Thursday, 25 March 2010

Ibu yang Tinggal di Rumah


IYTDR - Ibu yang Tinggal di Rumah

atau lebih mesra dengan panggilan Bahasa Inggerisnya,

SAHM - Stay at Home Mom



Dah lama sangat saya nak tulis tentang ni.
Saya pendam dan tunggu masa yang sesuai.. 
supaya saya tak emosi bila menulis.
2, 3 hari kebelakangan ni saya ditanya oleh kawan-kawan saya..

" Macam mana life jadi surirumah ni? "
" Aku berat hati nak bagi orang lain jaga baby aku ni.. Rasa macam nak jadi SAHM macam ko.. "
" Kau tak nak kerja balik ke? "
" Laki ko kaya, banyak duit.. takpela kot jadi SAHM.. "


................................................................................................
Banyak sangat rasanya yang saya perlu jelaskan di sini tentang kerjaya saya sekarang.


Pertama sekali, saya nak cerita kenapa saya jadi SAHM
  • Naluri keibuan saya sangat kuat. Saya tak sanggup berpisah dari anak saya. Kalau saya bekerja, saya terpaksa serahkan dia pada orang lain. Kalau saya dihantar bertugas jauh ke luar negara, saya akan menangis bila melihat bayi lain.
  • Selalunya suami saya akan pulang dari kerja dan membawa cerita-cerita mengerikan tentang pengasuh bayi yang kejam.
  • Saya mahu lihat setiap detik anak saya membesar. Saya gembira menjadi orang pertama melihat pencapaiannya. Detik-detik tu berlaku sekali sahaja seumur hidup dan tak dapat diganti dengan benda lain.
  • Saya mahu anak saya membesar dengan ceria, selamat, tanpa perasaan takut atau kosong jiwanya. Saya tak mahu dia rasa apa yang saya rasa dulu..


Cerita saya..




Saya dilahirkan tanpa sempat merasa belaian dan kasih sayang seorang ayah.
Allahyarham bapa saya meninggal dunia ketika saya berusia 3 bulan di dalam kandungan.

Ibu saya, sebagai ibu tunggal memikul tanggungjawab berat untuk menyara keluarga.
Tugas sebagai jururawat memaksa dia meninggalkan saya dan kakak, tak mengira masa.
Kami ditinggalkan bersama atuk dan nenek..

Saya pernah ajukan 1 soalan kepada ibu saya,

" Macam mana perangai saya masa saya kecil lagi, baya Kimi? "

Ibu saya diam.

Dia tak jawab bukan sebab dia tak ingat.
Tapi dia mengaku dia tak tahu.
Sebab dia tiada sewaktu saya membesar.

Kadang-kadang ibu bertugas malam.
Saya benci bila ibu saya kerja malam.
Seminggu tak pulang ke rumah sebab ketika itu ibu bekerja jauh.
Ibu saya tidur di asrama jururawat.

Kadang-kadang bertugas awal pagi sebelum saya bangun.
Kadang-kadang petang.

Memang susah nak jumpa ibu sendiri.

Saya faham. Ibu saya terpaksa.
Saya faham,
tapi jiwa muda saya kosong dan kadang-kala memberontak.
Ada masa ketika saya sangat perlukan dia,
tapi saya tak dapat.

Dia berikan saya hampir semua benda yang saya mahu.
Dia sayangkan saya sepenuh hati seperti ibu-ibu yang lain juga.
Cara dia sayangkan saya dengan memastikan keperluan kami sekeluarga cukup dan terjaga.
Dia tak ada pilihan lain.


Tapi,
saya ada pilihan.

Sama ada saya pilih untuk jadi wanita bekerjaya seperti ibu saya..
dan mampu berikan barang-barang mahal untuk anak saya.

atau saya jadi ibu yang tinggal di rumah.
yang hanya mampu berikan sepenuh perhatian pada anak saya..



Saya pilih pilihan kedua.

..sebab bagi saya,
anak saya perlukan ibu dia lebih dari segala-galanya.



p/s: Sila jangan komen dan sangkal pendapat saya tentang ini kerana ini pilihan saya.



..bersambung..








8 stalker (s):

  • aZZa

    bila dah ada Aiman aku penah jugak fikir untuk SAHM.. nak jaga sendiri Aiman..

    ralat rasanya bila aku tak dapat tengok 24jam setiap perkembangan anak aku.. bila separuh masa Aiman dekat rumah babysitter.. dan separuh masa lagi untuk aku.. waktu malam waktu tidur..

    aku cemburu pada SAHM.. nak jadi SAHM tuntutan kos hidup buat aku tak boleh jadi SAHM..

    aku rasa perasaan kau sama mcm perasaan kak ipar aku..

  • MaMa IdRaKi

    ilyana,

    firstly, tahniah sebab buat keputusan jadi SAHM.
    secondly, kalau bagi option kat working mommies wether nak keje atau jd SAHM, mesti dorang pilih nak jadi SAHM (despite of money constraint).
    u were right, coz detik2 anak membesar & their achievement hanya berlaku once in a lifetime je..
    however, i guess making a tough decision is part of our life.
    there are pros and cons of it.
    and insyaAllah, Allah memberkati every decision yang kita buat demi anak & family..
    only we know the best for our child, right!
    just my 2 cents..
    cheers! =)

  • Wuhuu Mommy

    Takde salahnya ko jadi SAHM. Masing-masing ada pilihan sendiri, tepuk dada dan rasa air susu sendiri. Hahaha.

    Aku tak jadi mak lagi, aku pun tak tahu. Tapi sedangkan laki aku ada kat umah pun aku dah berkejar nak balik ni kan pulak kalau ada yang bermata bulat dan cheeky menanti.

    Silap-silap aku pun nak jadi SAHM. Tapi aku kan mata duitan (nak cover hutang byk ni hahaha), kenalah kerja. Hehehe.

    Peduli kata orang, Kimi tu anak ko, bkn anak diorg. Ape diorg kisah.

  • Ilyana

    donat,
    tak payah nak cemburu kat SAHM ni.. bukan best sgt pun hakikatnya. hehe..

    mama idraki,
    thanks! yep, sbb money constrain tu la org tak brani nak buat mcm ni. Lg 1, kalau dah keje elok, gov, sayang nak lepaskan gitu je..kena pk elok2.
    hopefully apa yg aku buat ni betul..

    Mommy Delta,
    rasa air susu sendiri? hahaha..
    aku sure mmg ko akan bekejar balik sbb mmg sgt rindu nak tgglkan bdk kicik mcm tu.
    aku pun mata duitan gak. tp nsb baik hutang aku cuma sket je.. kete pun takde. hehe

  • lily lotus

    proud of u dear :) i pernah jadi surirumah 6 bulan lepas delivery. bila baby dah agak besar sikit baru i sambung balik berkerjaya

  • zura

    huhhh.., aku pun kalau boleh nak jd SHAM cam kau.., tapi ape kan daya..! ada tuntutan lain yg perlu dilaksanakan..!

    erm tapi opis aku dgn umah tak sampai 5minit pun.., so anytime aku boleh kua balik tgok anak aku..!

    kalau aku ade client wekeend or malam pun aku angkut semua g.., mmg kalau boleh setiap mase nak anak2 nie depan mata..!

    tapi apekan daya.., aku harap sebelum dorang sekolah.., aku boleh ade full time utk dorang.., so skang nie kene la kerja keras cikit utk depa..!
    huhuhuhu

  • tujuhhariseminggu

    saya pilih yg ketiga...

    cari tempat kerja yg ada nursery kat situ... leh keje sambil tgk2 anak... :)

  • Ilyana

    sis Lily,
    u mmg hebat la sis.. hero u selang setahun je. kalo i dah tunggang langgang idup. hehe

    limah,
    b4 diorang start skolah, time diorang kecik2 mcm ni lah diorang sgt2 perlukan kita. bila dah skolah dah tak heran kita dah. sibuk berkawan and cuma percaya ckp cikgu. hehe.. paling crucial time2 dia membesar mcm ni. keje dekat bestla. xterasa sgt..

    ally,
    tak kerja nanti aku. kejap2 asik jenguk budak tu nanti. hehe

Related Posts with Thumbnails