Wednesday, 1 September 2010

Kota Kinabalu

Cik Diari,
Lama saya tak bercerita dengan awak kan?
Akhir-akhir ni saya mudah penat.
Jadi, mengadap PC bukan pilihan utama lagi.
Minta maaf.

21hb Ogos yang lepas, kami sekeluarga bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah.
Bercuti di bulan Ramadhan?
Betul.

Sebenarnya ini akibat tamak haloba.
Gara-gara Air Asia buat promosi tiket percuma.
Tiket dah siap ditempah bulan November tahun 2009.
Main ambil je tarikh mana-mana.
Sekali kena pada bulan puasa. Hehe..

Kapal terbang pertama Kimi..


Tapi sebenarnya ok je.
Lagipun Sabah berbuka awal 1 jam dari sini.
Kan untung tu? hehe..

Kami di sana selama 3 hari 2 malam.
Bermalam di Hotel murah, Tune Hotel.
Yang menariknya, hotel tu di dalam bangunan pusat membeli belah
terbesar di Sabah - 1 Borneo.
Turun-turun dari hotel, pakai baju tidur boleh membeli-belah.



Hari pertama di sana sudah hampir petang.
Hujan pula turun selebat-lebatnya.
Kami tak berpeluang menerjah bandar Kota Kinabalu.
Jalan-jalan di 1 Borneo sahaja..


Hari kedua,
Malam sebelumnya suhu badan Teddy Kecil agak tinggi.
Jadi kami tak mahu ambil risiko dengan banyak aktiviti.
Tengahari baru keluar dari hotel.
Teksi berharga RM25 sehala dari 1 Borneo ke Jesselton Point.
Hasrat utama mahu melihat keindahan pulau di Sabah.

Malangnya cuaca tidak menyebelahi kami.
Hujan lagi.
Kami batalkan sahaja niat awal kami tu.
Mungkin ada rezeki lain kali sahaja.

Tapi Teddy Kecil gembira melihat bot-bot di jeti sana.
Mulut riuh menyebut perkataan 'bok' untuk bot.
Kamu sedah kenal keretapi, kapal terbang, dan kini bot.
Kamu memang selalu buat kami bangga..






Petang sedikit,
sudah hampir waktu berbuka kami ke pusat bandar.
Pastilah menuju ke tarikan utama pelancong di sana - Pasar Filipina.
Nasib kami baik kerana sempat sampai sebelum kedai ditutup.
Kami diberitahu pada bulan puasa biasanya kedai ditutup awal.
Biasanya buka sampai malam.

Cenderahati wajib untuk keluarga, apa lagi kalau bukan Mutiara Sabah.


Waktu berbuka - 6.28pm.

Kami menuju ke arah gerai-gerai makanan laut di belakang Pasar Filipina.
Memang sangat seronok melihat udang, sotong dan ketam yang bersaiz gergasi.
Kami tidak mahu tamak dan memilih hanya 1 jenis ikan, 2 sotong dan 1 udang besar.
Kami tambah ulam-ulaman yang merupakan rumpai laut, mangga muda dan bawang besar.
Rupanya agak pelik, seperti telur ikan tetapi sedap juga.

Ikan bakarnya sangat-sangat sedap dan pastinya segar dari laut.
Cuma tambah air asam dah cukup membangkit selera.
Memang betul-betul puas hati.
Harga semuanya cuma RM54.








Sebelum pulang ke hotel, saya membeli 1 ekor udang lagi.
Kurang pasti udang apa namanya,
tapi rasanya seperti ketam.
Memang sedap!




Hari ketiga,
Kami habiskan masa di 1 Borneo sahaja.
Untunglah Teddy Kecil tidak jadi demam.
Tapi kami tidak mahu terlalu banyak aktiviti hingga memenatkan dia.

Membeli-belah untuk baju raya Teddy Kecil.
Teddy beli tali pinggang.
Saya beli baju warna merah jambu (lagi?)


Pulang ke LCCT menaiki penerbangan pukul 5.10pm.
Saya gembira penerbangan kami lancar
Teddy Kecil juga tertidur sepanjang perjalanan.


Sekian laporan untuk percutian kali ini.
Awal bulan 10 ini kami akan bercuti lagi...
..juga dengan tiket percuma Air Asia yang kami beli akhir tahun lepas.

7 stalker (s):

  • Nama aku Ijan

    Wah...pergi mlawat tempat aku =)
    Emm...next time kalau pergi bagitau ngan aku...boleh dapat makan seafood yang murah..Kalau mau beli mutiara jangan beli d pasar flpin tapi beli d pasar malam b'depan (seberang jln) ngan pasar tu. Sebelah hotel. Lagi murah & b'baloi..=)

  • Queen

    waaah....harap2 planning nik tahun depan menjadila....heeee..u pun jauh gak tu..setahun..ngeee..

  • Unknown

    patut lama tak nampak

    jarang org melancong bulan2 pose ni..xlarat nak berjalan2...

  • Ilyana

    a'ann,
    sabah mmg cantik and best! mmg kalau ada rezeki mau pergi sana lagi. saya bukan kaki shopping. beli mutiara sekadar ckpkan syarat utk bawa balik souvenier. ;)
    ada tempat lain seafood lagi best ke? igtkan situ dah cukup murah and best.. jan thn depan mahu ke Kuching. ada cadangan tempat menarik?

    nik,
    i dah planning sampai bulan may tahun depan. tamak kan?

    edy,
    kitorg melancong bkn jln2 hard core sgt pun. bwk baby, limited sket. tak boleh penat sgt. so, mmg takde problem jln2 bulan puasa ni ;)

  • Yazid Husain

    one borneo dah siap

    rasa nak gi sabah kembali

  • Unknown

    tapi sayang la xdpt jalan puas2...bukan pegi selalu pun...

    tp apa salahnya mencari kelainan kan...

  • Ilyana

    yazid,
    yep..meriah situ. pergila cuti2 msia lagi w/pun dah abis round 1 msia.. ;)

    edy,
    yg tak bestnya cuma tak dpt makan time jln2, tu je. lain semua sama je. b4 this pernah jalan2 kat Dubai pun dlm bulan puasa gak. bulan berkat, insya allah semua lancar. betul tak?

Related Posts with Thumbnails