Saturday, 22 December 2012

5th Anniversary..



5 tahun dah. Pantas sungguh masa berlalu..

Macam tahun-tahun yang lepas,
saya tak mampu nak hadiahkan apa-apa untuk suami tercinta.

Nak masak special-special..dah slalu dah pun masak.
Nak buat kek, memang takde bakat.
Nak bagi jam Seiko..mana la saya nak cekau duit.
Apatah lagi motor Kawasaki berkuasa tinggi..

Saya pulak memang dari dulu suka mintak macam-macam.
Kali ni mintak Galaxy Note 2.
Tak pun.. Note 2 10.1 .
Paling kurang pun oven sebesar peti sejuk (ada ke?)

Tapi mintak je lah kan..
Dapat tu memang mimpi je lah Kiah oi.. hahaha..

Saya jadi surirumah sepenuh masa ni pun
sebab suami saya seorang yang kaya.
Kaya dengan kasih sayang.

Tak payahlah mengada nak dapat surprise
hadiah sejambak bunga ke apa..
Bukan boleh makan pun bunga tu.
(tapi kalau bagi sejambak ceklat di alu-alu kan..)
Tak payahlah harap suami saya ni nak romantik-romantik,
sebab saya pun tak romantik langsung.

Suami saya tunjukkan dia sayang
dengan balik dari kerja secepat yang mungkin.
Sampai-sampai rumah dengan muka ceria
dan terus ringan tulang membantu kerja saya.

Tak pernah mengeluh letih
tiap malam ajak jalan-jalan pun dia sanggup
walaupun penat seharianan bekerja.

Tak pernah sekali pun minta saya buatkan apa2..
Nak air, nak makan apa, nak suruh ambilkan barang ke..
semua buat sendiri.
Selalunya saya yang perlu tanya apa dia nak.

Request masak makanan kegemaran dia pun tak pernah.
Saya paksa baru dia mintak.

Sabar dengan perangai saya yang suka emo tiba-tiba.
Dia tau mood emo saya boleh berubah kalau rumah kemas bersih
atau mungkin dirasuah dengan makanan (contohnya coklat atau Kepsi)..

Suami saya bukan saja kaya kasih sayang,
tapi bapa mithali juga.

Saya dah penat seharianan di rumah
memastikan segala keperluan asas anak-anak cukup..
Bersih, kenyang.. sihat.. alhamdulillah cukup.

Tapi semua tu dah makan banyak tenaga.
Mengemas, memasak, menguruskan budak-budak 3 orang..
yang setiap satunya perangai berbeza-beza.

Tugas untuk menghiburkan mereka
saya serahkan sepenuhnya pada suami.
Balik kerja terus main lumba lari dengan anak.
Jadi kuda. Main sorok-sorok.

Yang pastinya, rumah bingit tiap kali suami ada.
Bingit dengan gelak tawa budak-budak.
Seingat saya, saya tak pernah segembira itu masa zaman kanak-kanak.

Ibu saya terlalu letih untuk melayan saya..
sama macam yang saya rasakan sekarang.
Arwah abah tak sempat saya jumpa.
Saya bersyukur sangat
anak-anak saya tak pernah merasa ketandusan kasih sayang seorang ayah.


Terima kasih, sayang. Terima kasih yang tak terhingga.
Semoga kita kekal bahagia hingga ke Syurga.








3 stalker (s):

Related Posts with Thumbnails