Thursday 16 February 2006

sempat lagi nak memblog..

Aritu gi tgk2 magz kat 7e, jumpa magz PC ni. Aku rasa magz ni asalnye tebal + mahal..tapi yg aku tgk tu nipis ++ harga dia RM4 lbh je. Yang menarik perhatian aku, tajuk2 utama dlm magz tu.. "creat your own blog" pastu ada gambar screen blogger.com. Ngehehehe... Aku gelak sorang2 je tgk. Aku dah lama dah terjebak dlm bidang ni, diorang baru nak fofularkan ke?? Bak kata Fuzz..alangkah indahnya dunia kalau ada orang sanggup bayar gaji utk setiap blog yg kita tulis tu..

Bukan nak cerita psl tu. Intro je tu. Hehe.. Tak sure nak memblog psl apa, tp yg penting aku nak memblog sbb aku nak tahan mata dari tdo. Ngantuk!! Petang2 tdo lps Asar mewarisi keturunan gile. (Jap lagi Nina gile la tu..hehe)

Tengahari td abis dah exam PTD. Bawak moto sesorang gi exam. Malas la nak tumpang kete orang. Tak best..

Exam semalam..pagi tu ok lagi. Sahsiah diri.. Antara soalan bocor yang maybe kuar tahun depan..

* pernahkah anda kecewa dalam bercinta? -no- (penipu sungguh aku ni!)

* Sesekali anda tertawa dgn jenaka berunsur lucah. -yes- (mula2 nak jawab NO..tp rasa kang diorang igt aku penipu..)

* Anda suka membicarakan tentang sex. -NO- (ye, saya tipu lagi.hehe..)

Pastu sahsiah diri untuk PTD, 100 soklan. Bosan gile. Ngantuk2 aku jawab. Terasa diri ni dah jadi Pegawai dah. Soklan tanya siapa ptt aku pecat, siapa ptt dinaikkan gaji, apa tindakan kalau.. etc. etc. etc.

Pengetahuan am aku fail. Soalan 1st dah tak reti nak jawab. "clean entry" orang slalu guna utk sukan apa ek?? ha zuhri? bertique?? golf? papan anjal? Ntah.. no idea..

Arini esei and pemahaman dari aritikel je. Terasa diri ni mcm bdk skolah balik. Isi-huraian-contoh. Tips yg cikgu BM aku bagi masa SPM dulu aku masih igt smpi arini.Bdk2 skolah aku BM hebat2.. Sorang je dpt B3, 2 orang A2, yang lain dapat A1 utk BM SPM.

Balik exam tadi syarikat modelling tu call suh datang screen test esok. Aku takleh gi, esok mau balik kampung. Tak gi terus kot..Tak kompiden. Fuzz pun tak jadi pegi. Fiza je pegi kot. Ala, bukan nak gile glemer pun. Cuma nak ada duit masuk je. Dah cukup baik.. Part-time modeliklan TV kunun..aku nak senaraikan iklan TV yg sesuai utk kitorang;

* iklan ubat kurus. Sebelum - 88kg (aku/nina), selepas 2 bulan menggunakan produk - 45kg(orang lain)

* iklan syampu. Jalan-jalan dengan rambut menggerbang blakang model utama iklan sambil buat muka jeles (iris)

* iklan krim pencerah kulit. Jadi kawan baik model utama yg lawa dan cerah kulitnye (Fiza)

* iklan perabot (sesuai untuk semua). Berdiri statik tepi perabot sambil gayakan tangan.

"Ada orang kata, model iklan yang pamerkan sebahagian anggota badan (gigi je ke..tangan ke..) dpt payment lagi tinggi.."aku keluarkan statement tu sebab pnh terbaca/ dgr cerita dari saper tah.. (Terus kitorang cari body part kitorang yg paling lawa)

Errr... kalau semua tak lawa? Kesimpulannya, tak payahla berangan nak jadi model.

7 stalker (s):

  • Cik Puan Muda Stress

    i like my butt. but i think i want to insuranskan dulu la.. baru j to the L O. hahaha

  • bertique

    clean entry ialah istilah utk sukan seks.

    ok ok lawak jek.

    clean entry ni utk sukan diving. tak kira la papan anjal, atau pun tak menganjal.

    senang jek soklan ptd ek *mode eksen terlampau*

    cik puan, apa da insured ;). ish ish .. betul tuh zuhri, iklan itu amat sesuai.

    ;)

  • Cik Puan Muda Stress

    ala, korang semua dengki khianat. i know wan.

  • pinky angel

    walaupun i kat kampong menggunakan dial-up..tp i berusaha utk membalas komen2 korang.hati peminat nak kene jaga gak.. huhehehehe...


    cik PMS
    weewiiit..Best gak tu, iklan tunjuk butt je.iklan french oil? ngehehe.. (tp iklan tu tunjuk perut je kan?)

    zuhri
    ecece..zuhri.sedap je ngutuk cik puan. body u tu chantek sgt ke?hehe..

    bertique
    fuhh..seb baik tembak jwpn yg betul.papan anjal.i terer dlm sukan menembak ketika exam objektif..

    iris
    dun weri my dear.. Nanti aku bitau director iklan tu, bila ko gerbangkan rambut..tetap tunjuk telinga.ok??

    zuhri
    ye la..ye la..nanti i buat tag tu.pinjam kamera bole?? hehe..

    cik PMS
    i tak..i baik hati. diorang je. diorang tu mmg dengki kan?kan?

    *mode batu api ON*

  • pinky angel

    zuhri

    i dah mintak.

    i cakap nak handbag, rantai white gold, cincin diamond, perfume DKNY bedelicious, and kete ferrarri or mitsubishi evo8 1. Nak 1 je, bukan banyak pun.

    Teddy kata dia bagi esok. Ntah bile esok dia tu. hehehe..

    ye la, yela.. nantila i pinjam.esok2 kay?

  • afs

    ko exam ptd gak ke?apa jawapan "sapa razali?" pening siot baca ayat dia...

  • pinky angel

    aan
    hahha.. ntah..aku bantai 'peruncit' kalo tak silap aku..Pening doh..

Related Posts with Thumbnails