Thursday 25 March 2010

Ibu yang Tinggal di Rumah


IYTDR - Ibu yang Tinggal di Rumah

atau lebih mesra dengan panggilan Bahasa Inggerisnya,

SAHM - Stay at Home Mom



Dah lama sangat saya nak tulis tentang ni.
Saya pendam dan tunggu masa yang sesuai.. 
supaya saya tak emosi bila menulis.
2, 3 hari kebelakangan ni saya ditanya oleh kawan-kawan saya..

" Macam mana life jadi surirumah ni? "
" Aku berat hati nak bagi orang lain jaga baby aku ni.. Rasa macam nak jadi SAHM macam ko.. "
" Kau tak nak kerja balik ke? "
" Laki ko kaya, banyak duit.. takpela kot jadi SAHM.. "


................................................................................................
Banyak sangat rasanya yang saya perlu jelaskan di sini tentang kerjaya saya sekarang.


Pertama sekali, saya nak cerita kenapa saya jadi SAHM
  • Naluri keibuan saya sangat kuat. Saya tak sanggup berpisah dari anak saya. Kalau saya bekerja, saya terpaksa serahkan dia pada orang lain. Kalau saya dihantar bertugas jauh ke luar negara, saya akan menangis bila melihat bayi lain.
  • Selalunya suami saya akan pulang dari kerja dan membawa cerita-cerita mengerikan tentang pengasuh bayi yang kejam.
  • Saya mahu lihat setiap detik anak saya membesar. Saya gembira menjadi orang pertama melihat pencapaiannya. Detik-detik tu berlaku sekali sahaja seumur hidup dan tak dapat diganti dengan benda lain.
  • Saya mahu anak saya membesar dengan ceria, selamat, tanpa perasaan takut atau kosong jiwanya. Saya tak mahu dia rasa apa yang saya rasa dulu..


Cerita saya..




Saya dilahirkan tanpa sempat merasa belaian dan kasih sayang seorang ayah.
Allahyarham bapa saya meninggal dunia ketika saya berusia 3 bulan di dalam kandungan.

Ibu saya, sebagai ibu tunggal memikul tanggungjawab berat untuk menyara keluarga.
Tugas sebagai jururawat memaksa dia meninggalkan saya dan kakak, tak mengira masa.
Kami ditinggalkan bersama atuk dan nenek..

Saya pernah ajukan 1 soalan kepada ibu saya,

" Macam mana perangai saya masa saya kecil lagi, baya Kimi? "

Ibu saya diam.

Dia tak jawab bukan sebab dia tak ingat.
Tapi dia mengaku dia tak tahu.
Sebab dia tiada sewaktu saya membesar.

Kadang-kadang ibu bertugas malam.
Saya benci bila ibu saya kerja malam.
Seminggu tak pulang ke rumah sebab ketika itu ibu bekerja jauh.
Ibu saya tidur di asrama jururawat.

Kadang-kadang bertugas awal pagi sebelum saya bangun.
Kadang-kadang petang.

Memang susah nak jumpa ibu sendiri.

Saya faham. Ibu saya terpaksa.
Saya faham,
tapi jiwa muda saya kosong dan kadang-kala memberontak.
Ada masa ketika saya sangat perlukan dia,
tapi saya tak dapat.

Dia berikan saya hampir semua benda yang saya mahu.
Dia sayangkan saya sepenuh hati seperti ibu-ibu yang lain juga.
Cara dia sayangkan saya dengan memastikan keperluan kami sekeluarga cukup dan terjaga.
Dia tak ada pilihan lain.


Tapi,
saya ada pilihan.

Sama ada saya pilih untuk jadi wanita bekerjaya seperti ibu saya..
dan mampu berikan barang-barang mahal untuk anak saya.

atau saya jadi ibu yang tinggal di rumah.
yang hanya mampu berikan sepenuh perhatian pada anak saya..



Saya pilih pilihan kedua.

..sebab bagi saya,
anak saya perlukan ibu dia lebih dari segala-galanya.



p/s: Sila jangan komen dan sangkal pendapat saya tentang ini kerana ini pilihan saya.



..bersambung..








Tuesday 23 March 2010

Kena TAG

Saya cuba cari tadi apa maksud tag dalam Bahasa Melayu
tapi macam tak jumpa
Jadi saya terjemahkan maksud Bahasa Inggerisnya

'Satu permainan di mana jika kita cuit orang tu, maka orang tu akan buat seperti yang kita buat sebelum tu'

Jadi

Kalau kena tag saya anggap macam kena cuit

Jadi saya dah kena cuit secara atas talian
hahahhaa.. lawak ayat tu!
Ok, saya kekalkan perkataan tag.



Tag pertama dari Fazira.

State about 7 things about yourself. 
Tuliskan 7 perkara tentang diri anda.

  1. Saya seorang ibu yang tinggal di rumah. (Stay at home mom ~ SAHM)
  2. Tak boleh hidup tanpa komputer dan internet.
  3. Minat fotografi dan photoshop.
  4. Dulu saya tak suka budak-budak dan bayi. Anak bongsu katakan..
  5. Mata kanan saya malas (Lazy eye). 
  6. Rindu kehidupan lama saya ~ melepak dengan kawan-kawan, duit, kerja, duit, tengok wayang, duit, karaoke, duit, membeli-belah, duit.. tapi.. Naluri keibuan saya mengatasi semua tu.
  7. Wanita paling bertuah di muka bumi ini kerana mempunyai suami sekacak dan sebaik Teddy. Sekarang ni dah ada Teddy seorang lagi, versi mini.

Untuk Tag ni, saya mahu Tag Suraya dengan ucapan, "Kalau kau tak buat, aku emosi.."



Tag kedua dari Suraya,


10 things I love : Hari ni

Disebabkan Sue tag saya hari Ahad lepas, jadi saya tulis apa yang saya suka untuk hari tu.
Bukan menipu ok?


  1. Dapat bangun awal pagi, mandi dan bersyampu. Jarang saya dapat mandi puas-puas macam tu.
  2. Saya ada sesi 'make over' di rumah pagi tu. Sila klik sini untuk mendapatkan khidmat Eyelicious Make Over.
  3. Orang puji rupa saya macam Zizie Ezatte selepas dimekap. 
  4. Suami saya asyik puji saya cantik.
  5. Kami sekeluarga pergi ke taman sebelah rumah saya dan berpiknik. 
  6. Sambil berpiknik kami juga ada sesi bergambar di luar. (Outdoor photoshoot). Sila rujuk pada mama Emma untuk pakej yang disediakan.
  7. Terasa diri macam artis sebab jadi perhatian orang ramai ketika sesi penggambaran dijalankan. Hahahaha...
  8. Petang tu kami sekeluarga membeli-belah barangan dapur di Tesco. Setiap sesi membeli-belah adalah perkara yang menggembirakan saya. Percayalah.
  9. Teddy saya masak ikan keli goreng untuk makan malam. Terima kasih, sayang..
  10. Saya makan dengan gembira sebab bukan selalu dapat merasa suami saya masak. Walaupun keli tu kurang garam, tapi tetap sedap bagi saya. 

Sekian.


Gambar? Oh, hampir lupa. Tak seronok tulis blog tanpa gambar.
Biasanya orang akan tengok-tengok gambar dan tak suka nak baca tulisan saya yang mengarut ni.

Saya cuma ada gambar-gambar ketika dimekap. Gambar piknik masih diproses.
Mama Emma, buat cantik-cantik ye?  Ambil masa pun tak apa. Saya sabar menunggu..



Rupa baru bangun tido, sebelum mekap.

Ye, saya tau.. Muka saya macam bibik. 
Incek Ally, cukup-cukuplah tu kutuk saya okay? hahaha..

Ketika dimekapkan



dan hasilnya,





Mereka kata saya ada iras-iras Zizie Ezette.
Kalau saya artis mesti dapat kahwin dengan Dato' kaya.

ops, jangan marah Teddy.. hehe

Teddy saya yang kacak lagi comel tu mengatasi mana-mana lelaki



Lagi gambar

Dari kiri, Kak Rina (macam Nora Danish kan dia?), saya, Kimi dan Fieza

Fieza juru mekap saya hari itu.
Mereka sangat comel kan?



Nak gambar lagi?


Sila muntah tengok gambar saya berposing ala model majalah







Sila abaikan gambar latar belakang yang tak senonoh tu

Rasa macam awek mat rempit pula





Nota kaki: Saya tak sabar nak tunggu untuk projek mega saya minggu depan!!








    Friday 19 March 2010

    Senarai semak


    Alamak..

    Tajuk blog saya agak mengarut bila Bahasa Inggeris diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. 
    'Chek list' adalah senarai semak, betul ke? 
    atau..semakan senarai?
    Tolong betulkan kalau saya silap.


    Wahai Diari,

    Masih ingat tulisan saya yang ni?
    Kalau tak ingat, saya ingatkan.

    My wish list

    1. Travel around Europe (esp. to Paris & Rome)

    2. Take a lot of good photos & gather sweet unforgettable memories here

    3. Lost min 10kg's of my weight

    4. Be the most beautiful bride living on earth with sexy, slimmer body + smooth glowing face during my wedding ceremony (might be end of this year)

    5. To have an outdoor wedding photo shoot with European background. (Norwich/London/Paris/Rome)

    6. Wear a sexy, white, off shoulder, beautiful wedding dress with sparkling tiara & veil on my wedding photo shoot.

    7. To have 1 set of M.A.C make up collection & Zara shirts & MNG & Miss Selfridges & Topshop & Anna Sui, DKNY, CK, Paris Hilton, Britney Spears, Burberry perfume & & & &... etc.. (this list will go on forever)



    Senarai ni saya tulis hampir 2 tahun yang lepas ketika saya tengah berangan seorang diri di dalam bilik di UK dulu. Rasanya, senarai ni patut disemak semula..


    1. England dari Utara (Edinburgh kira England ke?) hingga ke Selatan (Bournemouth), Timur (Norfolk) hingga ke Barat (Liverpool) saya dah berjaya teroka. Paris juga Rome saya berjaya sampai. Alhamdulillah.. Impian dari zaman kanak-kanak nak sampai ke London saja, tapi tak sangka berjaya jejak ke Paris dan Rome sekali.
    2. Gambar? tersangatlah banyak. Siap dibukukan dalam buku gambar. Ada juga koleksi tiket-tiket kesayangan Teddy dalam album kenangan kami - tiket kapal terbang, tiket keretapi, tiket A1 GP di Brands Hatch, dan banyak lagi.
    3. Hampir berjaya. Sekarang sudah turun 6kg. Itu pun saya dah cukup gembira.
    4. Saya tak jadi bersanding. Gantikan dengan Majlis Akikah anak saya. 
    5. Gambar kahwin? Errmmm... kalau ada pun bukan berlatar belakangkan Eropah.
    6. Gaun kahwin warna putih? Seksi? Terbuka di bahu? Tiara? hurmm... (senyum sorang-sorang bila bayangkan ni)
    7. Senarai terakhir ni takkan habis. Kalau dah dapat pun tak pernahnya akan cukup. 

    Kesimpulannya, saya amat puas hati dengan semua ini. Senarai impian saya hampir semuanya sudah tercapai.


    Sekarang ni, saya sangat-sangat mahukan ini...

    Sumber dari Google



    Kenapa?

    Sebab ini adalah salah satu impian saya dari zaman kanak-kanak (selain daripada menjejaki kota London). Saya teringin nak jadi cantik macam puteri raja dalam kisah dongeng kanak-kanak. Saya mahu pakai gaun kembang dengan tiara berkilauan atas kepala. 

    Saya mahu yang ini.
    Saya mahu gaun putih kembang ala-ala macam ini.

    Saya mahu jadi Cinderella.




      Thursday 18 March 2010

      Rindu


      Saya rindu..


       
      rumah ini


      Persona yang telah banyak berjasa
      membawa kami hingga ke serata ceruk England


       
      bilik kecil kami di atas loteng


      juga pondok kecil di Taman Chappelfield



      Saya tiba-tiba jadi rindu

      Rupanya
      dah 2 tahun saya tinggalkan tempat ini


      Bila agaknya saya dapat kembali ke sana?




      Thursday 11 March 2010

      R.I.P



      Rest in Peace,

      Manja..


      You'll always be in our heart




      p/s: I'm too sad to write in BM. Forgive me

      Ciuman pertama



      10 Mac 2010


      Antara detik paling indah 
      dalam tempoh setahun lebih ini


      ..bila bibir kecil itu singgah di pipi saya..



      "Ciuman pertama kamu,
      Mommy takkan lupa.."










      Wednesday 10 March 2010

      Resepi Kek Mentega Epal



      Ini resepi untuk Kek Hari Lahir Teddy hari tu.
      Saya tuliskan di sini supaya saya tak lupa
      Kalau ada sesiapa nak cuba silakan
      Senang je, kalau susah memang saya tak buat.


      Bahan-bahan Kek
      250g mentega 
      1 cawan gula kastor
      2 cawan tepung naik sendiri
      4 biji telur
      2 sudu susu UHT
      1 biji epal
      2 sudu gula merah
      1 sudu kecil serbuk kayu manis


      Cara-cara membuatnya
        • Epal dipotong nipis-nipis. Kukus epal + gula merah + serbuk kayu manis (5-10minit) 
        • Mentega + gula castor dipukul hingga kembang dan gebu.






        • Masukkan telur dan tepung berselang-seli. (Saya tak ada mesin pembancuh kek, jadi terpaksa berusaha dengan gigih menggunakan 'whisk'). Alamak, whisk dalam Bahasa Melayu apa?



         
        • Tambah susu UHT.
        •  Masukkan separuh adunan kek ke dalam talam pembakar.
        • Susun epal yang dikukus.





         
        •  Masukkan adunan selebihnya. (Jangan sampai talam penuh, sebaik-baiknya setinggi separuh talam. Kalau terlebih kek mungkin akan pecah diatasnya)
        • Bakar pada suhu 180°C selama 40-50minit. 



        Bahan-bahan icing dan hiasan

        1/2 cawan lemak sayuran (Shortening / crisco)
        1/2 cawan mentega
        1 sudu kecil esen vanilla
        3 cawan gula icing
        2 sudu besar susu UHT
        4 biji epal dipotong dadu
        2 sudu besar gula merah
        1 sudu kecil serbuk kayu manis


        Cara membuatnya
        • Pukul lemak sayuran + mentega + esen vanilla sehingga kembang.
        • Masukkan gula icing dan susu UHT sedikit demi sedikit dan pukul sehingga betul-betul gebu.
        • Untuk hiasan, rebus epal + gula merah + serbuk kayu manis.










        Inilah hasilnya..



        Rupa kek yang masih hangat baru keluar dari ketuhar


        Selepas disapu icing dan hiasan epal 
        (Tabur sedikit serbuk kayu manis di atasnya)




        Nak tau sedap ke tak?

        ..mari tanya budak ini..


        Sunday 7 March 2010

        Kek Hari Lahir Teddy






        Ini kek Hari Lahir Teddy untuk tahun ni


        Saya namakan

        'Kek Mentega Epal'


          





        Saya buat kek ni sendiri.

        .Betul.


        Ni betul-betul hadiah untuk Teddy.
        Tak tipu..






        Umur Teddy saya makin bertambah
        tapi

        kenapa saya nampak dia macam lebih muda?
        baju T yang dia pakai pun makin longgar..


        tengoklah sendiri..




         

        Ralat : 

        Menulis menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sangat susah! 
        Buktinya, saya dah tersasul menggunakan Bahasa Inggeris dalam tulisan saya sebelum ni. 
        'Happy Birthday' sepatutnya saya tulis Selamat Hari Lahir..






        Friday 5 March 2010

        Happy Birthday, Daddy Kimi..


        Hari ni 

        5 March 2010



        umur Teddy saya dah bertambah setahun lagi
         saya pecahkan rahsia dia di sini
        28 tahun

        hehehehe..

        Teddy saya dah tua
        lagi 2 tahun dah masuk 30-an
        anak dah sorang


        "Happy Birthday, sayang
        semoga panjang umur dan di murahkan rezeki
        semoga segala impian Teddy akan tercapai 1 hari nanti"


        Ni hadiah dari saya untuk Teddy tahun ni










        tipu je








        Saya mana ada duit nak belikan apa-apa hadiah
        Lagilah jam mahal ni



        tapi saya harap semoga kami dimurahkan rezeki
        supaya 1 hari nanti saya dapat belikan dia ni

         



        Untuk masa sekarang ni
        saya cuma dapat bagi dia kasih-sayang sebagai hadiah
        kasih-sayang melimpah ruah



        dan tak lupa juga
        budak ni




        Kamu berdua betul-betul buat saya bahagia











        13 bulan



        Anak saya dah besar
        13 bulan..

        kalau orang tanya berapa umur dia,
        saya dengan bangga boleh jawab,

        "Dah setahun lebih.."


        Lama dah saya tak tulis tentang Kimi, kan?
        Pencapaian dia semakin hari semakin banyak
        sampai saya tak tercatat di sini
        ..tapi yang paling seronok
        sayalah orang pertama yang saksikan semua tu


        "13 bulan dah kamu ye?
        Mommy macam tak percaya
        kamu dulu halus je masa baru lahir
        halus macam baby Zhoreef.."



        Tadi belek-belek tulisan saya tentang pencapaian Kimi
        Seronok baca, sambil gelakkan gambar-gambar dia
        Nampak bulat


        Jadi sebelum saya hilang ingatan
        baik saya tulis semuanya di sini
        akan jadi kenangan yang paling seronok dibaca nanti


        • lebih pada perkembangan mental dari fizikal sebab dia masih belum bertatih lagi. Masih takut-takut untuk melangkah walaupun dah boleh berdiri sendiri.

        • angkat tapak tangan dan goyang-goyangkanya ke kiri kanan untuk menunjukkan sesuatu habis atau hilang. Akan buat aksi tu juga bila saya kata "habis dah.."

        • bagi saya barang yang dipegangnya bila diminta. Kalau tak minta pun kadang-kadang dia murah hati nak  bagi.

        • semua benda adalah mainan dia. Kami tak biasa belikan dia barang mainan. Biar dia lebih kreatif dalam mencipta permainan sendiri. Periuk nasi? senduk? kuali? helmet? Semua dia punya.

        • telah memaksa saya membeli telefon bimbit baru. Yang lama butangnya dah habis berlubang dikorek tangan kecil tu. Kriteria telefon baru - kurang, atau pun paling bagus yang tak ada butang langsung. Komputer riba saya juga dalam bahaya.

        • sudah ada 4 batang gigi yang tajam. Siang tadi jari saya baru lepas kena gigit sebab saya tak bagi dia main dengan plug dan wayar elektrik. Saya dah sorokkan tapi dia berjaya jumpa benda tu juga. 

        • sangat suka bermain dengan kain telekung saya. Sangat susah untuk saya sembahyang dengan khusyuk bila ada budak yang tarik-tarik dan masuk sekali dalam telekung.
         
         



         Sebenarnya banyak lagi pencapaian dia
        tapi saya tak tertulis di sini
        nanti bila-bila sempat saya tulis

        Anak mommy ni makin hari semakin bijak
        Mommy doakan Kimi setiap hari

        "Semoga dia membesar dengan sihat dan sempurna
        Semoga dia jadi anak yang taat perintah Allah
        dan anak yang akan membahagiakan ibu bapanya"


        Mommy sayang kamu!!







          Tuesday 2 March 2010

          Dari BP dengan Cinta

          Pelik ke tajuk blog saya?
          Saya terjemahkan bulat-bulat dari Bahasa Inggeris,
          ..'From BP with Love'..


          Hujung minggu sempena cuti Maulidur Rasul
          kami balik ke kampung saya di Batu Pahat.
          Teddy (saya kekalkan nama 'Teddy' sebab tak sanggup nak terjemahkan dia jadi patung beruang)
          dapat cuti dari hari Khamis.



          .Khamis. 


          Melawat Atikah dan bayi Zhoreef.
          Dia sangat halus!
          Comel tak ingat..
          Tapi saya takut nak pegang.
          Rasa lembut sangat ubun-ubun dia bila usap kepala Zhoreef.
          Saya dah lupa cara-cara nak memegang bayi baru lahir




          .Jumaat.




          Sepatutnya ada janji dengan Suraya,
          tapi misi tu gagal sebab dia bangun lambat.
          Mungkin juga sebab ada masalah komunikasi,
          sebab di kampung saya talian telefon agak teruk.
          Mesej yang dihantar belum tentu lepas.
          Mesej yang diterima silap-silap 2-3 hari baru dapat masuk.
          Panggilan boleh dengar suara sayup-sayup tenggelam timbul.

          Berbekalkan janji yang dibuat beberapa hari sebelum tu, 
          saya tiba di BP Mall dalam pukul 11.05pg.
          Terlambat 5 minit sebab jemput kakak saya dulu.
          Dia tiba-tiba mahu ikut sebab ada urusan di kaunter Pengurup Wang di sana.

          Balik tu kami melepak buang masa di rumah kakak saya.
          Layan HBO.



          .Sabtu.



          Tujuan utama kami balik kampung 
          meraikan Hari Bahagia kawan lama saya, 
          Fara.



          Tahniah  sebab berjaya memperjuangkan cinta
          Tahniah kerana ikatan cinta tu berjaya sampai 
          hingga ke lafaz Akad Nikah
          (Tak boleh kata hingga jinjang pelamin 
          sebab ada orang yang tak naik pelamin macam SAYA)

           

           


          Saya sedih dan terharu.
          Terharu sebab seorang demi seorang kawan-kawan saya kahwin.
          Sedih sebab kehilangan seorang lagi kawan,
          'dirampas' oleh orang yang akan menggantikan tempat kami, kawan-kawannya.
          Ini realiti, sebab bila dah kahwin, keutamaan untuk suami dan keluarga.
          Kawan jatuh no 2. Eh, mungkin no 3,4, atau 5..


          Tapi sebenarnya tak adalah sedih mana pun
          Gembira sebab dapat jumpa kawan-kawan lama
          Kawan-kawan, pelajar sekolah Convent BP dulu
          Ada yang saya lupa namanya (saya mudah hilang ingatan akhir-akhir ni)
          Tapi rupa mereka masih saya ingat
          Kawan-kawan seperjuangan masa sekolah dulu
          Mana boleh lupa, kan?



          Fara ni saya sanjung sebab dia ni berani
          Walaupun kadang-kadang ayat yang dia keluarkan selalunya pedas
          tapi pedas yang ada kebenaran terselit
          bukan pedas yang menyakitkan hati
          bukan pedas yang dikeluarkan tanpa berfikir tentang perasaan pendengarnya

          Saya bukannya rapat sangat dengan dia dulu
          sebab saya takut dengan dia. Hehe..
          dia nampak garang
          Betul, tapi biar rupa garang hati baik
          jangan rupa baik hati jahat

          Saya tahu bukan senang untuk Fara sampai ke tahap ini
          sebab banyak sangat dugaan dari orang-orang sekeliling dia
          tapi dia berjaya dalam matlamat dia memperjuangkan cinta
          Tahniah sekali lagi..
          Saya doakan dia bahagia hingga ke anak cucu, cicit..



          .Ahad.

          Balik Shah Alam.
          Kembali pada rutin hidup harian yang membosankan.



          Related Posts with Thumbnails