Tuesday, 11 May 2010

Selamat Hari Lahir

Selamat hari lahir untuk awak, diari..

Dah 5 tahun umur awak ye, cik diari?
Minta maaf sebab saya lambat bagi ucapan.
Saya dah terangkan kenapa saya lama tak online, harap awak faham.

Disebabkan tarkh lahir kita sama, saya nak ucapkan selamat Hari Lahir untuk diri saya sendiri juga.
Hari lahir yang ke-17 (selepas ditolak 10tahun dari angka asal).
Hehehe..

Tarikh istimewa 16 April tiap tahun saya kongsi dengan ramai orang.
Kakak saya, Ilyani.. Tarikh yang sama, tahun je berbeza.
Adik ipar saya, Adi Abdul Hadi..
Kawan sekolah saya, Yee Chuan, Aileen dan Syahir..
..dan tak lupa, cik diari. (16 April 2005)


Tahun ini istimewa macam tahun-tahun sebelum ni.
Istimewa sebab sambut bersama suami tercinta, Encik Teddy.
..dan anak tersayang, Teddy kecil.


Teddy berikan saya sesuatu yang istimewa,




(bunyi drum)





*
*
*
*
*



Taraa!!




Kek coklat berbentuk topi yang comel..
(atau.. mungkin bentuk UFO?)



Teddy saya buatkan khas untuk saya.
Kagum tak?
Saya sangat kagum dan gembira.
Walaupun kena marah dan kena halau dari dapur kerana saya asyik menyibuk.
hehehe..


Terima kasih, sayang..
Kek Hari Lahir yang paling istimewa dan paling sedap pernah saya rasa.

10 stalker (s):

  • Unknown

    tibe2 nak makan keke coklat...hehe

  • Ilyana

    Edy,
    kek coklat yang bentuk topi mcm ni takde jual kat mana2 tau.. hehe

  • Queen

    selamat hari lahir yana..semoga dipanjangkan umur..dikurniakan kesihatan yang baik..dan kesejahteraan hidup....


    dan kek coklat tu memang bentuk UFo..ehehhehe...btw..tiada yang lebih sedap dari kek seorang suami.....yeay!

  • Ilyana

    hehe.. thanks nik! mmg sedap. bkn sng nak dpt tu..

  • wildnara lya

    Hai awak..lama kan kite tak chat. Suddenly buka awknye blog nampak post baru. U know what, awak sgt bertuah ok...kek itu sgt berharga compare to segala brg mewah kat dunia ni cewahh..teringat ms kecik2 dulu kita slalu ckp kat mbr2 kite lebeh suka hadiah yang dibuat dr hasil tgn sendiri dr dibeli semata-mata..(teringat pule gelang yg dibuat jacob tuk bella)..hehe. Selamat Hari Jadi awak..semoga kebahagiaan berkekalan ke akhirnya..amin

  • Ilyana

    rindunya kat awak, elly.. thanks! walaupun kita xmungkin dpt hadiah mahal2 tp mmg betul ckp awak. hadiah buatan sndri xsetanding dengan yg beli kt mana2 kdai. (tang gelang tu, kalo xsilap kat buku gelang tgn, kat movie kita keciwa sbb gelang tu sangkut kat katil je..hehe)

    Thanks for the wish!! aminn..

  • lily lotus

    pandainya teddy buat! sis..hari2 i tunggu ur entry..lama u hilang..uhuk uhuk..rindu tau

  • Ilyana

    cari resepi dr internet je sis. bukan ssh sgt pun kan? hehe..

    iye? i igt takde org nak baca blog i yg boring ni pun. hehe.. i tak reti la nak tulis blog mcm u. idea mencurah2!

  • afs

    nanti besday sy, cik kene bg idea kat angah tuk wat kek ye...hehe

  • SyaSya

    hiiii....ade gak nama aku~ yeay~~

Related Posts with Thumbnails