Tuesday 28 February 2006

Tagged by Leli Kambenk!!

( Port Dickson ~ 25th Feb '06 )


8 Different points of a perfect lover


1. shweeeeet smile + cute butt. hehe..
  • extra points for dimples..

2. kiut!!


3. someone who can protect me
  • bukanla nak yg body tough sgt, atleast yg buat aku rasa sentiasa selamat dari segenap aspek (fizikal, mental, emosi, finance..etc)
4. Responsible
  • willing to take a burdensome responsibility by having me as his GF
5. Romantic
  • he remembers our important dates such as anniversary, 1st date, birthday.. etc. etc. etc.
6. Patient (@ max level)
  • treat me like a princess please.. hehe.. muahh..muahhss!!
7. Kind-hearted
  • (dunno what to do with that clear blue sky pic)


8. not-so-perfect person
  • heyy.. nobody's perfect aite? Aperla Leli ..tag aku ngan menda nih. There's no such thing of 'perfect lover' sbb kapel yg tak pernah gado tu la kapel yg paling bermasalah.. kan??kan??
tagged 8 victims
* takyah, takyah.. aku baik ati arini.

Monday 20 February 2006

Karangan BM : beg skolah saya


Ini beg sekolah saya. Beg sekolah saya kaler merah. Saya mau mahu yang kaler pink tapi tidak terdapat di pasaran ketika itu. Saya membelinya dengan harga RM 25 selepas mengugut akan membunuh tokey kedai itu jika tidak mengurangkan harga beg yang pada ketika itu RM40. Akhirnya saya berjaya mendapatkan beg itu. Walaupun beg ini bukan beg idaman (terpaksa beli sebab beg lama punya zip dah rosak) namun saya berpuas hati dengan prestasi beg ini di mana ia tidak perlu dicuci dan sentiasa nampak wangi.

Beg sekolah saya mampu memuatkan pelbagai jenis barangan termasuk sampah (tisu yg dah digunakan, plastik gula2, resit ATM/brg2 lain, nota2 conteng, dan ntahapehapentah lagi..), mekap (tidak disebutkan disini kerana tidak ada jenama) dan barang2 sekolah.

Yang ada di dalam beg saya seperti gambar di atas (tidak termasuk sampah dan mekap);

1. Pencil case (adiah besday thn lepas dari nina)
2. Wallet (suvenier dari indon, Hirda baru je bagi aritu)
3. Kunci umah dengan key-chain teddy bear ( key-chain tu Teddy bagi masa 1st date )
4. Kunci skuter dengan key-chain Italy ( key-chain tu my ex bagi )
5. Kalkulator (beli sendirik) yang dah berumur lebih 4 tahun.
6. Henset nokia buruk (amek mama punye) yang jugak dah berumur lebih 4 tahun.
7. Buku Optical Fiber Communication yang masih cantek(yg diusung ke hulu/hilir tanpa dibaca)
8. Buku nota untuk conteng2 (recycle yg thn lepas punya)

Sekian, terima kasih.

Orang lain utk di tag;
1. Nina
2. Iris
3. Saper-saperla...

Thursday 16 February 2006

sempat lagi nak memblog..

Aritu gi tgk2 magz kat 7e, jumpa magz PC ni. Aku rasa magz ni asalnye tebal + mahal..tapi yg aku tgk tu nipis ++ harga dia RM4 lbh je. Yang menarik perhatian aku, tajuk2 utama dlm magz tu.. "creat your own blog" pastu ada gambar screen blogger.com. Ngehehehe... Aku gelak sorang2 je tgk. Aku dah lama dah terjebak dlm bidang ni, diorang baru nak fofularkan ke?? Bak kata Fuzz..alangkah indahnya dunia kalau ada orang sanggup bayar gaji utk setiap blog yg kita tulis tu..

Bukan nak cerita psl tu. Intro je tu. Hehe.. Tak sure nak memblog psl apa, tp yg penting aku nak memblog sbb aku nak tahan mata dari tdo. Ngantuk!! Petang2 tdo lps Asar mewarisi keturunan gile. (Jap lagi Nina gile la tu..hehe)

Tengahari td abis dah exam PTD. Bawak moto sesorang gi exam. Malas la nak tumpang kete orang. Tak best..

Exam semalam..pagi tu ok lagi. Sahsiah diri.. Antara soalan bocor yang maybe kuar tahun depan..

* pernahkah anda kecewa dalam bercinta? -no- (penipu sungguh aku ni!)

* Sesekali anda tertawa dgn jenaka berunsur lucah. -yes- (mula2 nak jawab NO..tp rasa kang diorang igt aku penipu..)

* Anda suka membicarakan tentang sex. -NO- (ye, saya tipu lagi.hehe..)

Pastu sahsiah diri untuk PTD, 100 soklan. Bosan gile. Ngantuk2 aku jawab. Terasa diri ni dah jadi Pegawai dah. Soklan tanya siapa ptt aku pecat, siapa ptt dinaikkan gaji, apa tindakan kalau.. etc. etc. etc.

Pengetahuan am aku fail. Soalan 1st dah tak reti nak jawab. "clean entry" orang slalu guna utk sukan apa ek?? ha zuhri? bertique?? golf? papan anjal? Ntah.. no idea..

Arini esei and pemahaman dari aritikel je. Terasa diri ni mcm bdk skolah balik. Isi-huraian-contoh. Tips yg cikgu BM aku bagi masa SPM dulu aku masih igt smpi arini.Bdk2 skolah aku BM hebat2.. Sorang je dpt B3, 2 orang A2, yang lain dapat A1 utk BM SPM.

Balik exam tadi syarikat modelling tu call suh datang screen test esok. Aku takleh gi, esok mau balik kampung. Tak gi terus kot..Tak kompiden. Fuzz pun tak jadi pegi. Fiza je pegi kot. Ala, bukan nak gile glemer pun. Cuma nak ada duit masuk je. Dah cukup baik.. Part-time modeliklan TV kunun..aku nak senaraikan iklan TV yg sesuai utk kitorang;

* iklan ubat kurus. Sebelum - 88kg (aku/nina), selepas 2 bulan menggunakan produk - 45kg(orang lain)

* iklan syampu. Jalan-jalan dengan rambut menggerbang blakang model utama iklan sambil buat muka jeles (iris)

* iklan krim pencerah kulit. Jadi kawan baik model utama yg lawa dan cerah kulitnye (Fiza)

* iklan perabot (sesuai untuk semua). Berdiri statik tepi perabot sambil gayakan tangan.

"Ada orang kata, model iklan yang pamerkan sebahagian anggota badan (gigi je ke..tangan ke..) dpt payment lagi tinggi.."aku keluarkan statement tu sebab pnh terbaca/ dgr cerita dari saper tah.. (Terus kitorang cari body part kitorang yg paling lawa)

Errr... kalau semua tak lawa? Kesimpulannya, tak payahla berangan nak jadi model.

Monday 13 February 2006

Trip to BP..


Ingat bertique je ke leh buat photo journal ke bali? aku pun bole gak tau.. Tapi dlm mesia je la. Ari Sabtu lepas aku balik BP ngan Teddy. Biasala..org baru dpt kete ni, rajin sket di ajak berjalan. Hehe.. Sepanjang jln, oleh kerana dilanda kebosanan tahap melampau aku pun amekla kamera teddy, snap gambar sndri byk2. Gile flash la katakan.. Amek gambar teddy yg tgh Serious memandu.. amek gambar kete kat jln. Kutuk2 Teddy punya sazzy bila ada kancil potong kitorang.. Api2kan Teddy cucuk Kelisa dpn kitorang yg bwk sket punye laju.. 140km/j. Awek je bawak tu.

Masuk tol Tangkak.. Menyusur jalan yang sgt2 familiar ngan kitorang ~ Tanjung Agas. Teddy bwk sazzy slow-slow depan Sc. Muar. Sekolah yang dah 6-7 thn kitorang tinggalkan. Mengimbau balik kenangan. Tempat aku jumpa Teddy dulu. Tak sangka, lps 5 thn minat dia, bagi2 surat lalu posmen (traditional sungguh!) akhirnya aku dapat dia gak. Korang tak yahla susah payah korek entry lama-lama aku (mcm zuhri buat). Kat sini aku cerita balik. Teddy a.k.a Isa Yassir Arafat tu 'Bruce' aku. (hehe..jgn marah cik puan!). Yup, senior sekolah je. Bkn artis atau millionaire mcm yg Zuhri imagine. Dia test engineer Proton kat s.alam.

Dulu kat skolah mmg tak pnh bertegur sapa, tgk dari jauh je brani. Tau psl dia pun sbb senior2 puteri ckp muka aku iras2 mcm dia. Kalo aku potong rambut mmg tak dpt nak bezakan. Cheh..! Ada akak senior beriya jadikan aku adik angkat sbb dia minat sgt kat Teddy. Lps Teddy abis skolah barulah aku brani contact dia. Jumpa alamat umah dia kat majalah skolah. Start dari tu kitorang main surat2 je. Dia takde phone. Dia kata phone tak penting utk dia. Dia tak pnh ada kwn baik pompuan. Tak pnh kuar ngan pompuan. Kalo kuar ngan pompuan skalipun, kuar ramai2 1 geng and kwn2 dia bawak awek diorang. Tu lah definisi 'kuar ngan pompuan' bagi dia. Sangat 'suchi murni'...hehehe... Lps dia grad, dah dpt kerja baru terfikir nak cari awek. Bila dia purpose aku, terus je aku terima. Gile.. old crush tu. 5 tahun aku tunggu dia. Igtkan dia ni jenis manusia yg takde prasaan nak ber awek.. hehe..

Ok.. sambung cerita tadi. Sampai Muar, singgah beli murtabak singapore. Korang pnh makan? Sedap woo.. besar. RM8 harga dia. Dulu masa kitorang skolah RM7. Dah naik singgit and saiz dah makin kecik. Seb baik rasanya maintain sedap mcm dulu. Rindu nak makan.. Restoran tu seblah Sc. Muar je. Kalo bdk2 fly dari skolah dulu gi makan kat sini la. Aku tak pnh buat. Aku budak baik dulu. Hahaha... (baik la sangat..)


Singgah kat Tanjung Emas. Tanjung Emas ke Tanjung Mas? Ntahla..aku tak sure sgt. Sempat lagi amek2 gambar kat situ. Tempat-tempat kenangan masa kitorang skolah kat Muar. Balik tu aku sempat snap gambar WETEX parade. 6thn dah tak jejak situ. Tempat outing paling best masa skolah dulu. Outing je mesti pegi Wetex. Makan Mc Donald. Heaven nye rasa dapat mkn benda lain, slain nasik kawah..


Patut dari Kajang leh sampai BP dalam masa 2jam lebih je. Tapi kitorang amek masa dkt 6 jam! Hehe.. Merewang kat Muar dulu. Malam, bwk teddy jalan-jalan kat Bandar BP. Dia ingat Batu Pahat ni pekan kecik je. Kutuk yea?? Macam la Rawang tu best sgt.. Kat BP pun ada BP walk tau.. Sempat amek gambar tapak kaki Menteri Besar Johor, Ghani Othman. Aku slalu jmpa dia. First time jumpa masa Festival Zapin 1998 kat JB. Lamanya aku tak mnari.. Minum2 kat BP walk. Dok depan barisan motor2 superbike. Teddy minat sgt2 superbike. 1 hari nanti bila dah kaya dia nak beli Kawaski Ninja. Hehe.. Aku pun suka. Lagi feel bawak motor laju2 dari bawak kete. Perasaan dia lain. Rasa angin.. Rasa diri seksi kalau naik motor2 superbike ni. Huehehehee... (seksi?? maksud aku perasaan seksi yang lahir dari dalam diri =p)



Esok pagi2 (errr..takla pagi sgt sbnrnye.. Bgn lambat. Tu pun dah kene jerit ngan mama.hehe..) kitorang gi air terjun Bekok. Dekat area Segamat. Gi ngan akak and abg ipar aku. Sejok gile air dia. Menggigil2 aku. Nak swim takleh, air cetek and banyak batu. Aku baring atas air je la. Teddy jeles sbb dia takleh float mcm aku. Aku tgh brangan float atas air dia gi tarik aku ugut nak hanyutkan. Siot je. Seb baik cetek. Orang jeles mcm tu la...

Petang, balik smula ke Kajang. Patutnya aku stay sbb cuti midsem seminggu. tapi aku kene balik sbb aku kene gi exam PTD esok kat putrajaya. Korang doakan la aku dpt jadi pegawai kerajaan. Hehe.. Skang aku takleh nak memilih sgt sbb mmg susah nak dpt kerja. B4 balik, Teddy sempat amek gambar ngan family aku. Mama, Cik Am (pak cik aku) and Nazri (anak cik Am). Muka sepesen jek semua. Macam mmg satu family. Ntah-ntah Teddy ni abang aku yg hilang kot. Ngehehehe..


Sempat singgah beli kain kat Tangkak. Best gak sbb dari harga RM80 dapat tawar sampai RM25. Belikan mama 2 pasang. Teddy belikan kakak dia 3 pasang. X sempat nak amek gambar lak kat sana.

Sampai casa dalam kul 10 mlm. Bercuti sakan aku ni. Rasa mcm nak demam pun ada. Balik2 igt nak tdo, tapi Fuzz bukak Twilight Zone lak. Layan sampai kul 3 lebih.

Smlm member aku sms, nak bagi nama aku jadi part-time model iklan tv. Gile ke hape? gerenti kene reject awal2. Aku gemok ma.. bagi nama Fuzz, Fiza, Hirda and Azyah. Okla.. Lapa. Tak kuasa nak diet. Mau carik makanan..hehe

Friday 10 February 2006

New hair style



Ok..that's it.. My new hair style. To muz.. This is digital perm.
Takyahla imagine bukan2..ada digit 1 0 1 0 kat my hair.. Perm biasa je.. Bezanya cuma rambut atas lurus..half je yg kat bwh tu perm..

..suppose to be red highlight dia. Tapi biasala..dah letak kat rambut itam..kaler dia lain sket.

Arini nak memblog psl my teddy.Lama dah tak blog pasal dia..



This is my teddy wif his new obsession ~ sazzy.. Comel kan? Kereta..bkn orangnye.hehe..
Sazzy kunun.. tak pepasal aku bermadu ngan kereta. Dpt on 27th Jan aritu. Tu je nak cerita. Mls nak type byk2. Korang tgk je la gambar tu.

Monday 6 February 2006

tagged. why me?? why?? why??

THREE NAMES YOU GO BY:
1. yun
2. yana
3. ilyana

only 3 meh?? ..

THREE SCREEN NAMES YOU HAVE HAD:
1. pinky angel
2. darksideangelz
3. angelz

THREE THINGS YOU LIKE ABOUT YOURSELF:
1. if nina talk a lot, me laugh a lot ("woi, yun dh gelak woi..Gelak racun dia tu woi..")
2. my hair wif my new hairstyle (coming soon..nnti aku apdet dlm blog ni lagik)
3. i'm hardworking, fast learner and ...(err..ni bkn interview 4 jobs ek??)

THREE THINGS YOU DON'T LIKE ABOUT YOURSELF:
1. my fat ass
2. last minute punya keje
3. i don't like the fact dat i like to eat fattening food so much..

THREE PARTS OF YOUR HERITAGE:
1. org kata muka aku mcm artis.. (saper tu tanak ckpla.. Nina, iris!! syhhhhh....)
2. siti nurhaliza??huehahahahhahahahhahaa.... Big mistake la sape kata rupa aku mcm dia..
.3. berjiwe seni gak. (sama mcm nina)

THREE THINGS THAT SCARE YOU (or mostly creep you out):
1. creepy flying/crawly things,no1 on the list LIPAS TERBANG erkk!heart attack (sama wei..sama!!!)
2. heartbreak
3. no internet connection (scary ooo...)

THREE OF YOUR EVERYDAY ESSENTIALS:
1. handphone
2. contact lens / spect
3. watch

THREE THINGS YOU ARE WEARING RIGHT NOW:
1. baju kecik
2. sluar pendek
3. underwear? pakai la...!!

THREE OF YOUR FAVORITE BANDS (or artists at the moment):
1. Adaband
2. jikustik
3. so7

THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AT PRESENT: (aku x dgr lagu baru)
1. never be replaced - 1st lady
2. tegar - rossa
3. manja - adaband

THREE NEW THINGS YOU WANT TO TRY IN THE NEXT 12 MONTHS:
1. exercise (dari dulu nak buat, tp tak buat2)
2. driving teddy's new savvy (which he will NEVER allow me to do that)
3. bungee jumping from my window pane kat casa vila ni.hahahhahaa.. Gile ke hape?

THREE THINGS YOU WANT IN A RELATIONSHIP (love included in the package)
1. trust
2. care
3. loyalty

TWO TRUTHS AND A LIE:
1. i'm fat
2. i'm hungry
3. hobi saya ialah belajar

THREE PEOPLE WHO HAVE TO TAKE THIS QUIZ NOW OR DIE PAINFULLY:
1. zuhri
2. bertique
3. rudi
Related Posts with Thumbnails