Amaran : Entry ini agak panjang dan membosankan. Hehe..
Dah lama saya simpan cerita ini. Mungkin saya menunggu masa yang sesuai untuk meraikan kejayaan saya. Anak saya dah hampir masuk 15 bulan umurnya dan saya bangga dalam tempoh itu, sebahagian dari diri saya menyumbang dalam proses pembesarannya.
Saya mahu berkongsi cerita tentang pengalaman saya membesarkan anak saya. Antara pengalaman yang saya anggap istimewa, yang melalui satu perjalanan yang agak sukar pada awalnya. 'Through blood, sweat and tears'..
...............................................................
Saya bukan seperti ibu-ibu muda yang gembira apabila pertama kali hamil. Pada awalnya, berita gembira itu saya terima dengan perasaan bercampur.. terkejut, risau dan takut. Kandungan yang tidak dirancang ini betul-betul buat saya terkejut. Risau adakah saya mampu jadi seorang ibu yang baik. Takut saya tidak mampu menanggung tanggungjawab besar itu. Saya terduduk di bilik air, dan mencampakkan alat ujian kehamilan yang positif itu terus ke tong sampah.
Betul. Saya bukan benci bayi saya. Saya terima dan sayang dia. Saya cuma terkejut dan betul-betul risau kerana saya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal.
Akibatnya, saya mengambil sikap acuh tak acuh sahaja dan berharap suatu hari nanti bila dia lahir, segalanya akan berjalan lancar dan saya akan merasa 'sempurna'.. Sama seperti ayat-ayat wanita lain yang pernah saya baca bila dikurniakan bayi "Now I feel complete.."
Isu tentang penyusuan susu ibu juga saya ambil mudah. Saya fikir, apa susah? Nanti bayi tu tahulah nak hisap macam mana. Takkan ada masalah kalau nak menyusukan dia.
.................................................
Hakikat sebenarnya tidaklah seindah seperti yang kita lihat dikaca TV.. Pasangan bahagia mengendong bayi dan tersenyum gembira hingga habis cerita. Tidak semudah itu.
Saya memang berniat mahu memberikan bayi saya segalanya yang terbaik. Bermula dari awal kehidupannya, apa yang paling utama adalah pemangkin yang membantu tumbesarannya mestilah dari yang terbaik sahaja - sudah pasti, susu ibu!
Saya tahu khasiatnya memang tak perlu nak disebutkan disini. Hanya mereka yang tidak waras saja akan kata susu lembu lebih baik dari susu manusia. Memang sudah diciptakan susu ibu itulah yang terbaik untuk bayi.
Masalahnya, bukan senang rupanya mahu betul-betul menyusukan bayi sepenuhnya.
......................................
Bayi saya sangat aktif dan agak sukar untuk saya suakan puting susu betul-betul ke dalam mulutnya. Akibat dari ceteknya pengetahuan tentang posisi penyusuan yang betul dan cara pelekatan mulut bayi yang tepat, saya menderita kerana puting susu yang luka.
Pedihnya tak dapat saya nak jelaskan dengan perkataan. Ditambah lagi dengan susu yang membengkak (dan mungkin juga tersumbat), saya menderita kesakitan setiap kali sesi penyusuan. Bayangkan, ketika mandi pun jika terkena air 'shower' pun saya boleh menangis, inikan pula ketika menyusukan. Saya trauma dan sentiasa berdoa agar bayi saya tidur lebih lama dan tidak perlu kerap meyusu. Setiap kali penyusuan, saya akan berdoa agar dikurangkan rasa sakit itu, pejamkan mata, tarik nafas sedalam-dalamnya dan bersedia untuk menghadapi kesakitan. Boleh dikatakan saya akan menangis sehingga kaki saya terangkat-angkat disebabkan menahan rasa pedih itu setiap kali bayi saya menyusu. Azab sungguh. Saya boleh kata yang menyusukan bayi lebih perit dari melahirkan seorang manusia.
Lebih memburukkan keadaan, bayi saya dimasukkan ke wad kritikal untuk bayi kerana demam kuningnya yang sangat serius (bacaan bilirubin nya 24.5). Saya mengalami tekanan perasaan dan menangis teruk beberapa hari. Tekanan perasaan tidak bagus untuk ibu yang menyusukan kerana akan menyebabkan aliran susu berkurangan. Sangat tepat kenyataan itu kerana cuma 1-2 titis susu yang mampu saya perah dalam keadaan saya yang teruk menangis ketika itu.
.................................................................
Pulang dari hospital, saya dikejutkan oleh ibu saya sendiri apabila dia membawa pulang 1 tin susu formula untuk bayi saya. Dia bertegas, susu saya tidak cukup untuk bayi saya. Sayalah penyebab bayi saya menderita sakit kuning.
Saya tak mampu untuk menyangkal pendapatnya kerana berpendapat sebagai seorang bekas jururawat, dia mesti lebih arif tentang itu. Saya hanya mampu menahan air mata menitis melihat bayi saya diberi susu formula dihadapan mata saya.
Saya turut dimarahi dan dikatakan membuang masa sahaja kerana berusaha memerah susu sendiri dengan harapan cara itu mampu membantu membanyakkan alirannya. Sekali lagi saya menangis kerana hasil susah payah saya yang tidak sampai 1oz itu dibuangnya begitu sahaja dan tidak diberikan kepada bayi saya.
..........................................................................
Lebih memburukkan keadaan, bayi saya dimasukkan ke wad kritikal untuk bayi kerana demam kuningnya yang sangat serius (bacaan bilirubin nya 24.5). Saya mengalami tekanan perasaan dan menangis teruk beberapa hari. Tekanan perasaan tidak bagus untuk ibu yang menyusukan kerana akan menyebabkan aliran susu berkurangan. Sangat tepat kenyataan itu kerana cuma 1-2 titis susu yang mampu saya perah dalam keadaan saya yang teruk menangis ketika itu.
23 Jan 2009
Beberapa jam sebelum Kimi dimasukkan ke hospital akibat Jaundis.
Sebelum dimasukkan ke wad kecemasan untuk terapi sinar 'double-ray'
.................................................................
Pulang dari hospital, saya dikejutkan oleh ibu saya sendiri apabila dia membawa pulang 1 tin susu formula untuk bayi saya. Dia bertegas, susu saya tidak cukup untuk bayi saya. Sayalah penyebab bayi saya menderita sakit kuning.
Saya tak mampu untuk menyangkal pendapatnya kerana berpendapat sebagai seorang bekas jururawat, dia mesti lebih arif tentang itu. Saya hanya mampu menahan air mata menitis melihat bayi saya diberi susu formula dihadapan mata saya.
Saya turut dimarahi dan dikatakan membuang masa sahaja kerana berusaha memerah susu sendiri dengan harapan cara itu mampu membantu membanyakkan alirannya. Sekali lagi saya menangis kerana hasil susah payah saya yang tidak sampai 1oz itu dibuangnya begitu sahaja dan tidak diberikan kepada bayi saya.
..........................................................................
Dengan tekanan perasaan yang begitu teruk itu, ditambah dengan ketiadaan suami ketika berpantang dikampung, saya nekad untuk pulang ke rumah sendiri. Saya mahu menjaga bayi saya sendiri hanya dengan bantuan suami saya.
Di rumah, keadaannya sangat berbeza kerana saya mendapat sokongan penuh daripada suami saya. Niat saya untuk terus menyusukan bayi saya semakin membara dan dengan bantuan internet, saya berusaha menambah ilmu tentang penyusuan bayi. Saya belajar sedikit demi sedikit dan terus cekalkan hati menyusukan bayi saya (walaupun ketika itu susu formula masih diberikan sekurang-kurangnya 5 botol sehari).
Ketika itu, rasa sakit ketika menyusu tidak juga hilang dan saya masih tidak faham kenapa orang kata sesi penyusuan adalah sesi yang menyeronokkan bagi ibu dan bayi. Rasa pedih seperti ditusuk beribu-ribu jarum halus menjalar dari dada ke tulang belakang hingga ke seluruh anggota tubuh, membuatkan kaki saya kejang dan kadangkala tersentak-sentak Syukurlah saya dikurniakan dengan daya tahan sakit yang tinggi dan walaupun saya menangis setiap kali menyusukan, saya tidak putus asa begitu saja.
................................................
Dengan bantuan beberapa orang rakan saya terutamanya Rai, Mai dan Zura.. saya berjaya memperolehi banyak maklumat berguna tentang penyusuan bayi yang betul dan cara-cara untuk menambah susu badan. Walaupun tidak sampai 1oz yang keluar ketika diperah (walaupun bayi saya sudah berusia 1 bulan) saya teruskan usaha untuk menjayakan misi utama saya - menyusukan bayi secara eksklusif.
Bermula dari usia bayi saya sebulan, saya mula menyusun strategi. Dari 5 botol susu formula, saya kurangkan sedikit demi sedikit. Selepas seminggu jadi 3 botol sahaja. Saya banyakkan sesi penyusuan secara langsung (direct feeding) walaupun badan saya betul-betul letih dan hilang banyak tenaga kerana bayi saya tidak berhenti menyusu. Paling kurang, 1 jam lebih dia menyusu dan saya tidak dapat buat apa-apa selain daripada mengendongnya seharian. Rupa saya jadi tidak terurus dan mungkin disalah anggap sebagai zombie yang berjalan. Selepas seminggu lagi jadi 1-2 botol. Dalam tempoh sebulan, akhirnya saya berjaya menyusukan bayi saya sepenuhnya!!
Dalam proses itu, bermacam cara saya cuba untuk menambah penghasilan susu badan. Dari menelan jus lobak putih yang maha pahit itu, oat, horlick, susu Anmum Lacta, semuanya tidak berkesan. Akhirnya saya mencuba satu produk dari Baby Paradise, teh Milkmaid. Malam sejurus selepas saya meminum teh herba itu, saya dapat rasakan perbezaan yang ketara. Susu saya bertambah secara drastik dan saya terus mengamalkan meminumnya 2-3 kali sehari dan pada malam hari, saya gantikan teh dengan rebusan air kurma merah bersama longan kering.
Saya berjaya menyusukan bayi secara eksklusif ketika bayi saya berumur genap 2 bulan. 2 bulan pertama yang penuh cabaran itu berjaya saya atasi dengan kekuatan azam dan sokongan daripada insan-insan sekeliling saya yang amat memahami. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang terlibat.
Ajaibnya, sebaik sahaja saya berjaya menyusukan bayi saya sepenuhnya, rasa sakit ketika penyusuan beransur hilang. Selepas 2 bulan menangis ketika penyusuan, akhirnya saya mampu tersenyum gembira. Memang betul, setiap sesi penyusuan adalah saat yang paling indah buat ibu dan bayi. Bayi lebih tenang dan mudah tertidur tanpa perlu dibuai atau diberi puting tiruan. Bayi saya tidak mengalami masalah kembung perut atau muntah selepas menyusu. Dia sentiasa berbau wangi dan tidak masam dengan bau muntah seperti dulu ketika dia diberi susu formula. Apa yang paling utama, saya bangga kerana akhirnya selepas segala usaha saya membuahkan hasil. Saya bercadang untuk meneruskan penyusuan ini sekurang-kurangnya sehingga bayi saya berumur 2 tahun.
Segala masalah tentang penyusuan yang kita biasa dengar seperti susu tidak mencukupi, bayi tidak mahu menyusu badan atau apa sahaja akan ada jalan penyelesaiannya jika kita benar-benar berusaha untuk mengatasi masalah itu. Saya tahu apa yang terbaik untuk bayi saya dan saya sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Saya harap, kisah saya ini dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang membacanya dan tidak mudah berputus asa. Relaktasi itu sukar tapi boleh berlaku.
Nota kaki : Blog ini ditulis khas untuk laman web Baby Paradise.