Friday, 5 March 2010

13 bulan



Anak saya dah besar
13 bulan..

kalau orang tanya berapa umur dia,
saya dengan bangga boleh jawab,

"Dah setahun lebih.."


Lama dah saya tak tulis tentang Kimi, kan?
Pencapaian dia semakin hari semakin banyak
sampai saya tak tercatat di sini
..tapi yang paling seronok
sayalah orang pertama yang saksikan semua tu


"13 bulan dah kamu ye?
Mommy macam tak percaya
kamu dulu halus je masa baru lahir
halus macam baby Zhoreef.."



Tadi belek-belek tulisan saya tentang pencapaian Kimi
Seronok baca, sambil gelakkan gambar-gambar dia
Nampak bulat


Jadi sebelum saya hilang ingatan
baik saya tulis semuanya di sini
akan jadi kenangan yang paling seronok dibaca nanti


  • lebih pada perkembangan mental dari fizikal sebab dia masih belum bertatih lagi. Masih takut-takut untuk melangkah walaupun dah boleh berdiri sendiri.

  • angkat tapak tangan dan goyang-goyangkanya ke kiri kanan untuk menunjukkan sesuatu habis atau hilang. Akan buat aksi tu juga bila saya kata "habis dah.."

  • bagi saya barang yang dipegangnya bila diminta. Kalau tak minta pun kadang-kadang dia murah hati nak  bagi.

  • semua benda adalah mainan dia. Kami tak biasa belikan dia barang mainan. Biar dia lebih kreatif dalam mencipta permainan sendiri. Periuk nasi? senduk? kuali? helmet? Semua dia punya.

  • telah memaksa saya membeli telefon bimbit baru. Yang lama butangnya dah habis berlubang dikorek tangan kecil tu. Kriteria telefon baru - kurang, atau pun paling bagus yang tak ada butang langsung. Komputer riba saya juga dalam bahaya.

  • sudah ada 4 batang gigi yang tajam. Siang tadi jari saya baru lepas kena gigit sebab saya tak bagi dia main dengan plug dan wayar elektrik. Saya dah sorokkan tapi dia berjaya jumpa benda tu juga. 

  • sangat suka bermain dengan kain telekung saya. Sangat susah untuk saya sembahyang dengan khusyuk bila ada budak yang tarik-tarik dan masuk sekali dalam telekung.
 
 



 Sebenarnya banyak lagi pencapaian dia
tapi saya tak tertulis di sini
nanti bila-bila sempat saya tulis

Anak mommy ni makin hari semakin bijak
Mommy doakan Kimi setiap hari

"Semoga dia membesar dengan sihat dan sempurna
Semoga dia jadi anak yang taat perintah Allah
dan anak yang akan membahagiakan ibu bapanya"


Mommy sayang kamu!!







    4 stalker (s):

    • afs

      cik, kimi sudah salah konsep nih.apsal kimi main telekung lak nih.kene bagi dia main songkok..hehe

    • Pinky Angel

      cik,
      abis tu dia dh suka sgt main dlm telekung tu. kalo saya semayang, incek Teddy bergusti dgn dia kasi tangkap jgn bg dia masuk telekung saya..

      kalo teddy semayang, dia masuk meniarap celah2 kaki. aritu saya try tarik dia sampai batal smyg teddy kena tgn saya. hehehe

    • lily lotus

      teruskan membesar bagai johan yer!

    • Pinky Angel

      bakal world champs ni.. hehe

    Related Posts with Thumbnails