Wednesday, 12 April 2006

my dear 'online diary'..

*/ entry will be written fully in Malay.. Jen, take out ur dictionary.hehe... /*

***Kemeja batik putih untuk Bebek***

Tempat : Pasar Payang, Kuala Terengganu

Mahal tu. Aku mana ada duit banyak2 nak beli kemeja batik berkain lembut macam sutera macam tu. Tapi Kemeja putih tu cantik.. Nak belikan untuk orang.

Tapi aku beli jugak

Untuk Bebek. Istimewa untuk Bebek..

Untuk dia pakai masa aku konvo nanti. Biar orang lain cemburu tengok kemeja batik putih yang cantik tu.

******

" Nak pergi mana ni? "

" Sembahyang Jumaat "

" Kenapa pakai kemeja putih tu? "

Bebek tersengih.

Suka betul dia pakai. Sembahyang Jumaat pun pakai.

******

Kenapa panggil 'Bebek'?

Mama kata, sebab dulu aku dengar mama panggil dia 'Bapak'.

Masa tu kecik2 lagi.. Nak menyebut pun tak reti. Jadilah 'Bebek'..

******

Heran.

Kenapa semua orang ada abah?

Aku cuma ada mama

Tapi takpe, aku ada bebek..

******

Bebek suka manjakan aku.

Bawak jalan2 waktu petang naik moto, beli jajan kat kedai cina.

Nanti nyonya tu cakap cina dengan aku.

Aku senyap. Tak faham.

Nyonya pandang Bebek

"???????? (bahasa Cina jugak)"

"Saya melayu la nyonya..." Bebek kata. Nyonya terus mintak maaf.

******

Kecik2 dulu aku gemuk. Sangat2 gemuk.

Bebek la ni..

Tiap hari bancuhkan air susu 'Dumex'(sejenis jenama susu kanak2), bubuh dalam botol susu aku.

Bebek kata, susu 'DUMOK' sebab buat aku jadi GUMOK..

******

Tempat : Darjah 1 Biru, Sekolah Rendah Convent Batu Pahat.

Hari pertama sekolah.

Bebek hantar.

Bebek tunggu kejap, lepas tu balik bila kelas bermula. Aku terpinga-pinga.

Tengok luar kelas, mak bapak budak2 lain tunggu.

Ada budak yang nangis2 bila tak nmpk mak bapak diorang.

Huh, ngade2.. Mama slalu tinggalkan aku bila kerja kat Muar seminggu lebih aku tak nangis pun.

******

Jadi budak gemuk buat aku malas.

Pergi sekolah yang dekat tu pun nak bebek hantar naik motor.

Sampai darjah 6, dah ada basikal pun Bebek hantar.

Kadang2 motor rosak, Bebek ambik naik basikal aku.

Bersusah payah bebek mengayuh basikal bila aku yang gemuk ni membonceng kat belakang.

******

Dulu basikal buruk..

Lepas tu dapat basikal mountain bike sebab UPSR dapat 4A.

bangganya, jadi orang yang mula2 ada mountain bike antara kawan2 yang lain.

Kegilaan terbaru, lumba basikal.

Bia jatuh, tangan terkehel, Bebek la yang urut.

Bebek memang tukang urut.

"Sakitlaaa!!!" aku 'ter'terajang Bebek masa dia tarik tangan aku untuk betulkan urat.

Tak sengaja. Tu lah, lumba basikal lagi..

******

Darjah 6 dah pandai bawak motor.

Sian bebek.

Selalu hilang motor.

Aku curik, bawak pusing2 taman.

******

Bebek suka tengok wrestling. Aku tak suka. Ngeri.

Bila ada wrestling mesti berebut TV. Bila dapat remote control, aku sorokkan blakang aku.

Tak bagi bebek tukar siaran wrestling. Aku nak tgk kartun.

Bila bebek dapat remote, jangan harap dia nak bagi aku.

Bila aku kalah, tutup TV, masuk bilik..

Sakit hati dengar bebek gelak2 sambil bukak TV balik.

*******

Bebek takde gigi.

Aku slalu ajuk cara dia makan.

Macam dinosour yang makan daun dalam cerita jurassic park.

*******

Kalau lalu tepi bebek, suka usik dia

Tarik Hidung dia time dia tdo, lps tu lari..

Kalau aku tengah baring pulak,

nanti bebek tarik telinga aku, kadang2 tarik kaki.

Bila aku marah, nanti dia gelakkan aku je.

*******

Bila bebek sakit

Aku tarik hidung dia pun tak marah lagi

Aku bukakkan wrestling pun dia tak larat nak tengok

Aku bagi kunci motor pun dia tak larat nak pegang

Aku suapkan pun dia tak nak makan

*******

Kemeja Batik Putih tu

Dia tak sempat pakai untuk majlis Konvo aku

Dia tak dapat bertahan sampai bulan 8 ni

Masa dia sakit, aku tak boleh terima kenyataan

Aku ingat dia takkan tinggalkan aku

Tapi lama2 aku sedih

Sedih tengok dia menderita sakit

Malam sebelum dia pergi.. Aku doa pada Tuhan.

"Ya Allah..permudahkan perjalanan hidup dan mati Bebek..

Kurangkanlah seksanya.."

aku izinkan Bebek pergi kali ni

*******

Esoknya, mama telefon..

Bawa berita yang aku dah jangkakan

Akhirnya Bebek pergi jua, tinggalkan aku..

..aku rindu Bebek...



Ya Allah, peliharakan Bebek
Tempatkan rohnya dikalangan insan2 yang Kau kasihi..
Peliharakan dia..
Peliharakan juga Allahyyarham abah,
serta Allahyarhamah nenek dan mak long kesayanganku



14 stalker (s):

  • mysara

    love ur ol' stories..coz..there's me somewhere in it...

    wish i could be there 4 u to comfort n share the stories..

    be tough,love..

  • mental muz

    Yun, I'm so sorry to hear your losses. Trust me, I know how it felt. As a good muslim, the only thing we can do is pray for his soul to rest in peace. Be strong Yun.

  • Unknown

    :'|
    redha..

  • Cik Puan Muda Stress

    you ok there honey?

  • Khadijah

    a.k.a.. rahsiakerajaanJohor

    takziah ye..sabor byk2..only times will cure u..

    kite pn satu ms dulu hilang seorg bebek yg kite jaga sendiri sepjg dia sakit..at last,kite tak dpt jumpa dia wat kali terakhir..in fact,takde org lgsg kat sekeliling dia waktu dia 'pergi'..sakit mmg sakit..

    "jgnlah berdukacita sbb qadha sudah ditetapkan,takdir pasti berlaku,dakwat pena sudah habis,lembaran-lembaran catatan ketentuan pun sudah dilipat, dan semua perkara sudah ditetapkan. bagaimanapun kesedihan anda tidak akan memajukan atau mengudurkan kenyataan yg akan berlaku dan tidak pula akan menambahkan atau menguranginya"....-La Tahzan-

  • Mr Hobo

    sorry to hear about your granma ....

  • are_tie84

    sedey bace entry nie.. even aku tak penah lg merasai kehilangan.. tp aku fhm perasan tue... as a muslim, i hope u can be tough... semoga bebek ditmptkan bersama2 gol org2 yg beriman... al-fatihah...

  • pinky angel

    tentoumushi
    thanx..

    ur 'here' and it's more than enuff to comfort me..thanx again.

    muz
    thanx Muz..pray 4 me too.

    kel@ambu
    thanx..

    cik PMS
    yep..ok.the problem here is juz the connection.i'm using dial up rite now..

    rahsia kerajaan Johor
    Terima kasih banyak2 ye wak??

    ayat tu betul2 mendalam maknanya.

    mr hobo
    err..thanx.. but it was 6 years back since i lost my granma..

    jen marie
    hahahaa..
    sorry dear..really2 sorry.
    i got carried away and write everything in my mind (it's like talking to myself and I didnt use standard Bahasa Melayu)

    haih..my english+bahasa Melayu are very bad lah.rubbish or we call it 'bahasa rojak'.sorry jen..hope u understand

  • pinky angel

    are tie84
    thanx yek sbb rajin dtg blog ni?
    i'm gonna spend some time to read ALL ur entry too..insya allah.

    al-fatihah

  • K-7

    Ameen.

    abih, skrang masih on Dumok tak? ;-D

    & as for Jen, dun worri, dia tengah into peterpan nye lagu now....so she oso learnin her melayu as hard as she can... pasal nak faham lyrik2 PP...hehee

  • che'fara

    al-fatihah.semoga bebek ditempatkan bersama org org yang beriman hendaknya.

    amin.

  • pinky angel

    kai
    really??
    hahaa...bagus..baguss..me 2.i love indons band.

    i'm still GUMOK la..but not on DUMOK anymore..

    che' fara
    amin..thanx yek??

  • pinky angel

    lensman
    i love u bro....!!!
    miss yeww

  • [Rpiz]

    hmm.. sedihnyer.., tp itu la hidup.aku penah dgrla org kata kematian juga adalah sebahagian drpd kitar hidup kita gak"
    ::kandungan_ibu::dunia::kubur::akhirat::

    Utk yg msh idup.. kita ade 2 lg alam perlu kite tempuhi,ingatan tuk diri ini dan sume2 -peace_all-

Related Posts with Thumbnails