Quiny Bridal atau butik kawan saya, Nik sedang menganjurkan pertandingan sempena Anniversary butiknya yang pertama. Klik sini untuk info lanjut.
Jadi, saya rasa teruja sangat untuk turut serta dalam pertandingan ni.
Kepada yang berminat,
Quiny Bridal bukan saja butik pengantin yang menawarkan busana atau aksesori pengantin,
tapi macam-macam servis dari pelamin mini, set akikah, make up dan photography.
Gaun pengantin putih saya yang cantik macam Cinderella tu pun saya sewa dari sana.
Murah, cantik, dan saya puas hati sangat dengan servis yang ditawarkan.
Kalau tak percaya, sila tengok sendiri
Berbalik pada pertandingan tu..
Terus-terang, saya bukannya jenis manusia yang suka masuk mana-mana pertandingan.
Tapi ada pengecualian jika pertandingan tu menawarkan hadiah menarik macam yang Nik tawarkan.
Hehehe..
Nik,
Saya pertaruhkan gambar ni..
.Tentang gambar.
Saya tak pasti gambar ni boleh dikira 'happening' atau tak. Harap-harap dapat memenuhi kriteria yang Nik mahukan. Saya suka sangat gambar ni sebab kami sekeluarga tengah bergembira sempena menyambut Hari Bapa yang lepas. Gambar terbaru yang tidak diedit atau di upload di mana-mana. (Tapi lepas ni kejap lagi nak upload di FB. Hehe..) Minta maaf Nik, saya kecilkan saiz gambar supaya lebih pantas di upload.
Minta maaf juga sebab kami posing 'tegak-tegak' saja sebab nampak pelik pula kalau nak beraksi kandid dihadapan tripod. Gambar ni antara 20 gambar istimewa yang kami ambil hari itu kerana cuma 20 sahaja yang mampu dimuatkan dalam memori dalaman kamera suami saya. Memori kadnya tiba-tiba rosak pagi tu, akibat selalu bergenang dalam air liur anak saya.
.Kenapa saya nak menang pertandingan.
(Jawapan di bawah diberi berdasarkan hadiah utama - sesi Outdoor Photography beserta make up)
- Sebab paling utama, kami sekeluarga memang gila bergambar. Peluang untuk diambil gambar secara percuma adalah satu perkara yang tak boleh disia-siakan.
- Bosan berposing depan tripod. Gambar nampak dibuat-buat dan tak natural. Kalau ada orang ambilkan gambar kami lebih seronok!
- Saya seronok bekerjasama dengan Nik dan suami. Macam dah kenal lama. Jadi, sesi bergambar akan jadi satu sesi yang menyeronokkan. Jadi sebahagian daripada aktiviti keluarga di masa lapang.
- Kami sedang mengumpul gambar-gambar menarik untuk dimuatkan dalam buku gambar tahunan kami. Gambar terbaik akan dibesarkan untuk dijadikan hiasan dinding untuk rumah baru kami nanti.
- Saja-saja cuba nasib. Kalau menang, boleh jumpa dan lepak-lepak dengan Nik dan suami. Hahahhaha.. Boleh?
Kepada kawan-kawan yang berminat, cepat-cepat masuk pertandingan ni sebelum 31 Ogos 2010. Tak rugi mencuba, kan?
Kalau malas nak skrol ke atas, saya bagi link sekali lagi..
Nota kaki : Rasa berdebar nak klik 'publish post'. Bismillah.. Harap-harap menang! Hehehe..
goodluck...hope menang..hehe
tq edy!! ;)
waah...suka dgn ekspresi kimi...happening tuh ade...ngeee....semoga berjaya....GoGoGo...and thanks utk sertai..ngeee
Nik,
budak tu happy sgt main buai time tu. gelak terjerit2. hehe.. kitorg je yg x happening. hehe.. thanks nik! hrp bole menang
Gud luck! ^^
tq gula2 tuntung!! :)
yun hot mama! jealous tgk you and teddy so happy :) But in a good way kayy... hehee. by the way babes, how do you insert the funny, cool and elaborate featues tu ek? cool la, i ingat nak add dalam blog i jugak ! heheheheh
hi hana!! ;)
hot la sangatttt..
go to dashboard - design - page elements - blog posts. (edit kat ruang blog posts tu)