Panggilan 'toddler' digunakan untuk kanak-kanak yang sudah pandai berjalan. Perkataan yang sangat sempurna yang kini boleh digunakan untuk Teddy kecil saya.
Dia sudah mula yakin dengan setiap langkahnya. Kaki kecil itu walaupun masih belum stabil sepenuhnya gigih disusun satu-persatu. Jatuh dan bangun berkali-kali. Buat saya bangga dan kagum dengan usahanya.
Saya cukup suka melihat bayi-bayi yang baru pandai melangkah. Sebelum ini, mereka tidak pernah gagal membuahkan senyuman dari bibir saya kerana gelagat mereka teramat comel pada pandangan mata saya.
Sekarang, masa yang saya nanti-nantikan telah tiba. Giliran anak saya sendiri, si Teddy kecil. Melangkah setapak demi setapak terhoyong-hayang, terkengkang-kengkang, kekiri kekanan umpama ketam, belajar mengimbangi badan sendiri. Comel! Saya tak boleh berhenti tersenyum apabila melihat dia berjalan.
Nanti bila dia dah mula berlari laju meninggalkan saya dibelakang, saya rasa mesti dah 'kurang comel' sebab itu maksudnya saya perlu membakar lebih kalori untuk mengejarnya.
Saya tak mahu lupa detik-detik istimewa ini.
Dia seorang toddler!!
yeay...teringat lagu utk baby jalan..ni belajar di rumah mertua
tak teh sebulan lagi....
kalau penat kimi berenti...
yeay
aduhaiii.., comelnyaa anak mummy zura nie.., geram tul la tgok dia..,, bila boleh main dgn abg amsyar nie..?
congrate kimi..Aliff ni bile ntah nk pandai jalan...aunty ni dah tak sabar nak mengejar dia bile dia pandai jalan...hehe
Nik,
yeayy.. ;)
limah,
abg amsyar kan dah ada kawan.. hehe..
mimi,
hargai every moment dia membesar mimi. Kalo dok tggu dia pandai berjalan, nnti dah pandai mesti ko rindu baby yg tak pandai buat apa2 lagi.. ;)