Monday, 6 September 2010

Rezeki Ramadhan

Cik Diari,
Saya dah niat..sebelum berakhirnya bulan berkat ni,
Saya nak beritahu awak sesuatu.


Bulan Ramadhan ni tinggal berapa hari je lagi.
Saya gembira kerana Ramadhan kali ni saya rasa amat bermakna.

Kawan-kawan ramai yang puji saya nampak kurus..
Saya dah berjaya mencapai berat ideal saya.
Angka di penimbang sudah mula menunjukkan nilai di bawah takuk 60kg.
Saya tak ingat bila kali terakhir saya seringan ini.
Ya, betul.
Sejujurnya..selama ini BMI saya melebihi dari yang sepatutnya.

Masa Teddy ke Jepun tempoh hari, saya kurang sihat.
Badan lemah dan letih teramat.
Pukul 5 petang saya dah terkulai dan hampir pitam.
Tak pernah rasanya saya rasa seteruk itu ketika berpuasa.
Sebab itu saya tidak mampu menggagahkan diri untuk mengadap PC.
Teddy kecil perlu diawasi sendiri kerana Daddynya tiada membantu.


18 Ogos 2010,
saya nekad untuk mencari punca penyakit saya.



Rupanya..









Alhamdulillah, rezeki Ramadhan..
Teddy Kecil bakal dapat adik nampaknya.
Terima kasih pada sahabat saya, Fydayu kerana sudi 'bersubahat' dengan saya
untuk membelikan alat ujian kehamilan ini.

Teddy Kecil akan jadi abang.
Jadi saya mahu tukarkan panggilannya kepada Teddy Jr.
Bunyinya macam 'budak besar' sedikit.

Kali ini ujian minggu-minggu pertama kehamilan agak berbeza dari dulu.
Alhamdulillah saya kurang rasa loya dan cuma muntah dua-tiga kali sahaja.
Ponteng puasa 3 hari dan perlu diganti dengan puasa dan bayaran fidyah kelak.
Ponteng sebab perut terlalu sakit dan pedih sehingga saya tak mampu bergerak.

Cabaran kali ini,
Saya mengandung dan masih menyusukan Teddy Jr. secara ekslusif.
Nutrien badan saya diserap lebih pantas 2 kali ganda dari yang sepatutnya.
Akibatnya saya sering rasa terhidrasi dan letih teramat di bulan puasa ini.
Siang saya banyak habiskan masa dengan berehat dan mengumpul tenaga.

Kandungan kali ini 'ter' awal beberapa bulan dari rancangan asal.
Walaupun saya kurang bersedia menerima berita ini,
namun saya benar-benar gembira.

Sebelum ini saya mengaku agak sensitif bila diajukan soalan
" Bila nak bagi Kimi adik? "

Bukan apa, saya rasa soalan itu agak sensitif pada saya.
Adat orang Melayu ni memang selalunya berkisarkan pada keluarga.

Bila perempuan tu dah lebih 27 tahun dan masih bujang, mesti dapat soalan "Kau ni bila nak kahwin?"
Bila dah 4-5 bulan berkahwin, soalan wajib mesti "Dah berisi ke belum?"
Bila dah ada anak seorang, ada soalan susulan "Bila nak tambah lagi?"
Bila dah setahun dua berkahwin masih tiada anak, "Kau ni tak usaha betul-betul ke? Tak cuba Biodex?"

Pada saya, semua itu ketentuan Tuhan.
Tak payahlah susah-payah nak bertanya sebab jawapannya hanya Dia yang tahu.
Kadang-kadang soalan yang macam tu sukar diterima oleh banyak pihak.
Jadi, kenapa masih ada yang bertanya?

Jangan salah anggap.
Saya sensitif cuma pada soalan itu.
Tapi saya sememangnya tidak menolak rezeki yang dikurniakan ini.

Bak kata Gary, (teman serumah berbangsa Cina saya sewaktu di UK dulu)
"Kalau kita pandai sangat merancang pun,
kalau tiba-tiba Tuhan tak bagi jadi.. siapa yang susah?"

Orang yang bukan Islam pun percaya pada ketentuan Tuhan ni.

Memang kami sudah merancang untuk menambah keluarga.
Tak mahulah jarak antara anak yang terlalu rapat atau terlalu jauh.
Jadi kandungan kali ini walaupun agak awal dari yang sepatutnya,
tapi masih dalam jarak yang boleh diterima.

Tapi nampaknya,
ada tiket penerbangan ke Jogja bulan May tahun hadapan yang perlu dibatalkan..

Hehehe..

Tulah, pandai sangat merancang kan?

21 stalker (s):

  • s.c.h.u.l.t

    congrats!! Kimi Rossi dapat adik nampaknya ;)

  • Ida Fahani

    congrate ilyana...
    kimi..be a good boy k...

  • Ayu

    hahaha!! seriously im happy for u puan ilyana.. best gila ok! camni, adik kimi tak sama ngan adik airyss la ni eh? kakak n abg da sebaya da ni, hihihihi... take a good care dear..

  • SurayaHarris

    oh my goodness...Aku rasa sangat happy for you babe..being the toughest mom I even known,U'll survive this round babe..

    Kimi Jr..Congrats nak jadi abang..=)

  • Nadia J

    hohoho cayalah yonnnn~!! adakah mahu berlumba dgn aku? (tibe2) :p

  • Queen

    congratz Yana...waah..so happy for you...

    Nik pun merancang je.. ada dua lagik..Medan dan Kuching...kalau lekat dalam few months ni..memang kene batalkan penerbangan..hee..

    anyway Yana..so happy for you..congratz dear.. rasa cam sebak+happy je dapat tau this news... bile la nik punye nak jadi 2 line..huhu

  • MaMa IdRaKi

    congratz ilyana!
    makin meriah la raya tahun depan nnt! =)
    take care ok?

  • lily lotus

    congrates sis! eee i pulak yg excited ni..hihi

  • aZZa

    congrates.. erkk boleh tak aku nak jeles. selamat hari raya. maaf zahir dan batin

  • Yazid Husain

    taniah. hehehe

  • SiMply NaD'Honey

    congrats kakakku heheh...wahhh teddy Jr bakal dpt adik hehehe cant wait heheh:)

  • Mama_Voque

    congrats!!wah, xlm lg akn bertambahle new family member...

  • Ilyana

    syud,
    tq! lepas ni pening kepala nak buh nama apa sbb masih belum ada orang yg lebih hebat dari valentino rossi ;p

    ida,
    thanks ida! kimi dengar ckp auntie ida..

    ayu,
    Thanks for sharing ur happiness ayu.. Masih belum terlambat lg utk produce sorang adik utk ayriss. Kalau betul nak lahir 2011, kena usaha sungguh2 area Dec 2010-Mac 2011. Good Luck! hehe..

  • Ilyana

    Sue,
    Really? Terharunya aku ko ckp mcm tu.. THanks a lot friend. Aku sayang ko..hehe..

    Nia,
    apa ko igt ko sorang leh preggy and ngada2 serta berdrama queen setiap hari? hahahaha

    Nik,
    Thanks a lot Nik.. sampai sebak2 gitu. hehe.. Kita kan hanya merancang, Tuhan yg menentukan. Siapa tau nanti silap2 Nik pun kena cancel flight tahun depan kan? hehe

  • Ilyana

    Mama idraki,
    Thanks.. ;) Dulu Iki cuma lambat seminggu lahir b4 Kimi.. Tp nampaknya Kimi lg advance sbb bakal dpt adik lg.. U 2, take care..

    Sis Lily,
    eh, dia lak excited? hehe.. Thanks sis! Doakan I mampu jd mommy of 2 yg cun serta mantop mcm u jugak.. ;p

    Donut,
    Thanks!! Errk..jeles sebab apa? budak aiman yg nyomei tu tak cukup lg ke? hehe.. Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin..

  • Ilyana

    Yazid,
    Thanks Yazid! Kem salam muahss2 kat Eshal cute tu kay?

    Nad Honey,
    Tq dear.. ;) I can't wait for your BIG DAY too..

    Mama voque,
    Thanks! ;) Bertambah family member harap2 akan bertambah meriah..

  • Unknown

    wah wah wah....tahniah...mmg rezeki ramadhan...

  • Ilyana

    edy,
    thanks.. bulan berkat penuh rahmat katakan..

  • Unknown

    nanti nama letak nama ramadhan..xpun nama edy pun jadi la..haha

  • Mommy

    alamak m bit late tp who cares kn dh aku baru bce been bz preparing 4 hari raya hehe..nway ilyana CONGRATULATIONSSSSSSSSSSSSSS 4 ur 2nd bb..m happy 4 u :)

  • Ilyana

    edy,
    thanks tp kalo pompuan takkan nk buh nurul edy lak kan? hehe

    mommy,
    thanks!! ;)

Related Posts with Thumbnails