Alamak..
Tajuk blog saya agak mengarut bila Bahasa Inggeris diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.
'Chek list' adalah senarai semak, betul ke?
atau..semakan senarai?
Tolong betulkan kalau saya silap.
Wahai Diari,
Masih ingat tulisan saya yang ni?
Kalau tak ingat, saya ingatkan.
My wish list
1. Travel around Europe (esp. to Paris & Rome)
2. Take a lot of good photos & gather sweet unforgettable memories here
3. Lost min 10kg's of my weight
4. Be the most beautiful bride living on earth with sexy, slimmer body + smooth glowing face during my wedding ceremony (might be end of this year)
5. To have an outdoor wedding photo shoot with European background. (Norwich/London/Paris/Rome)
6. Wear a sexy, white, off shoulder, beautiful wedding dress with sparkling tiara & veil on my wedding photo shoot.
7. To have 1 set of M.A.C make up collection & Zara shirts & MNG & Miss Selfridges & Topshop & Anna Sui, DKNY, CK, Paris Hilton, Britney Spears, Burberry perfume & & & &... etc.. (this list will go on forever)
Senarai ni saya tulis hampir 2 tahun yang lepas ketika saya tengah berangan seorang diri di dalam bilik di UK dulu. Rasanya, senarai ni patut disemak semula..
- England dari Utara (Edinburgh kira England ke?) hingga ke Selatan (Bournemouth), Timur (Norfolk) hingga ke Barat (Liverpool) saya dah berjaya teroka. Paris juga Rome saya berjaya sampai. Alhamdulillah.. Impian dari zaman kanak-kanak nak sampai ke London saja, tapi tak sangka berjaya jejak ke Paris dan Rome sekali.
- Gambar? tersangatlah banyak. Siap dibukukan dalam buku gambar. Ada juga koleksi tiket-tiket kesayangan Teddy dalam album kenangan kami - tiket kapal terbang, tiket keretapi, tiket A1 GP di Brands Hatch, dan banyak lagi.
- Hampir berjaya. Sekarang sudah turun 6kg. Itu pun saya dah cukup gembira.
- Saya tak jadi bersanding. Gantikan dengan Majlis Akikah anak saya.
- Gambar kahwin? Errmmm... kalau ada pun bukan berlatar belakangkan Eropah.
- Gaun kahwin warna putih? Seksi? Terbuka di bahu? Tiara? hurmm... (senyum sorang-sorang bila bayangkan ni)
- Senarai terakhir ni takkan habis. Kalau dah dapat pun tak pernahnya akan cukup.
Kesimpulannya, saya amat puas hati dengan semua ini. Senarai impian saya hampir semuanya sudah tercapai.
Sekarang ni, saya sangat-sangat mahukan ini...
Sumber dari Google
Kenapa?
Sebab ini adalah salah satu impian saya dari zaman kanak-kanak (selain daripada menjejaki kota London). Saya teringin nak jadi cantik macam puteri raja dalam kisah dongeng kanak-kanak. Saya mahu pakai gaun kembang dengan tiara berkilauan atas kepala.
Saya mahu yang ini.
Saya mahu gaun putih kembang ala-ala macam ini.
Saya mahu jadi Cinderella.
wah..best tu wishlist banyak dah tercapai
senarai semak itu pelik bunyinya hokey.. kan best kan kalau makan banyak2 tanpa risau berat badan naek.. huhu, gaun itu sungguh gorjes ok..
i ade sixth sense kot....that gown is very similar with the one u'll wear next week huh...ekekkekke.... yana, u may wear a tiara..yang berkilauan dan biarkan leher kosong tanpa apa2....
Edy,
hehe.. seronok! tp rasanya patut tambah 1 lg dlm wishlist tu ~ DSLR sebijik! hahahah
Ayu,
Org yg makan byk dan berat tak naik2 mmg lucky sungguh.. kan?gorjess kan??
Queen,
serious! U bole tgk i happy gila aritu lps tgk gown tu.. hehe
wahhsuke la blog ni putih pink
Encik Mimpi,
maceh, maceh.. saya mmg seorang pencinta pink