Thursday, 13 May 2010

Cameron Highland

18 April yang lepas, kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland.
Ibu saya turut serta kali ni.
Sebahagian daripada sambutan Hari Lahir saya.

Ini kali kedua saya ke sana.
Yang pertama adalah 16 tahun yang lepas..
Dan ini yang pertama untuk Teddy dan Teddy kecil kami.

Perjalanan hingga ke puncak Cameron Highland terasa amat lama dan meletihkan.


Sudahnya,
Teddy kecil kami demam.




Percutian yang pada saya,
sangat tidak seronok kerana Teddy kecil saya tidak gembira.



Gambar pun tak banyak.

Selepas berehat sebentar di hotel (Equotorial Cameron Highland),
kami turun memetik strawberi.


Malam itu kami membeli-belah di pasar malam Brinchang.



Pagi esoknya, sarapan di bilik.


Sebelum pulang, singgah menikmati teh dan scone (Bahasa Melayunya Sekon ke?) di Ladang Teh Bharat.



Tak sempat untuk berjalan ke tempat lain kerana hujan tiba-tiba lebat.

Ini gambar-gambar yang saya ambil semasa perjalanan pulang.
Kami singgah di RNR Tapah untuk berehat.

Budak demam makan ubat.



Bosan.



Tak banyak gambar menarik.
Teddy kecil saya masam sahaja kerana tidak sihat.
Emosi saya juga tidak stabil kerana Teddy kecil saya tidak ceria.


Tak apalah..
Lain kali Insya Allah kami ke sana lagi.
Mungkin tunggu Tedy kecil dah besar sedikit..

8 stalker (s):

  • Queen

    teringat kenangan cameron dulu..hiihhihihi......btw..u pergi amsa musim strawberry kot...buahnya sihat2..yang kitorang punya macam tak cukup sipat..ekekkee

  • SurayaHarris

    comel sanagt pakai baju bunny tu..cium sket dia..meh sini..

  • Yazid Husain

    cuti-cuti malaysia. ha ha ha

  • Ilyana

    Nik,
    kitorang pegi aritu mmg sejuk ala2 kt uk. musim ujan. tp yg xbestnya kimi demam. xseronok lgsg gi sana. strawberi tu mmg gemok2!! xtaulak ada musim strawberi ni. hihi..

    sue,
    dia demam time tu, pasrah jela kitorg pkikan baju apa. kalo sihat maunye dia dh tarik2 baju tu

    yazid,
    msia byk lg tmpt xpegi ni.. ;)

  • lily lotus

    aduhai camtulah..kalau gi holiday tp anak tak sihat terus mcm kita pun down..takpe next time perhaps :)

  • Ilyana

    betul tu sis.. saya pun emosi tak stabil jadinya. rasa nak blk dok umah lg bagus. hehe

  • Unknown

    wah..bestnye...dah lama teringin nak g sana...tp xtercapai gak impian ni

  • Ilyana

    nanti try la pegi. tmpat tu cantik utk photoshoot.. ;)

Related Posts with Thumbnails