Teddy Kecil saya dah besar.
Tak lama lagi saya kena panggil dia 'Teddy Besar' agaknya.
Macam pelik pula bunyinya kan?
Hehehe..
Sepanjang bulan ni memang banyak betul yang dia belajar.
- Kimi suka dengar laungan Azan. Akan angkat takbir dan terus meniarap (sujud) jika saya sebut 'Allahuakbar'. Kalau dengar Azan dari masjid berhampiran rumah kami ni, dia akan segera hulurkan saya alat kawalan jauh dan paksa saya tukar ke siaran tv9 untuk tengok Azan. Kalau Azan habis kadang-kadang dia marah saya sebab dia ingat saya tukar siaran. Bijak betul budak ni..
- Suka macam-macam iklan TV dan kartun terutamanya iklan yang dinyanyikan oleh suara kanak-kanak.
- Pengangkutan utamanya sekarang adalah kereta mainan hadiah dari Auntie Ani nya (kakak saya). Kemana-mana laju saja bergerak dengan kereta tu.
- Pandai menyuap makanan sendiri..Walaupun dah lama pandai, tapi akhir-akhir ni kurang bersepah makanannya dan banyak yang dapat masuk ke mulut.
- Suka membaca (membelek) buku.. tak kiralah buku apa. Pagi-pagi bangun tidur dah merangkak bawakan saya buku ceritanya untuk saya bacakan. Tengahari tadi menyusu sambil membelek majalah Autocar milik Teddy. Itu salah satu majalah kegemarannya selain majalah Roda-roda.
- Sangat-sangat sukakan kucing. Kalau nampak kucing atau dengar kucing mengiau dia akan ajuk "aaaupp.. auupp.." (Kononnya mengiau sekali la tu.. hehe)
Dia betul-betul buat saya bangga.
Pencapaiannya yang terbesar setakat ini...
6 langkah! (31 Mac 2010)
Selalunya cuma 1-2 langkah sebelum dia jatuh terduduk,
atau dia sambung dengan merangkak di lantai.
"Kimi Mommy dah pandai jalan.."
Saya tahu, mungkin agak lambat kerana banyak bayi lain sebaya dengan dia
ada yang dah boleh berlari..
Tapi saya langsung tak kisah.
Sebabnya..
walaupun saya gembira dengan pencapaian terbesarnya ini
tapi jauh disudut hati kecil saya sedih dan terharu.
Sebab.. dia bukan bayi kecil saya lagi.
Tak lama lagi bila dia dah laju berjalan,
dia akan berlari tinggalkan saya dibelakang.
1 hari nanti akan tiba,
bila dia sudah punya kawan sendiri,
mungkin dia dah tak pedulikan saya.
Oleh itu saya akan sentiasa menghargai setiap saat-saat indah ini,
selagi dia masih belum berani menapak..
ketika dia memeluk leher saya jika dia takut
ketika dia menangis minta didukung
ketika dia mengigau ketika tidur..
saat-saat dia perlukan saya ini takkan berulang
Ia akan terus berlalu dan berkadar langsung dengan edaran masa.
Saat-saat ini..
saya gembira saya sentiasa berada di samping Teddy kecil saya
p/s: Tadi kami baru pulang dari Klinik. Teddy disahkan kena demam campak.. dan Doktor kata Teddy kecil pun dah menunjukkan tanda-tanda jangkitan. Saya risau. Tolong doakan mereka cepat sembuh.. Amin..
yana...nik pun takut kalau kelak bila anak2 dah besar dan tak perlukan kita..mereka akan tinggalkan kita jauh di belakang....malah ada pula yang menginjak2 ibu mereka...
sejak bergalar isteri ni..hai mudah tersentuh kalau baca benda2 gini...
cepat mereka membesar kan...
sigh....
Nik,
betul tu.. sbb tu org suka baby.. tau nangis n manja minta dibelai, didukung.
baru isteri, belum jd mak. nanti bila sampai giliran Nik, sure lg emosi tau.. hehe..
dah, toksah nak emosi2 skang ni. gi mkn chipsmore.. syuuhh..syuhhh.. hahahha
betul la.. terasa pulak bila ko tulis macam tu.. macam mana la nanti bila anak aku besar.. takde manja2 mcm baby dah..
masa tu mesti rindu sangat..
alololo..comelnye
donut,
sbb tu bila dia dh besar, tanak manja lg, kena proses baby no. 2 lak nanti.. hehe
edy,
shomel mcm mommy dia la kan?kan? hehe
wah..da makin membesar kimi.. bila da mula berlari nanti jenuh la nak mengawalnya..hehe..ruginya saya sebab tak dapat tengok first step Aqil dulu..huhu..
rai,
betul tu.. takpe, yg penting rai dah buat yg the best utk aqil. ;)
harap2 cepat sembuh yer. n u pun take care too sis
sis lily,
thanks.. tp sbnrnya takde apa2. false alarm je. teddy saya kena alergies, bukan campak.. and kami 1 family sihaat. alhamdulillah