Monday, 28 June 2010

Sambutan Hari Bapa

Ini kali ke-2 saya sambut Hari Bapa seumur hidup saya.
Sebelum ni, saya tak pernah tahu atau peduli bila Hari Bapa ni disambut.
Tapi sekarang, Hari Bapa sangat bermakna buat saya.
Hari untuk meraikan insan yang paling saya cintai,
bapa kepada anak saya.. Teddy.

Tahun ni kami sekeluarga bergembira di Taman Pertanian Malaysia, Shah Alam.
Dulu dikenali sebagai Bukit Cerakah.
Destinasi popular untuk rombongan sekolah.

Sayangnya, tak banyak gambar yang menarik.
Banyak diambil menggunakan kamera kompak saya yang dianak tirikan itu.
Kamera Teddy cuma mampu menyimpan 19-20 keping gambar.
Guna memori dalaman.
Kad memorinya dah rosak dek selalu sangat bergenang air liur Kimi.

Oklah, biar gambar tolong jadi tukang cerita.


Yang diraikan pada hari itu..
Bapa mithali, Teddy.



Musim panas di rumah 4 musim.
(Semua orang mengeluh depan tu bila nampak 'Summer')




Di taman permainan..





Di taman haiwan..

Teddy paksa kami bergambar dengan kuda.
Dia kata, 
"Nanti Kimi dah besar boleh cerita dengan kawan-kawan dia.."

Nota kaki : Minta maaf cik Diari, saya agak sibuk minggu ni. Cerita Hari Bapa ni pun dah dikira cerita basi, tapi saya cuba usahakan agar setiap memori indah saya dicatat disini. 

2 stalker (s):

  • Gula² Tuntung

    Nice pic. Like 2 c ur small happy family ^^
    Tahun ni sambut Hari Bapa dr kejauhan ja. huhu. Miss my dad so much.

  • Pinky Angel

    Tq! ;)
    Di mana2 boleh sambut Hari Bapa. Ingatan dari jauh tu lebih bermakna dari dekat2 tak dihargai..

Related Posts with Thumbnails