudah, thesis pun sudah.
    bila mau minum aa kici?

  • UglyButAdorable

    nie gerenti tak kena ban nie..

  • Cik Puan Muda Stress

    teddy,
    jom deting.
    miahmiahmiahmiah.

    p/s:yew eksyen ngan i aa pinyunky..
    i ajak teddy.habis citer.

  • pinky angel

    cik pms
    dey meenachii..

    i minum setiap hari demi mengelakkan i mati kehausan.

    uglybutadorable
    err..u work for kerajaan?tell them to hire me utk keje baca blog org.That's my dream job!!

    what should i call u ek? miss ugly? miss adorable? dora? butt? hehe.. jgn mara aaaa

    cik pms
    teddy tadi mintak no tpon yew. apa kata kita trade? U izinkanla i deting ngan brucie secara halal. slama ni kitorang deting nyuruk2 je dari u..

  • Cik Puan Muda Stress

    owhhh teddy...
    tengok, gf yew curangsss!!

    lebih baik yew pilih i. i tak akan berlaku curang terhadap yew..

  • afs

    YUH, mana gambo konvo???

  • pinky angel

    cik pms
    teddy kata dia tau i gi dating ngan BF u.dah mintak izin ngan dia. so i tak curangs la..hahahhahaa...

    a'an
    ye..ye..jap lg aku upload laa

Related Posts with Thumbnails