Tuesday 8 June 2010

Semoga bahagia, Hirda!!




Kawan seperjuangan saya semasa di Universiti dulu, Hirda akhirnya menamatkan zaman bujangnya pada 4 Jun yang lepas. Saya terharu dan benar-benar gembira untuk dia.

Hirda dulunya selalu kurang baik dalam hal-hal cinta. Citarasa Hirda pelik, biasanya jenis muka-muka yang ganas. Muka pecah rumah. Muka ala-ala perogol bersiri. Tapi hairan sebab Hirda selalu saja kecewa kerana cintanya tidak berbalas.

Dulu saya ingat lagi, ada kawan lelaki sekuliah kami yang menghina Hirda.. Ayatnya sangat kejam.


" Aku rasa ko sesuai jadi jururawat la.. " 
" Kenapa? " - Hirda.
" Sebab.. jururawat..lebih kurang sama bunyinya macam JERAWAT!! hhahahahaa.. " 


Hirda dulu boleh dikatakan seorang yang berprofil rendah (low profile?). Kulit mukanya sensitif dan tidak dinafikan memang jerawat mudah timbul dipermukaan kulitnya. Sampaikan dia pernah muncul dalam majalah In Trend dalam ruangan  'make over' dengan tajuk besar "Jerawat bukan penghalang". Kalau saya lah yang kena, mesti rasa terhina. Tapi Hirda ni seorang yang ceria dan sangat positif. Dia tak endahkan semua tu.

Kalau dulu anak itik hodoh, sekarang Hirda yang saya kenal dah bertukar menjadi seekor angsa yang sangat-sangat cantik. Orang-orang yang pernah hina dia dulu mesti telan air liur je bila melihat dia sekarang. Cantik mengalahkan artis.

Pasangan Hirda, Zulirwan jauh menyimpang dari citarasa dia dulu. Kacak dan berdarah campuran mat saleh (Betul kan, Hirda? Ke.. gossip liar semata-mata?) Saya bersyukur kerana Hirda akhirnya menemui cinta sejati dia sehidup semati. Tahniah dan saya doakan semoga Hirda dan suami bahagia hingga ke anak cucu.



Tarikh : 4 Jun 2010
Tempat : Hotel Singgahsana, PJ


Pengantin

Kimi doakan Auntie Hirda cepat-cepat dapat baby.. aminn..

Teman serumah saya dulu
(kecuali lelaki di tengah-tengah Fyza & Iris, dan tanpa Faz & Hana)

Kami 3 sekeluarga

Kawan-kawan pengantin

Tetamu kehormat - Datin Ilyana. Hehehee...



6 stalker (s):

  • Queen

    hotel singgah sana makanan dia sedap kan....saya suka kalau ade event kat sana...

  • Ilyana

    btl, sedap.. kimi mkn byk. hehe.. tp lauk aritu rebut2 sbb member2 semeja tgh kelaparan. dpt sorg sket je. hehe

  • lily lotus

    congrates to ur fren :)..close up lah muka pengantin

  • Ilyana

    thanks sis.. tp gmbr close up pengantin xde. saya zoom je dr jauh style paparazi. segan nk bsaing dgn pro photographer yg pki slr hebat2 tu.sy kamera murahan je. (sbnrnya kes mls nk bgn dr kerusi nk amek gmbr pengantin). hehe

  • tujuhhariseminggu

    uhh, sape yg kutuk hirda camtu... kureng sungguh... hirda sgt cantik kan.. :)

  • Ilyana

    yelly,
    bdk jkees. ko knal kot. hehe.. herda mmg sgt cantek!! dulu dia mmg xreti melawa. skarang.. kelass yew..!!

Related Posts with Thumbnails