Tuesday 29 June 2010

Potret keluarga

Cik Diari,

Masih ingat lagi tulisan saya tentang sesi 'make over' dulu?
Sebenarnya ini kesinambungan daripada kisah yang berlaku hari itu.

Minta maaf sebab
ambil masa lama sangat untuk menulis sambungannya.
Gambar-gambarnya saya baru dapat Ahad lepas.

Sebelum itu,

Setinggi-tinggi penghargaan untuk mereka yang terlibat dalam menjayakan projek saya ini,
terutamanya untuk Emma yang menawarkan pakej menarik DBL.

Terima kasih Emma dan suami..
Saya puas hati dan gembira dengan gambar-gambar tu semua.
Ceria dan penuh warna-warni.

Juga untuk adik beradik dari Eyelicious Make Over
yang bertanggungjawab mengubah rupa saya iras-iras artis. Hehehe..

Gambarnya semua saya suka..
Tapi banyak sangat,
Kalau letak semua nanti sampai esok pun tak dapat buka blog saya ni.

Jadi saya letak sikit-sikit dulu ye, cik Diari?
Awak saya amanahkan untuk simpankan gambar-gambar ni.

Esok lusa bila saya buka semula entri lama saya,
saya dapat lihat balik
kenangan-kenangan indah saya yang penuh warna-warni ini.

.Potret keluarga saya.

Ni antara gambar-gambar kesukaan saya.

Ada banyak lagi tau, cik Diari..
Saya dah pening nak pilih yang mana.
Nanti-nanti saya tambah lagi ye?





Tarikh : 20 Mac 2010
Lokasi : Taman Alam Megah, Shah Alam.
Tema : Picnic






Monday 28 June 2010

Teaser

Sambutan Hari Bapa

Ini kali ke-2 saya sambut Hari Bapa seumur hidup saya.
Sebelum ni, saya tak pernah tahu atau peduli bila Hari Bapa ni disambut.
Tapi sekarang, Hari Bapa sangat bermakna buat saya.
Hari untuk meraikan insan yang paling saya cintai,
bapa kepada anak saya.. Teddy.

Tahun ni kami sekeluarga bergembira di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.
Dulu dikenali sebagai Bukit Cerakah.
Destinasi popular untuk rombongan sekolah.

Sayangnya, tak banyak gambar yang menarik.
Banyak diambil menggunakan kamera kompak saya yang dianak tirikan itu.
Kamera Teddy cuma mampu menyimpan 19-20 keping gambar.
Guna memori dalaman.
Kad memorinya dah rosak dek selalu sangat bergenang air liur Kimi.

Oklah, biar gambar tolong jadi tukang cerita.


Yang diraikan pada hari itu..
Bapa mithali, Teddy.



Musim panas di rumah 4 musim.
(Semua orang mengeluh depan tu bila nampak 'Summer')




Di taman permainan..





Di taman haiwan..

Teddy paksa kami bergambar dengan kuda.
Dia kata, 
"Nanti Kimi dah besar boleh cerita dengan kawan-kawan dia.."

Nota kaki : Minta maaf cik Diari, saya agak sibuk minggu ni. Cerita Hari Bapa ni pun dah dikira cerita basi, tapi saya cuba usahakan agar setiap memori indah saya dicatat disini. 

Tuesday 22 June 2010

Quiny Bridal 1st Anniversary Giveaway



Quiny Bridal atau butik kawan saya, Nik sedang menganjurkan pertandingan sempena Anniversary butiknya yang pertama. Klik sini untuk info lanjut.

Jadi, saya rasa teruja sangat untuk turut serta dalam pertandingan ni.

Kepada yang berminat, 
Quiny Bridal bukan saja butik pengantin yang menawarkan busana atau aksesori pengantin,
tapi macam-macam servis dari pelamin mini, set akikah, make up dan photography.
Gaun pengantin putih saya yang cantik macam Cinderella tu pun saya sewa dari sana.

Murah, cantik, dan saya puas hati sangat dengan servis yang ditawarkan.
Kalau tak percaya, sila tengok sendiri




Berbalik pada pertandingan tu..

Terus-terang, saya bukannya jenis manusia yang suka masuk mana-mana pertandingan.
Tapi ada pengecualian jika pertandingan tu menawarkan hadiah menarik macam yang Nik tawarkan.
Hehehe..



Nik,

Saya pertaruhkan gambar ni..








.Tentang gambar.

Saya tak pasti gambar ni boleh dikira 'happening' atau tak. Harap-harap dapat memenuhi kriteria yang Nik mahukan. Saya suka sangat gambar ni sebab kami sekeluarga tengah bergembira sempena menyambut Hari Bapa yang lepas. Gambar terbaru yang tidak diedit atau di upload di mana-mana. (Tapi lepas ni kejap lagi nak upload di FB. Hehe..) Minta maaf Nik, saya kecilkan saiz gambar supaya lebih pantas di upload.

Minta maaf juga sebab kami posing 'tegak-tegak' saja sebab nampak pelik pula kalau nak beraksi kandid dihadapan tripod. Gambar ni antara 20 gambar istimewa yang kami ambil hari itu kerana cuma 20 sahaja yang mampu dimuatkan dalam memori dalaman kamera suami saya. Memori kadnya tiba-tiba rosak pagi tu, akibat selalu bergenang dalam air liur anak saya.



.Kenapa saya nak menang pertandingan.

(Jawapan di bawah diberi berdasarkan hadiah utama - sesi Outdoor Photography beserta make up)

  1. Sebab paling utama, kami sekeluarga memang gila bergambar. Peluang untuk diambil gambar secara percuma adalah satu perkara yang tak boleh disia-siakan.
  2. Bosan berposing depan tripod. Gambar nampak dibuat-buat dan tak natural. Kalau ada orang ambilkan gambar kami lebih seronok!
  3. Saya seronok bekerjasama dengan Nik dan suami. Macam dah kenal lama. Jadi, sesi bergambar akan jadi satu sesi yang menyeronokkan. Jadi sebahagian daripada aktiviti keluarga di masa lapang.
  4. Kami sedang mengumpul gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam buku gambar tahunan kami. Gambar terbaik akan dibesarkan untuk dijadikan hiasan dinding untuk rumah baru kami nanti.
  5. Saja-saja cuba nasib. Kalau menang, boleh jumpa dan lepak-lepak dengan Nik dan suami. Hahahhaha.. Boleh?


Kepada kawan-kawan yang berminat, cepat-cepat masuk pertandingan ni sebelum 31 Ogos 2010. Tak rugi mencuba, kan?


Kalau malas nak skrol ke atas, saya bagi link sekali lagi..




Nota kaki : Rasa berdebar nak klik 'publish post'. Bismillah.. Harap-harap menang! Hehehe..




Sunday 20 June 2010

Selamat Hari Bapa




Selamat Hari Bapa, Teddy!!



Friday 18 June 2010

TaliBai

Minta maaf cik Diari..
Saya terlambat untuk menulis 1 entri penting untuk kawan yang saya sayang.
Si fanatik warna ungu,

.Baizura.

Tahniah kerana akhirnya dapat bersama dengan orang yang paling dia puja.

Bai dulu salah seorang kawan yang paling saya rapat masa zaman universiti.
Dari minggu pertama orientasi dia sudah mula memuja seorang jejaka tinggi lampai ni.
Nama dia agak unik,

.Norsamtasli.

Orang panggil Sam.
Tapi Bai panggil dia Tali. Jadi, bila disambung - TaliBai.
Saya gunakan nama tu dalam buku telefon saya.
..dan kadang-kadang saya lupa tu nombor Bai atau Tali.

Dipendekkan cerita, mereka telah selamat disatukan 15 Mei 2010 yang lepas.



Alhamdulillah.
Saya benar-benar gembira untuk mereka.


Saya datang ke dua-dua resepsi lelaki dan perempuan.
Kebetulan, saya kenal rapat dengan keluarga Bai.
..dan Tali sekampung dengan saya. Orang Batu Pahat.

Resepsi pihak lelaki, 29 Mei 2010.
Saya terkejar-kejar ke sana selepas resepsi kawan baik saya, Shu.

"Berjuta ampun dan maaf  Shu, tak dapat nak melepak lama-lama temankan kau hari tu.."


Sampai di rumah pihak lelaki sudah menghampiri jam 4 petang.
Orang dah mula beransur pulang.
Tak apalah, janji datang.


Sekali lagi ucapan dari saya,

"Tahniah TaliBai!!"




Thursday 17 June 2010

Teman serumah

Tadi saya belek-belek gambar lama.
(Sebenarnya taklah lama sangat. Gambar 2 bulan yang lepas.)
Tiba-tiba terjumpa 1 gambar ni.
Tak patut rasanya saya abaikan kenangan ni.

Bertarikh 16 April 2010.
Hari lahir saya tahun ini.

Saya sambut juga dengan kawan-kawan lama.

Teman serumah saya dulu.
Bekas penyewa Casavilla.
Kebetulan Fuzz pulang sebentar ke Malaysia.

Sepatutnya ada perjumpaan ramai-ramai sempena menyambut Fuzz.
Tapi akhirnya cuma ini saja yang hadir..


















Saya rindu betul melepak di As-Salam sampai tengah malam dengan mereka.
Minum Neslo pekat mamak dan roti pisang cheese.
Saya rindu gosip-gosip panas dan topik blog baru yang patut kami tulis.
(Sekarang cuma tinggal saya seorang memegang status pemblogger tegar.)

Untuk makluman..
Kami dulu sama-sama menulis blog pada waktu lapang kami.
Zaman-zaman kegemilangan Friendster dan Myspace.
Era tahun 2005-2006.


Saya rindu zaman-zaman universiti saya dulu.


Saya terasa diri dah tua.
Dah melebihi suku abad.

Apa yang saya dah capai setakat ini?

.Haih. (Bahasa melayu untuk sigh?)

Mungkin 1 hari saya patut berkarya semula.
Datanglah wahai idea..


Nota kaki : masih dalam emosi warna-warni akibat Abang Ahadiat idola saya berbalas komen di status FB saya.





Tuesday 15 June 2010

Ahadiat dan London

Ahadiat Akashah adalah idola saya sejak zaman kanak-kanak.
Pada saya, beliau adalah seorang penulis yang hebat.
Dulu saya ada 1 set koleksi novel-novel Ahadiat Akashah.
Hampir semua novel tulisannya saya ada.

Ataranya,
Lagenda Budak Setan, Pilot Cafe, Awek Cun,
Gangster, Coral, Sleeping Beauty, Hikayat Cinderella, dll.

Apa kaitan karya Ahadiat dengan kisah hidup saya?


Beliau bertanggungjawab dalam menyemai angan-angan
dan impian zaman kanak-kanak saya tentang kisah-kisah cinta.

Saya selalu hidup dalam dunia imaginasi yang ditulis beliau.

Bila novel Ahadiat berada ditangan saya,
saya akan mula hilang jejak dari dunia nyata
dan terus berangan sayalah heroin,
watak utama novel tulisannya.

Ada 1 novel yang ditulisnya,
Sleeping Beauty '95 kalau tak silap saya.

Kisah tentang watak utamanya,
Adila yang baru pulang dari luar negara.
Apa yang menarik perhatian saya..
ada 1 petikan ayat dalam buku itu,

pengalaman kisah cinta Adila dan Remmy di London.

.."bersama menunggang patung singa di Trafalgar Square"..

Tahun 1995, tahun buku itu diterbitkan..
saya masih di darjah 6.

..dan ketika itu saya dapat bayangkan saya adalah Adila..

Yang silapnya imaginasi saya ketika itu,
patung singa yang saya bayangkan tidak sebesar yang sebenar.
Memang betul-betul besar rupanya.

Saya tak sanggup nak berebut dengan pelancong-pelancong lain
yang berasak-asak cuba menunggang singa itu.
Bergambar dari jauh pun jadilah..






Ada 1 lagi petikan dari novel cinta Ahadiat.
Tapi saya tak pasti dari novel yang mana.
Mungkin dari novel bertajuk 'KL-London'.

Petikan tentang pasangan bercinta
di taman indah di dalam kawasan taman Buckingham Palace.





Taman tu memang betul-betul cantik.
Imaginasi saya dulu tak secantik taman yang sebenar.
Ada hidupan liar seperti burung, angsa dan tupai yang menjadi penghuni taman.
..dan paling penting saya disana, bersama dengan orang yang paling saya cintai.
Baring-baring di atas rumput nan menghijau.

Sama seperti petikan novel Ahadiat yang pernah saya baca.










Jadi sekarang anda tahu dari mana datangnya angan-angan London saya.

Terima kasih Ahadiat Akashah kerana mewarnai imaginasi kanak-kanak saya.

Terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta, Teddy..
kerana menjadikan mimpi itu satu kenyataan..


p/s: Minta maaf sebab ahir-akhir ni saya keluarkan cerita dan gambar-gambar lama. Saya sedih sebab banyak kisah perjalanan saya yang tak tertulis di sini. Dulu saya cuma letak 2-3 gambar dan 2-3 baris ayat saja. Saya takut 1 hari saya akan lupakan pengalaman terindah dalam hidup saya ini.


Nota kaki : Ok, saya betul-betul rasa macam nak pengsan sekarang ni sebab Ahadiat Akashah idola saya tu baca blog saya ni!!  Terima kasih banyak, abang Ahadiat!


Monday 14 June 2010

Stonehenge Malaysia




2008

Stonehenge, UK




2010

Taman Megalit, Malaysia.


Siapa kata kita kena terbang jauh 
untuk menyaksikan monumen pra sejarah seperti ini?
Sama je, batu terpacak.

hehehe

(Ye, saya mengaku bukan peminat sejarah)


Cuma saiz saja kecil sedikit di sini.


Sesiapa yang berminat nak pergi,
tempatnya di Taman Putra Perdana, Putrajaya


Friday 11 June 2010

Kafein




Dari jam 01:30 pagi sampai 02:30 pagi tadi
saya bergolek-golek ditilam, 
cuba untuk tidur.

.Tak berjaya.

Mungkin jumlah kafein yang saya ambil
terlebih dosnya.

Saya perlukannya umpama dadah,
untuk pastikan mata saya sentiasa segar terbuka
dan pandangan tajam umpama helang..

kerana jika saya terlelap barang sesaat,
Teddy Kecil sudah hilang dari pandangan.






Terbukti

Sepasang kaki lebih pantas dari 4!





P/s : Gambar-gambar berlokasikan Putrajaya ini saya ambil menggunakan kamera kompak saya, Encik Lumix FX55 yang saya anak tirikan kerana saya selalu bandingkan kualiti gambarnya dengan kamera besar Teddy. 

Thursday 10 June 2010

Akhirnya..




Akhirnya..

Tepat jam 12:24 pagi tadi
Teddy Kecil selamat beradu.

Hari penuh mencabar kini berakhir.



Kamu buat Mommy rasa macam nak pengsan!

Aksi berani mati yang cuba dilakukan akibat kebosanan



Wednesday 9 June 2010

Anak Daddy







15:27


Macam cerita 24 di AXN pula.


Saya mula menulis jam 15:27 pm pada tanggal 9 Jun 2010.
Ada lagi lebih kurang 8 jam 33 minit sebelum hari ini berakhir.
(Itu pun kalau budak ni nak masuk tidur sebelum pukul 12 malam.)

Saya dapat rasakan yang hari ini
mungkin hari yang agak mencabar bagi saya.

Teddy tiada malam ini.

Ye, saya tahu saya mengada-ngada.
Sebelum ni pernah kena tinggal sebulan lebih.
Teddy ke  Bangkok 2-3 kali tahun lepas.

Tapi masa tu Teddy Kecil masih belum pandai apa-apa.
Masih belum pandai menunjukan yang dia mahu Daddy nya.

Sekarang berbeza.
Dia betul-betul anak Daddy.

Walaupun saya tinggal di rumah bersama dengan anak saya,
dia lebih manja dengan Daddy nya.

Sebab saya garang.

hehehe


Betul.

Saya tak berapa rajin nak manjakan dia.
Saya tak kuat nak dukung dia sepanjang hari kalau dia merajuk.
Berat.

Saya tak larat nak bermain sergah-sergah, cak-cak sampai tengah malam.
Saya perlu fikirkan kerja-kerja rumah yang lain juga.

Jadi, tanggungjawab untuk menghiburkan hati Teddy kecil
saya amanahkan pada Daddy nya.
Sebab tu dia anak Daddy.
Manja dengan Daddy.

Petang-petang pukul 6 lebih,
kalau ada bunyi motor atau kereta depan rumah..
Teddy Kecil sudah terpacak di pintu rumah.
Menggendang pintu minta dibuka.

Bila tengah menyusu sekali pun,
jika saya bisikkan di telinganya, "Daddy dah balik.."
dia segera bangun menuju ke pintu rumah.
Dulu minta dipimpin,
sekarang dah pandai bangun berjalan sendiri.

Bila nampak Daddynya membuka pagar rumah,
dia sudah melonjak-lonjak ketawa gembira.


Jadi..


Saya risau.

Harap-harap malam ini dia tidak mencari Daddynya.


Daddy balik esok ye, sayang.. 
Kimi jadi budak baik hari ni ok??

Away



Teddy won't be around for 1 whole day today.
Duty calls, of course.
Luckily this time he's not going to be away
for more than a month like last year.
He's just testing some new vehicle features
for higher climate environment.
So.. he will be staying at Genting for 1 night.

.Tonight.

Let's pray that Daddy's Little Boy
won't be whining and missing his father.
Hope that I will survive this day.






p/s : I know. I'm violating my own rules for writing blog in English. Since I don't interact much with people (hello, SAHM here??) I'm afraid that 1 day I might forgot how to speak in English. So, why not loosen this rules and at the same time I can still learn how to write and speak beautifully in both languages. 

Tuesday 8 June 2010

Semoga bahagia, Hirda!!




Kawan seperjuangan saya semasa di Universiti dulu, Hirda akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada 4 Jun yang lepas. Saya terharu dan benar-benar gembira untuk dia.

Hirda dulunya selalu kurang baik dalam hal-hal cinta. Citarasa Hirda pelik, biasanya jenis muka-muka yang ganas. Muka pecah rumah. Muka ala-ala perogol bersiri. Tapi hairan sebab Hirda selalu saja kecewa kerana cintanya tidak berbalas.

Dulu saya ingat lagi, ada kawan lelaki sekuliah kami yang menghina Hirda.. Ayatnya sangat kejam.


" Aku rasa ko sesuai jadi jururawat la.. " 
" Kenapa? " - Hirda.
" Sebab.. jururawat..lebih kurang sama bunyinya macam JERAWAT!! hhahahahaa.. " 


Hirda dulu boleh dikatakan seorang yang berprofil rendah (low profile?). Kulit mukanya sensitif dan tidak dinafikan memang jerawat mudah timbul dipermukaan kulitnya. Sampaikan dia pernah muncul dalam majalah In Trend dalam ruangan  'make over' dengan tajuk besar "Jerawat bukan penghalang". Kalau saya lah yang kena, mesti rasa terhina. Tapi Hirda ni seorang yang ceria dan sangat positif. Dia tak endahkan semua tu.

Kalau dulu anak itik hodoh, sekarang Hirda yang saya kenal dah bertukar menjadi seekor angsa yang sangat-sangat cantik. Orang-orang yang pernah hina dia dulu mesti telan air liur je bila melihat dia sekarang. Cantik mengalahkan artis.

Pasangan Hirda, Zulirwan jauh menyimpang dari citarasa dia dulu. Kacak dan berdarah campuran mat saleh (Betul kan, Hirda? Ke.. gossip liar semata-mata?) Saya bersyukur kerana Hirda akhirnya menemui cinta sejati dia sehidup semati. Tahniah dan saya doakan semoga Hirda dan suami bahagia hingga ke anak cucu.



Tarikh : 4 Jun 2010
Tempat : Hotel Singgahsana, PJ


Pengantin

Kimi doakan Auntie Hirda cepat-cepat dapat baby.. aminn..

Teman serumah saya dulu
(kecuali lelaki di tengah-tengah Fyza & Iris, dan tanpa Faz & Hana)

Kami 3 sekeluarga

Kawan-kawan pengantin

Tetamu kehormat - Datin Ilyana. Hehehee...



Monday 7 June 2010

Special car review

Presenting..  
The latest season of Top Gear



Announcing 
Ca'ung as the new 'The Stig'




Friday 4 June 2010

Toddler

Ada 1 perkataan dalam Bahasa Inggeris yang saya suka ~ Toddler.

Panggilan 'toddler' digunakan untuk kanak-kanak yang sudah pandai berjalan. Perkataan yang sangat sempurna yang kini boleh digunakan untuk Teddy kecil saya.

Dia sudah mula yakin dengan setiap langkahnya. Kaki kecil itu walaupun masih belum stabil sepenuhnya gigih disusun satu-persatu. Jatuh dan bangun berkali-kali. Buat saya bangga dan kagum dengan usahanya.

Saya cukup suka melihat bayi-bayi yang baru pandai melangkah. Sebelum ini, mereka tidak pernah gagal membuahkan senyuman dari bibir saya kerana gelagat mereka teramat comel pada pandangan mata saya.

Sekarang, masa yang saya nanti-nantikan telah tiba. Giliran anak saya sendiri, si Teddy kecil. Melangkah setapak demi setapak terhoyong-hayang, terkengkang-kengkang, kekiri kekanan umpama ketam, belajar mengimbangi badan sendiri. Comel! Saya tak boleh berhenti tersenyum apabila melihat dia berjalan.

Nanti bila dia dah mula berlari laju meninggalkan saya dibelakang, saya rasa mesti dah 'kurang comel' sebab itu maksudnya saya perlu membakar lebih kalori untuk mengejarnya.

Saya tak mahu lupa detik-detik istimewa ini.





Anak saya, Hakimi Rossi bukan lagi bayi kecil saya.
Dia seorang toddler!!

Thursday 3 June 2010

16 bulan

Dah lama saya tak menulis tentang Teddy Kecil saya.

Dia dah pandai macam-macam.
Tak tertulis saya di sini.


Antaranya,


  • Pandai angkat-angkat kening.
  • Faham arahan. (Saya pernah suruh dia gigit Daddy dia dan dia terus gigit betul-betul. Hehe..)
  • Punya daya ingatan yang baik. Dia ingat perkara-perkara yang kami ajar walaupun dah lama berlalu.
  • Boleh menggunakan signal tangan mengikut perkataan dan ayat tertentu. Dia akan pura-pura melihat jam di tangannya apabila ditanya 'jam pukul berapa?' Dia tahu signal tangan untuk 'star', 'itsy bitsy spider', nombor 1, picit hidungnya bila dengar perkataan 'busuk' dan faham banyak perkataan lain. 
  • Boleh 'membaca' bukunya sendiri. Dia membebel dengan ayat yang tidak difahami tetapi menggunakan signal tangan untuk gambar-gambar yang dia tahu. (Letak tangan di kepala untuk gambar topi. Letak tangan di seluar untuk gambar lampin bayi. Goncangkan tangan untuk gambar mainan rattles bayi.) 
  • Menyebut 2-3 patah perkataan. Kegemarannya, "pa bang.." untuk kapal terbang. "bah" untuk bas. Perkataan lain yang saya pernah dengar dia sebut, "star" untuk bintang, "bur.." untuk bubur.. 
  • Tidak lagi mengorek komputer riba saya, bahkan boleh berkongsi dan bersama-sama menonton youtube dengan saya. 
  • Pencapaian terhebatnya, dia sudah mula yakin dengan dirinya sendiri. Sudah mula melepaskan tangannya dari kami dan berjalan sendiri. 



Dataran Batu Pahat (29/5/2010)
Related Posts with Thumbnails