Thursday 27 May 2010

Lipas

Saya paling benci lipas.



Ada berlambak pinggan dalam sinki dapur menanti untuk dibasuh.

Tapi ada seekor lipas yang melepak di sebelah pencuci pinggan jenama Axion saya tu.
Dah dua jam lebih dia melepak disitu.

Saya cuma berani jengah dari pintu dapur dan lari semula ke ruang tamu.


Teddy tidur.
Tadi sebelum tidur dia kata "Tak apa.."

Tak apa, nanti dia basuhkan semua pinggan tu esok pagi ke?
..atau tak apa, lipas tu bukan makan orang?


Tapi saya lebih rela percaya dan berharap pada kenyataan pertama.
..sebab saya pernah hampir-hampir dimakan lipas.
Ibu jari kaki saya.

..atau tu imaginasi ngeri saya semasa kanak-kanak sahaja?

Saya fobia dengan lipas.

4 stalker (s):

  • Queen

    sembur dgn ridsect...hhuuhu....

    saya kalau jumpe lipas dalam rumah terus lari2 amik ridsect..org lain sembur sekali..sikit je...saya tak..selagi lipas tu berketik saya sembur..banyak pulak tu...sampai yabang kata...

    "tu sembur nak bagi lipas mati ke nak bagi org mati.."


    ekekekkeke


    psssssttttt.....i hate lipas..lagi2 yang terbang2

  • wildnara lya

    hihi..nmpknye bab lipas kite sama jugak. mgu lepas ada lipas dok kat tandas. jerit panggil mak tolong remove kn lipas tu..tapi kena marah pulak..sbb mak ckp tu just lipas, tak kuasa nk layan. sanggup pi tandas cangkung ..fuh lipas terbang lagilah menakutkan.

  • afs

    cik,kalau umah cik dekat kompem saya tolong buangkan lipas tu sbb sy x takut lipas. saya takut cicak ngan katak..eee

  • Ilyana

    Nik,
    sbb kat dapur adalah kwsn larangan menyembur ridsect sesuka hati. byk mknn. hehe.. nak sembur kt lantai xpe.

    saya terlalu takut lipas even utk sembur dia. takut dia serang saya balik lps kena sembur.hehe.. bole?


    elly,
    kita ni mmg sehati sejiwa la kan wak? hehe.. serious takut. lpas terbang mmg amat2 mengerikan. kalo terbang kat kita rs mcm nyawa tu terbang skali. hehe

    cik a'an,
    rumah saya byk cicak juga cik. cicak and katak saya xtakut, tp geli. maknanya lain tp sama je. saya elakkan binatang2 tu jugak. hehe

Related Posts with Thumbnails