8 Oktober 2010.
Hari terakhir di rumah Om Bambang.
Bergambar kenang-kenangan dengan keluarga Om Bambang
dan adik-beradik ibu.
Esok harinya kami akan bertolak pulang ke Malaysia.
Rumah Tante Fatem lebih hampir dengan lapangan terbang.
Destinasi terakhir kami - ITC Mangga Dua.
dikalangan rakyat Malaysia.
Saja-saja mahu menjejakkan kaki ke sana.
Om Bambang menghantar saya, Teddy, Teddy Jr. dan mama ke sana.
Kami berpecah kerana ibu mertua saya mahu ke masjid emas.
Kami pula mahu melakukan sedikit lagi pembelian saat akhir.
Pada pandangan saya,
Pasar Tanah Abang jauh lebih menarik dari ITC Mangga Dua.
ITC Depok juga menawarkan harga yang lebih rendah.
Singgah di medan selera untuk mengisi perut.
Teddy Jr. minum teh botol lagi.
Suka betul dia.
Pulang menaiki busway Stasiun Kota dan turun di Mampang Perapatan.
Kami selamat sampai ke rumah Tante Fatem dalam pukul 4-5 petang.
Thanks Marko.. ;)
sorry for all the trouble (my blog is not in English)