Hari ketiga
4 Oktober 2010.
Kami keluar sekeluarga menaiki busway.
Destinasi utama kami hari itu - Pasar Tanah Abang.
Tidak sukar untuk sampai ke sana.
Hanya perlu menaiki busway dan turun di hentian (halte) Sarinah.
Sampai saja di hentian Sarinah,
kami perlu menaiki jejantas sebelah kiri
(bertentangan jalan dengan Pasaraya Sarinah)
dan mengambil teksi atau bas ke Pasar Tanah Abang.
Tambang teksi dalam lingkungan rp10 000.
Kami tersilap turun jejantas dan terpaksa membayar harga lebih (rp 15 000)
kerana teksi terpaksa melalui pusingan bulatan untuk berpatah balik.
Pasar Tanah Abang memang 1 pusat membeli-belah yang agak besar.
Ada 8 tingkat kalau tak silap saya.
Penuh dengan kedai menjual pelbagai barangan.
Mama dan Ibu mertua saya terus rambang mata memilih barangan untuk dibeli.
Memang murah dan terlalu banyak pilihan di sana.
Bukan senang untuk membeli-belah beramai-ramai ni.
Akhirnya saya, Teddy dan Teddy Jr. terduduk kepenatan di tangga,
menunggu ibu dan mama membeli-belah..
'Food court' atau medan selera terletak di tingkat paling atas.
Ibu memperkenalkan teh botol kepada kami.
1 minuman yang agak popular di sana.
Sedap juga rasanya.
Sekitar gambar-gambar di Pasar Tanah Abang.
Pulang dari sana dan sampai di rumah Tante Fatem dalam pukul 5 petang.
Malam,
Om Bambang (adik Ibu mertua saya) datang untuk mengambil kami.
Kami bertolak ke Depok, kediaman Om Bambang malam itu juga.
..bersambung..
gmbr cantik.. kamera ape ni eh
tq.. kamera compact biasa je. bkn dslr pun.. ;)
pernah shopping kat sini, tp best lg kat bandung..huhu
edy,
hurm.. nasib baik kami bkn kaki shopping. letih mak oii..ngikut org yg tgh gila shopping ni.. huhu