Thursday, 3 June 2010

16 bulan

Dah lama saya tak menulis tentang Teddy Kecil saya.

Dia dah pandai macam-macam.
Tak tertulis saya di sini.


Antaranya,


  • Pandai angkat-angkat kening.
  • Faham arahan. (Saya pernah suruh dia gigit Daddy dia dan dia terus gigit betul-betul. Hehe..)
  • Punya daya ingatan yang baik. Dia ingat perkara-perkara yang kami ajar walaupun dah lama berlalu.
  • Boleh menggunakan signal tangan mengikut perkataan dan ayat tertentu. Dia akan pura-pura melihat jam di tangannya apabila ditanya 'jam pukul berapa?' Dia tahu signal tangan untuk 'star', 'itsy bitsy spider', nombor 1, picit hidungnya bila dengar perkataan 'busuk' dan faham banyak perkataan lain. 
  • Boleh 'membaca' bukunya sendiri. Dia membebel dengan ayat yang tidak difahami tetapi menggunakan signal tangan untuk gambar-gambar yang dia tahu. (Letak tangan di kepala untuk gambar topi. Letak tangan di seluar untuk gambar lampin bayi. Goncangkan tangan untuk gambar mainan rattles bayi.) 
  • Menyebut 2-3 patah perkataan. Kegemarannya, "pa bang.." untuk kapal terbang. "bah" untuk bas. Perkataan lain yang saya pernah dengar dia sebut, "star" untuk bintang, "bur.." untuk bubur.. 
  • Tidak lagi mengorek komputer riba saya, bahkan boleh berkongsi dan bersama-sama menonton youtube dengan saya. 
  • Pencapaian terhebatnya, dia sudah mula yakin dengan dirinya sendiri. Sudah mula melepaskan tangannya dari kami dan berjalan sendiri. 



Dataran Batu Pahat (29/5/2010)

3 stalker (s):

  • Queen

    kimi....geget....ahaha...itu yang seronoknya ada anak kan..nak usik ayahnya boleh suruh anak...tak kene marah..ahaha...

    seronok baca pencapaian kimi....Go kimi GO.....yeay!

  • Nadia J

    yay Kimi!!

  • Pinky Angel

    Nik,
    seronok bila dh pandai mcm2. awal2 dulu ms nk besarkn dia ssh sket sbb dia xpandai nk respond lg. tp tu la,kena hargai tiap masa dgn dia. nik pun kena hargai ms berdua puas2 dulu :)

    nia,
    kimi xsbr nk jmpa baby auntie! gegirl ke boboy?

Related Posts with Thumbnails