Showing posts with label karipap. Show all posts
Showing posts with label karipap. Show all posts

Friday, 31 December 2010

Misi hari ini

Misi saya hari ini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Apa dia?

..misi beramah-mesra dengan jiran sebelah rumah.

Pagi tadi saya berjaya memberikan sarapan
untuk jiran di kiri dan kanan rumah saya.

Biarpun biasa-biasa sahaja isinya,
namun saya gembira kerana niat saya telah terlaksana.

p/s : Anda rugi sebab anda bukan jiran saya.. :p


Jemput-jemput bilis dan karipap ayam.



Saya dah pandai buat kelim karipap!
Takdelah buruk sangat kan? hehe..


Monday, 26 July 2010

Karipap dan Pizza

Masih ingat karipap pusing saya?
Cik Diari, awak simpan lagi kan cerita lama tu?
..ada kat sini..

Ye tau,
awak gelakkan karipap saya yang rupa macam dinosour tu.
Jadi kali ni saya mengambil langkah bijak.
Saya memang tiada bakat untuk mengelim karipap.
Jadi saya beli penerap karipap.
Selesai 1 masalah.

Bukan, bukan..!!
saya tak mengandung lagi..
dan saya masih di Malaysia.

Cik Diari,
Awak hairan kenapa saya tak beli saja karipap pasar malam?

..sebab Teddy kecil saya suka makan karipap..
(Patutla kan? Dia yang minta karipap masa kami di UK dulu tu. Hehe..)
dan karipap komersial selalunya pedas.
Jadi dia cuma makan kelimnya sahaja.
Kadang-kadang dia menjerit apabila terasa pedas.

Jadi saya berusaha untuk membuat karipap lagi.

..mempersembahkan..

karipap yang sempurna.
.The perfect curry puff.


(ops, tak berapa sempurna sbb hangit sikit. Saya sibuk membasuh pinggan di sinki ketika menggorengnya)


Saya juga ada membuat beberapa percubaan membuat pizza.

Pizza yang pertama sangat hodoh rupanya.
Tamak sangat sebab kalau boleh nak letak banyak-banyak inti atasnya.
Sosej potong tebal-tebal kononnya mahu lebih 'berasa'.
Nasib baik sedap.



Pizza kedua - sambal bilis.
Sangat sedap dan rangup. Rotinya saya buat nipis-nipis.
Tabur sedikit kepingan cili atasnya.



Pizza ketiga - pizza sardin untuk Teddy kecil
Ni istimewa sebab Daddy dia yang buatkan.



Pizza percubaan keempat - sempurna!!
Buat 2 keping dalam masa 1 jam dan licin tak sampai 5 minit!

Inilah rupa pizzanya..






Saturday, 23 August 2008

Spiral Curry Puff & Euro Trip

Spiral curry puff? It's actually 'karipap pusing' in Malay. Yesterday I did my first ever spiral curry puff. Not bad actually (for a first timer like me. hehe..). Thanks to Elly for showing me how to make the 'kelim' or closure for the curry puff. I know, I know.. it look like dinosaur's spikes. Ugly but I'm more than satisfied. It's one of the hardest 'kuih' or traditional malay cookies that I have ever made.

I won't be around for the next 1 week. I want to complete my Euro trip journey before I'm going back to Malaysia. Back for good, of course. Wait for another journey updates later, ok?
Related Posts with Thumbnails