Wednesday 10 March 2010

Resepi Kek Mentega Epal



Ini resepi untuk Kek Hari Lahir Teddy hari tu.
Saya tuliskan di sini supaya saya tak lupa
Kalau ada sesiapa nak cuba silakan
Senang je, kalau susah memang saya tak buat.


Bahan-bahan Kek
250g mentega 
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
4 biji telur
2 sudu susu UHT
1 biji epal
2 sudu gula merah
1 sudu kecil serbuk kayu manis


Cara-cara membuatnya
    • Epal dipotong nipis-nipis. Kukus epal + gula merah + serbuk kayu manis (5-10minit) 
    • Mentega + gula castor dipukul hingga kembang dan gebu.






    • Masukkan telur dan tepung berselang-seli. (Saya tak ada mesin pembancuh kek, jadi terpaksa berusaha dengan gigih menggunakan 'whisk'). Alamak, whisk dalam Bahasa Melayu apa?



     
    • Tambah susu UHT.
    •  Masukkan separuh adunan kek ke dalam talam pembakar.
    • Susun epal yang dikukus.





     
    •  Masukkan adunan selebihnya. (Jangan sampai talam penuh, sebaik-baiknya setinggi separuh talam. Kalau terlebih kek mungkin akan pecah diatasnya)
    • Bakar pada suhu 180°C selama 40-50minit. 



    Bahan-bahan icing dan hiasan

    1/2 cawan lemak sayuran (Shortening / crisco)
    1/2 cawan mentega
    1 sudu kecil esen vanilla
    3 cawan gula icing
    2 sudu besar susu UHT
    4 biji epal dipotong dadu
    2 sudu besar gula merah
    1 sudu kecil serbuk kayu manis


    Cara membuatnya
    • Pukul lemak sayuran + mentega + esen vanilla sehingga kembang.
    • Masukkan gula icing dan susu UHT sedikit demi sedikit dan pukul sehingga betul-betul gebu.
    • Untuk hiasan, rebus epal + gula merah + serbuk kayu manis.










    Inilah hasilnya..



    Rupa kek yang masih hangat baru keluar dari ketuhar


    Selepas disapu icing dan hiasan epal 
    (Tabur sedikit serbuk kayu manis di atasnya)




    Nak tau sedap ke tak?

    ..mari tanya budak ini..


    10 stalker (s):

    Related Posts with Thumbnails