Monday, 12 April 2010

Hanya yang terbaik untuk bayi saya..


Amaran : Entry ini agak panjang dan membosankan.  Hehe..



Dah lama saya simpan cerita ini. Mungkin saya menunggu masa yang sesuai untuk meraikan kejayaan saya. Anak saya dah hampir masuk 15 bulan umurnya dan saya bangga dalam tempoh itu, sebahagian dari diri saya menyumbang dalam proses pembesarannya. 

Saya mahu berkongsi cerita tentang pengalaman saya membesarkan anak saya. Antara pengalaman yang saya anggap istimewa, yang melalui satu perjalanan yang agak sukar pada awalnya. 'Through blood, sweat and tears'.. 


...............................................................


Saya bukan seperti ibu-ibu muda yang gembira apabila pertama kali hamil. Pada awalnya, berita gembira itu saya terima dengan perasaan bercampur.. terkejut, risau dan takut. Kandungan yang tidak dirancang ini betul-betul buat saya terkejut. Risau adakah saya mampu jadi seorang ibu yang baik. Takut saya tidak mampu menanggung tanggungjawab besar itu. Saya terduduk di bilik air, dan mencampakkan alat ujian kehamilan yang positif itu terus ke tong sampah.

Betul. Saya bukan benci bayi saya. Saya terima dan sayang dia. Saya cuma terkejut dan betul-betul risau kerana saya tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. 

Akibatnya, saya mengambil sikap acuh tak acuh sahaja dan berharap suatu hari nanti bila dia lahir, segalanya akan berjalan lancar dan saya akan merasa 'sempurna'.. Sama seperti ayat-ayat wanita lain yang pernah saya baca bila dikurniakan bayi "Now I feel complete..

Isu tentang penyusuan susu ibu juga saya ambil mudah. Saya fikir, apa susah? Nanti bayi tu tahulah nak hisap macam mana. Takkan ada masalah kalau nak menyusukan dia.

.................................................

Hakikat sebenarnya tidaklah seindah seperti yang kita lihat dikaca TV.. Pasangan bahagia  mengendong bayi dan tersenyum gembira hingga habis cerita. Tidak semudah itu.

Saya memang berniat mahu memberikan bayi saya segalanya yang terbaik. Bermula dari awal kehidupannya, apa yang paling utama adalah pemangkin yang membantu tumbesarannya mestilah dari yang terbaik sahaja - sudah pasti, susu ibu!

Saya tahu khasiatnya memang tak perlu nak disebutkan disini. Hanya mereka yang tidak waras saja akan kata susu lembu lebih baik dari susu manusia. Memang sudah diciptakan susu ibu itulah yang terbaik untuk bayi. 

Masalahnya, bukan senang rupanya mahu betul-betul menyusukan bayi sepenuhnya. 


......................................


Bayi saya sangat aktif dan agak sukar untuk saya suakan puting susu betul-betul ke dalam mulutnya. Akibat dari ceteknya pengetahuan tentang posisi penyusuan yang betul dan cara pelekatan mulut bayi yang tepat, saya menderita kerana puting susu yang luka.

Pedihnya tak dapat saya nak jelaskan dengan perkataan. Ditambah lagi dengan susu yang membengkak (dan mungkin juga tersumbat), saya menderita kesakitan setiap kali sesi penyusuan. Bayangkan, ketika mandi pun jika terkena air 'shower' pun saya boleh menangis, inikan pula ketika menyusukan. Saya trauma dan sentiasa berdoa agar bayi saya tidur lebih lama dan tidak perlu kerap meyusu. Setiap kali penyusuan, saya akan berdoa agar dikurangkan rasa sakit itu, pejamkan mata, tarik nafas sedalam-dalamnya dan bersedia untuk menghadapi kesakitan. Boleh dikatakan saya akan menangis sehingga kaki saya terangkat-angkat disebabkan menahan rasa pedih itu setiap kali bayi saya menyusu. Azab sungguh. Saya boleh kata yang menyusukan bayi lebih perit dari melahirkan seorang manusia.

Lebih memburukkan keadaan, bayi saya dimasukkan ke wad kritikal untuk bayi kerana demam kuningnya yang sangat serius (bacaan bilirubin nya 24.5). Saya mengalami tekanan perasaan dan menangis teruk beberapa hari. Tekanan perasaan tidak bagus untuk ibu yang menyusukan kerana akan menyebabkan aliran susu berkurangan. Sangat tepat kenyataan itu kerana cuma 1-2 titis susu yang mampu saya perah dalam keadaan saya yang teruk menangis ketika itu.

23 Jan 2009 
Beberapa jam sebelum Kimi dimasukkan ke hospital akibat Jaundis.


Sebelum dimasukkan ke wad kecemasan untuk terapi sinar  'double-ray'



.................................................................

Pulang dari hospital, saya dikejutkan oleh ibu saya sendiri apabila dia membawa pulang 1 tin susu formula untuk bayi saya. Dia bertegas, susu saya tidak cukup untuk bayi saya. Sayalah penyebab bayi saya menderita sakit kuning.

Saya tak mampu untuk menyangkal pendapatnya kerana berpendapat sebagai seorang bekas jururawat, dia mesti lebih arif tentang itu. Saya hanya mampu menahan air mata menitis melihat bayi saya diberi susu formula dihadapan mata saya.

Saya turut dimarahi dan dikatakan membuang masa sahaja kerana berusaha memerah susu sendiri dengan harapan cara itu mampu membantu membanyakkan alirannya. Sekali lagi saya menangis kerana hasil susah payah saya yang tidak sampai 1oz itu dibuangnya begitu sahaja dan tidak diberikan kepada bayi saya.

..........................................................................


Dengan tekanan perasaan yang begitu teruk itu, ditambah dengan ketiadaan suami ketika berpantang dikampung, saya nekad untuk pulang ke rumah sendiri. Saya mahu menjaga bayi saya sendiri hanya dengan bantuan suami saya.

Di rumah, keadaannya sangat berbeza kerana saya mendapat sokongan penuh daripada suami saya. Niat saya untuk terus menyusukan bayi saya semakin membara dan dengan bantuan internet, saya berusaha menambah ilmu tentang penyusuan bayi. Saya belajar sedikit demi sedikit dan terus cekalkan hati menyusukan bayi saya (walaupun ketika itu susu formula masih diberikan sekurang-kurangnya 5 botol sehari).

Ketika itu, rasa sakit ketika menyusu tidak juga hilang dan saya masih tidak faham kenapa orang kata sesi penyusuan adalah sesi yang menyeronokkan bagi ibu dan bayi. Rasa pedih seperti ditusuk beribu-ribu jarum halus menjalar dari dada ke tulang belakang hingga ke seluruh anggota tubuh, membuatkan kaki saya kejang dan kadangkala tersentak-sentak Syukurlah saya dikurniakan dengan daya tahan sakit yang tinggi dan walaupun saya menangis setiap kali menyusukan, saya tidak putus asa begitu saja.

................................................


Dengan bantuan beberapa orang rakan saya terutamanya Rai, Mai dan Zura.. saya berjaya memperolehi banyak maklumat berguna tentang penyusuan bayi yang betul dan cara-cara untuk menambah susu badan. Walaupun tidak sampai 1oz yang keluar ketika diperah (walaupun bayi saya sudah berusia 1 bulan) saya teruskan usaha untuk menjayakan misi utama saya - menyusukan bayi secara eksklusif.

Bermula dari usia bayi saya sebulan, saya mula menyusun strategi. Dari 5 botol susu formula, saya kurangkan sedikit demi sedikit. Selepas seminggu jadi 3 botol sahaja. Saya banyakkan sesi penyusuan secara langsung (direct feeding) walaupun badan saya betul-betul letih dan hilang banyak tenaga kerana bayi saya tidak berhenti menyusu. Paling kurang, 1 jam lebih dia menyusu dan saya tidak dapat buat apa-apa selain daripada mengendongnya seharian. Rupa saya jadi tidak terurus dan mungkin disalah anggap sebagai zombie yang berjalan. Selepas seminggu lagi jadi 1-2 botol. Dalam tempoh sebulan, akhirnya saya berjaya menyusukan bayi saya sepenuhnya!!

Dalam proses itu, bermacam cara saya cuba untuk menambah penghasilan susu badan. Dari menelan jus lobak putih yang  maha pahit itu, oat, horlick, susu Anmum Lacta, semuanya tidak berkesan. Akhirnya saya mencuba satu produk dari Baby Paradise, teh Milkmaid. Malam sejurus selepas saya meminum teh herba itu, saya dapat rasakan perbezaan yang ketara. Susu saya bertambah secara drastik dan saya terus mengamalkan meminumnya 2-3 kali sehari dan pada malam hari, saya gantikan teh dengan rebusan air kurma merah bersama longan kering.


Saya berjaya menyusukan bayi secara eksklusif ketika bayi saya berumur genap 2 bulan. 2 bulan pertama yang penuh cabaran itu berjaya saya atasi dengan kekuatan azam dan sokongan daripada insan-insan sekeliling saya yang amat memahami. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang terlibat.

Ajaibnya, sebaik sahaja saya berjaya menyusukan bayi saya sepenuhnya, rasa sakit ketika penyusuan beransur hilang. Selepas 2 bulan menangis ketika penyusuan, akhirnya saya mampu tersenyum gembira. Memang betul, setiap sesi penyusuan adalah saat yang paling indah buat ibu dan bayi. Bayi lebih tenang dan mudah tertidur tanpa perlu dibuai atau diberi puting tiruan. Bayi saya tidak mengalami masalah kembung perut atau muntah selepas menyusu. Dia sentiasa berbau wangi dan tidak masam dengan bau muntah seperti dulu ketika dia diberi susu formula. Apa yang paling utama, saya bangga kerana akhirnya selepas segala usaha saya membuahkan hasil. Saya bercadang untuk meneruskan penyusuan ini sekurang-kurangnya sehingga bayi saya berumur 2 tahun.

Segala masalah tentang penyusuan yang kita biasa dengar seperti susu tidak mencukupi, bayi tidak mahu menyusu badan atau apa sahaja akan ada jalan penyelesaiannya jika kita benar-benar berusaha untuk mengatasi masalah itu. Saya tahu apa yang terbaik untuk bayi saya dan saya sanggup berkorban apa sahaja untuknya. Saya harap, kisah saya ini dapat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang membacanya dan tidak mudah berputus asa. Relaktasi itu sukar tapi boleh berlaku.




Nota kaki : Blog ini ditulis khas untuk laman web Baby Paradise.





18 stalker (s):

  • ~dYaHaHa~

    il...aku betol2 sedey bile bca entry ko nih...as i suffer during my confinement sma mcm ko..e'time nak susukan rifhan, aku akan gigit towel utk tahan sakit...even since die blom lahir pon, ku mmg niat 100% nak exclusive bfeeding him...aku struggle giler..tapi at last, aku kalah jugak sbb rifhan xpandai nak lekap on my breast..as aku paksa jugak, everytime die nangis xdpt susu from my breast sbb xreti nak hisap, aku pon nangis sama...yg paling sedey, nenek aku (was staying @ my mom's during my confinement) xsupport aku langsung..everytime rifhan nangis, die kata dah la, nipple aku kecik la...yg paling best die kata susu aku xsedap! aku geram giller...at last, aku kalah jugak...msa awal2 susukan rifhan dgn formula milk, aku nangis on every bottle he was fed with..aku stress sgt...semua gadjet utk exclusive bf aku dah beli msa die belom lahir lagi...pam pon, dpt 1/2 oz jek...huuu...ni pon aku boley nangis when i am writing bout this..huuuu...

  • Unknown

    if ur baby baca entry ni, mesti die nak jadi anak yg terbaik

  • edah

    ilyana..

    Kagumnya aku dengan kekentalan kau nak menyusukan kimi exclusively..memang aku salute and i wish kalau ade anak kedua, aku memang nak fully breastfeed anak aku. anak aku sekarang nie dah 2 years and 2 months. walaupun aku tak fully breastfeed dia..aku still puas hati sebab dia masih lagi breastfeed until now..

    Wish that I'll be like you when the 2nd one comes..cehh macam dah sedia nak ade anak lagi..takot woooo...

    btw, ko ngan dyahaha geng kat UM ek..

  • tujuhhariseminggu

    owhhh... camtu ye... baru tau... aku pun rasa ngerinye... adusss...

  • Ilyana

    dya,

    betul tu.. aku paham kenapa orang bg susu formula sbb mmg senang nak give up kalau tak betul2 kuat. Org sekeliling lak push mcm2 dgn info yg kita sndri tak tau mana betul mana salah. zaman skang ni kita lebih pandai dr parents kita sbb info dihujung jari je.

    Aku ni mmg jenis degil kot. Apa yg aku nak tu, kalo bole msti dpt gak. sbb tu aku push gak to the limit. Nangis mcm mana sakit pun aku buat gak.

    Aku faham sgt mcm mana ko rasa time tu. Susu ko jd krg sbb ko tak tenang. Ko nangis and baby pun xdpt nyusu btl2. tgh tension, 1/2 oz pun mmg agak mustahil nak dapat. sama mcm aku dulu. 2-3 titik je kdg2 tu. Org keliling xsokong usaha ko mmg sng bt kita give up.

    hopefully 2nd baby nnti ko berjaya susukan baby exclusively. Cari info byk2 and try cari jln utk selesaikan mslh tu. aku sokong ko 100%!!


    Edy,
    insya allah.. aminn.. ;)


    Edah,
    Wah, hebat.. dah 2thn lbh still BF lg. kira ok la tu.. yg plg crucial cuma awal2 tu.. 1st 6 months yg mana dia tak mkn apa2 lg slain susu. Dia dh dpt benefit dr susu ibu ms awal2 tu dh kira ckp bagus. Dulu aku target pun, kalo xdpt fully bf, 6 bln pun jadilah..

    Dya member matrix dulu.. sekelas. geng ponteng kuliah. hahahaha


    ally,
    so, dah bersedia ke nak jd mommy? hahahahahaa...

  • Encik Anif

    Tahniah.. :D

  • Ilyana

    anif,
    thanks! ;)

  • ~dYaHaHa~

    geng ponteng kuliah? sorry..aku pelajar berdedikasi k..haha...btw, aku jumpe en.fauxi..cikgu fizik kite..ko ingat lagi?

    tu lah, kuar yg 2nd one nnti, aku lebey rela berpantang kat kl, sorg2...especially not w/o nenek aku sbb mak aku pon support bf nih..huuu..2nd one? bile tuh? hahaha....

  • Ilyana

    dya,
    dedikasi la sgt.. hehe
    cikgu fauzi tu la cikgu yg aku plg igt skali. igt lawak dia, bkn apa yg dia ajar. hehehe..

    2nd one ko dh expert, bole pantang sorg2 dah. hehe.. aku dulu bila smpi ptg dh start break down. laki aku blk kije aku bg kimi kat dia, pastu nangis. hehe

  • Yazid Husain

    erm. anak aq masuk satu ahri tu dah risau kes yg sama

  • Unknown

    Salam Angel,
    saya pun ada perasaan kurang happy masa mula-mula pregnant walau pun hubby sangat la excitednya (sengeh lebar sampai telinga..) tapi i'm asking around about the symptom. Memang ibu2 yang pregnant first time akan ada that kind of feeling. So its normal la (yippee..)

    beruntungnya kimi, nasib baik awak sungguh kuat semangat..dapat dia membesar kuat dan sihat dengan susu ibu..

  • Ilyana

    yazid,
    sorry lmbt reply komen. so,camne progress bb skang? ko kena byk support ur wife xkira apa decision dia sbb cuma tu bole bt dia kuat.. congrats by the way, dh jd daddy!! :)

  • Ilyana

    rai,
    xhappy maybe sbb nausea teruk pun jd 1 hal jugak.dulu siap terduduk lama dlm blk air asik muntah.xleh kuar rumah dkat 3bln.thanks sbb rai byk bg info psl susu ibu.nice knowing u n keep in touch k?

  • zura

    tahniah utk mu sahabatku..

  • mummyaleesya

    ilyana...

    kagum nye aku bace cite ko ni..aku ada masalah yg seakan2 ko gak.. so aku nk mtk pendapat ko..susu mmg ade tap masalahnye sekarang ni aleesya x nk BF..die marah bile aku nk BF die..yg aku risa nanti susu aku kering sbb die x hisap..n aku nk cube product milkmaid tu..lepas bace cite ko aku trus order..hehehehehe

  • Ilyana

    zura,
    thanks jugak sbb ko dulu ada byk tolong yakin kan aku..

    mummyaleesya,
    thanks tp au pun bknnye hebat sgt dlm bab2 BF ni. Ko dok bangi kan? kat situ ada office pakar lactation utk dptkan advice. try search kat ssuibu.com gak. susah tu nak paksa dia nyusu. kalau tak bg direct feedind mmg ssh nak maintain susu. milkmaid tu utk bykkan susu, tp kalau baby tak hisap..bengkak nanti. lagi sakit. kena rajin perah byk2..

  • Queen

    ada kengerian dan juga keseronakan juga kesyahduan dalam entry u nie....
    semoga i berjaya susukan fuly bf kat baby i nanti...

    my MIL pun macam tak berapa setuju nak BF...but i dont care....tak kira....i nak jugak

  • Ilyana

    sbnrnya, kalo nik dh prepare awal2, dh cr info psl tu start dr awal pregnancy insya allah ok je. xyah risau or ngeri apa2. sy sokong niat nik nk fully BF baby. sy btl2 xphm knapa org xsokong BF. dah diciptakn susu ibu tu yg tbaik utk baby. bkn susu lembu..kn?

Related Posts with Thumbnails