Thursday, 17 June 2010

Teman serumah

Tadi saya belek-belek gambar lama.
(Sebenarnya taklah lama sangat. Gambar 2 bulan yang lepas.)
Tiba-tiba terjumpa 1 gambar ni.
Tak patut rasanya saya abaikan kenangan ni.

Bertarikh 16 April 2010.
Hari lahir saya tahun ini.

Saya sambut juga dengan kawan-kawan lama.

Teman serumah saya dulu.
Bekas penyewa Casavilla.
Kebetulan Fuzz pulang sebentar ke Malaysia.

Sepatutnya ada perjumpaan ramai-ramai sempena menyambut Fuzz.
Tapi akhirnya cuma ini saja yang hadir..


















Saya rindu betul melepak di As-Salam sampai tengah malam dengan mereka.
Minum Neslo pekat mamak dan roti pisang cheese.
Saya rindu gosip-gosip panas dan topik blog baru yang patut kami tulis.
(Sekarang cuma tinggal saya seorang memegang status pemblogger tegar.)

Untuk makluman..
Kami dulu sama-sama menulis blog pada waktu lapang kami.
Zaman-zaman kegemilangan Friendster dan Myspace.
Era tahun 2005-2006.


Saya rindu zaman-zaman universiti saya dulu.


Saya terasa diri dah tua.
Dah melebihi suku abad.

Apa yang saya dah capai setakat ini?

.Haih. (Bahasa melayu untuk sigh?)

Mungkin 1 hari saya patut berkarya semula.
Datanglah wahai idea..


Nota kaki : masih dalam emosi warna-warni akibat Abang Ahadiat idola saya berbalas komen di status FB saya.





3 stalker (s):

  • Queen

    serulah macam P Ramlee seru mambang..ahahahha....hai idea kuning idea hijau idea merah..berdampinglah dengan ku wahai si idea.....ahahahahha

  • Nama aku Ijan

    Suka sgt baca blog org. Salah satu nya blog pinky angel =)

  • Ilyana

    nik,
    hahahaa..menarik gak tu. mlm ni jugak i try. hehe

    gula2 tuntung,
    wah.. terima kasih! bangganya saya punya pembaca mcm gula2 tuntung.. =)

Related Posts with Thumbnails