Monday, 31 May 2010

Hari Bahagia Shu

Sabtu lepas, 29 Mei 2010 merupakan Hari Bahagia buat sahabat baik saya, Shufarah dan Zul. Shu yang dah lama saya kenal sejak dari darjah 1 Biru dan kekal menjadi sahabat yang paling saya sayang sehingga hari ini. Saya bersyukur dan benar-benar gembira bercampur terharu kerana akhirnya dia selamat diijabkabulkan dengan insan yang betul-betul menghargai dan menyayangi dia sepenuh hati.

Kalau diimbas kembali kenangan kami bersama, memang tak tertulis. Banyak sangat. Kami membesar, belajar dan bermain bersama. Ikatan persahabatan yang tersimpul erat sejak 20 tahun yang lepas ini akhirnya saya leraikan sedikit dan serahkannya kepada insan yang saya percaya akan menyambung menjaganya sehingga akhir hayat nanti. Sedih, terharu namun itu hakikat sebenar kehidupan. Saya dah laluinya dan kini giliran Shu pula untuk belajar erti tanggungjawab menguruskan keluarga sendiri.

Kami agak 'senasib' dalam mengharungi dunia kanak-kanak hingga remaja. Senasib dalam segi ikatan kekeluargaan. Konsep kekeluargaan bagi kami adalah untuk 'dihormati' dan 'disayangi' tapi bukan dalam konteks yang sama seperti sahabat untuk mengadu nasib. Sebab itulah teman sehidup semati sangat penting untuk kami. Shu akhirnya punya seseorang untuk bercerita, mengadu nasib, berkongsi ketawa dan mungkin meminjamkan bahu untuk ditangisi jika dia bersedih. Saya benar-benar gembira untuk Shu.


Saya doakan pasangan Shu dan Zul akan terus dirahmati dan kekal gembira hingga ke akhir hayat..













4 stalker (s):

Related Posts with Thumbnails