Petang tadi hujan turun lebat betul.
Hujan kucing dan anjing. (Raining cats and dogs?)
Sudahnya,
kali ini adaptor tak rosak.
Router yang padam terus.
Berakhir sudah riwayatnya yang telah 5tahun lebih berkhidmat.
Jasamu dikenang walaupun tidak berapa nak cemerlang.
Teddy balik kerja kami terus ke Alam Central.
Pergi ke kedai komputer dan terus ambil 1 router wifi.
RM75 terbang.
Malas nak fikir murah ke mahal.
Ada 1 tahun jaminan dari tarikh hari ini.
Jadi..
Kalau rosak saya akan semak tarikh blog ini ditulis.
Hehehe..
Router baru ni rasa macam laju sikit.
(Perasaan je kot..)
Monday, 31 May 2010
Hari Bahagia Shu
Sabtu lepas, 29 Mei 2010 merupakan Hari Bahagia buat sahabat baik saya, Shufarah dan Zul. Shu yang dah lama saya kenal sejak dari darjah 1 Biru dan kekal menjadi sahabat yang paling saya sayang sehingga hari ini. Saya bersyukur dan benar-benar gembira bercampur terharu kerana akhirnya dia selamat diijabkabulkan dengan insan yang betul-betul menghargai dan menyayangi dia sepenuh hati.
Kalau diimbas kembali kenangan kami bersama, memang tak tertulis. Banyak sangat. Kami membesar, belajar dan bermain bersama. Ikatan persahabatan yang tersimpul erat sejak 20 tahun yang lepas ini akhirnya saya leraikan sedikit dan serahkannya kepada insan yang saya percaya akan menyambung menjaganya sehingga akhir hayat nanti. Sedih, terharu namun itu hakikat sebenar kehidupan. Saya dah laluinya dan kini giliran Shu pula untuk belajar erti tanggungjawab menguruskan keluarga sendiri.
Kami agak 'senasib' dalam mengharungi dunia kanak-kanak hingga remaja. Senasib dalam segi ikatan kekeluargaan. Konsep kekeluargaan bagi kami adalah untuk 'dihormati' dan 'disayangi' tapi bukan dalam konteks yang sama seperti sahabat untuk mengadu nasib. Sebab itulah teman sehidup semati sangat penting untuk kami. Shu akhirnya punya seseorang untuk bercerita, mengadu nasib, berkongsi ketawa dan mungkin meminjamkan bahu untuk ditangisi jika dia bersedih. Saya benar-benar gembira untuk Shu.
Saya doakan pasangan Shu dan Zul akan terus dirahmati dan kekal gembira hingga ke akhir hayat..

Labels:
wedding
Thursday, 27 May 2010
Lipas
Saya paling benci lipas.
Ada berlambak pinggan dalam sinki dapur menanti untuk dibasuh.
Tapi ada seekor lipas yang melepak di sebelah pencuci pinggan jenama Axion saya tu.
Dah dua jam lebih dia melepak disitu.
Saya cuma berani jengah dari pintu dapur dan lari semula ke ruang tamu.
Teddy tidur.
Tadi sebelum tidur dia kata "Tak apa.."
Tak apa, nanti dia basuhkan semua pinggan tu esok pagi ke?
..atau tak apa, lipas tu bukan makan orang?
Tapi saya lebih rela percaya dan berharap pada kenyataan pertama.
..sebab saya pernah hampir-hampir dimakan lipas.
Ibu jari kaki saya.
..atau tu imaginasi ngeri saya semasa kanak-kanak sahaja?
Saya fobia dengan lipas.

Wednesday, 26 May 2010
Angin petang
Hujung minggu lepas, Atiqah sekeluarga datang ke taman sebelah rumah saya.
Seronok dapat jumpa si comel Zhoreef.
Walaupun muka dia masam dan mengantuk, tapi tetap comel.
Jalan-jalan mengambil angin petang di taman sesekali seronok juga.
Selama ni biasanya hujung minggu dihabiskan di kompleks membeli-belah.
Memang tak rasa angin langsung.
Selepas itu aktiviti makan-makan di Bukit Lanchong.
Kesimpulannya, Sabtu lepas memang seronok dengan aktiviti santai bersama keluarga. Tambahan lagi, dapat makan percuma. Hehehe..
Lepas ni giliran kami belanja mereka pula. Tapi mungkin bukan dalam minggu-minggu terdekat ini sebab aktiviti dah dipenuhi dengan undangan jemputan kahwin. Musim mengawan kembali lagi.
Sekian laporan aktiviti untuk minggu ini.
Sumber gambar : Dicuri dari Mukabuku Atiqah.

Zhoreef dengan aksi mengantuk.
Kimi dengan aksi korek hidung.
Selepas itu aktiviti makan-makan di Bukit Lanchong.
Berlaku saat-saat mencemaskan apabila Kimi menyedari Daddy nya hilang. Basuh tangan sekejap je pun..
Kimi dengan aksi mencebik.
Kesimpulannya, Sabtu lepas memang seronok dengan aktiviti santai bersama keluarga. Tambahan lagi, dapat makan percuma. Hehehe..
Lepas ni giliran kami belanja mereka pula. Tapi mungkin bukan dalam minggu-minggu terdekat ini sebab aktiviti dah dipenuhi dengan undangan jemputan kahwin. Musim mengawan kembali lagi.
Sekian laporan aktiviti untuk minggu ini.
Sumber gambar : Dicuri dari Mukabuku Atiqah.
Labels:
weekend
Monday, 24 May 2010
Buku Foto
Hujung minggu yang damai.
Tiada banyak aktiviti.
Jadi saya juga ada banyak masa menghasilkan ini,
Saya dalam proses mengumpul gambar
untuk dijadikan buku foto (photobook)
terbitan yang kedua.
Kumpul je.
Nak buat betul-betul belum tentu lagi bila.
Hehe..
Thursday, 20 May 2010
SAHM - Stay At Home Mom (Bahagian 2)
Klik sini untuk Bahagian 1
Tulisan saya sebelum ni tentang kenapa saya mahu jadi seorang SAHM. Kali ni saya mahu menulis tentang keburukan dan kebaikan pilihan saya ini. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tidak semestinya tepat pandangan saya ini untuk semua pihak.
Biasanya orang akan mulakan dengan keburukan dahulu. Untuk tidak menakutkan sesiapa, saya akan selitkan dengan cara mengatasi masalahnya sekali.
Keburukan 1 : Selamat tinggal kehidupan sosial.
Jika anda seorang yang sosial dan suka berpoya-poya (seperti saya), topik ini akan menjadi keburukan utama jika anda memilih untuk menjadi seorang SAHM. Ada beberapa pecahan kecil bagi menyokong fakta di atas.
1.1 - Filem terakhir yang anda lihat dipawagam adalah Batman, The Dark Knight dan anda tidak kenal siapa itu Edward Cullen.
1.2 - Anda rasa gatal-gatal tekak kerana lama tidak berkaraoke.
1.3 - Anda cuma boleh berada di kedai mamak sebelum pukul 12mlm dan bergegas pulang apabila ada disusuli dengan jeritan nyaring yang memalukan.
1.4 - Anda tidak di tag di Mukabuku (Facebook) apabila kawan-kawan lama anda (yang masih belum berkahwin) membuat rancangan untuk minum-minum di Hartamas. Perlu diingat, anda sudah lama terkeluar dari kelab mereka selepas anda berkahwin. Kini anda hanya diterima dalam kelab ibu-ibu sahaja.
1.5 - Anda tidak boleh berjumpa dan duduk bersembang lama-lama dengan sahabat karib anda di kedai kopi kerana suami anda sudah menjeling (atau diiringi jeritan nyaring halus itu). Mungkin juga anda akan terasa semakin jauh dan terasing dengan sahabat anda sendiri apabila anda tidak faham dengan gosip dan cerita mereka.
1.6 - Anda boleh pengsan apabila rumah anda tiada bekalan elektrik kerana kehidupan anda 100% bergantung kepada television dan internet sebagai sumber hiburan. (Kebetulan telefon anda juga kehabisan bateri)
Cara mengatasinya
Menjadi SAHM, anda telah membuat keputusan yang besar dalam kehidupan anda. Maknanya jelas - Ibu Yang Tinggal di RUMAH. Bermakna, kehidupan sosial itu memang terpaksa dikorbankan.
Pasrah mungkin cara yang terbaik tetapi itu mungkin menyebabkan tekanan jiwa kerana anda tidak mempunyai saluran yang betul untuk menyalurkan ketidak-puasan hati anda sendiri.
Seperti saya, tidak dinafikan kadang-kala jiwa memberontak juga ingin lari dari kepungan rumah sendiri tetapi saya masih mampu berfikir dengan waras. Ini pilihan saya sendiri dan saya memilih untuk kekal gembira dengan corak kehidupan yang telah saya pilih.
Antara perkara-perkara yang saya lakukan untuk kekal gembira;
1.1 - Panggung wayang dan pusat karaoke pada saya bukanlah tempat yang mesra bayi. Ada banyak lagi tempat keluarga untuk saya pilih. Melihat anak saya ketawa gembira di padang permainan adalah satu perkara yang amat menghiburkan hati saya. Tak apalah saya terlepas dari menonton filem-filem hebat tu.
1.2 - Duduk berjam-jam dikedai mamak sambil minum segelas air adalah perkara yang hampir mustahil untuk dilakukan kerana anak saya akan mengamuk kebosanan. Biasanya kalau makan diluar pun kami akan menghabiskan makanan cepat-cepat dan beredar bila ada tanda-tanda bosan pada wajah anak saya. Sebab tu saya selesa makan dirumah dan saya tidak terlepas apa-apa yang seronok pun dari itu. Kehidupan bujang yang melepak hingga larut malam tidak membuatkan saya teruja selepas bergelar ibu.
1.3 - Hampir setiap hujung minggu kami sekeluarga akan keluar berjalan-jalan dan pergi bercuti setiap 3-4 bulan sekali untuk memastikan saya tidak cuba membakar rumah sendiri akibat kebosanan.
1.4 - Kehidupan sosial bersama rakan-rakan terutama yang masih bujang memang agak sedikit terjejas. Lumrah kehidupan kerana saya ada keperluan yang lebih penting untuk dipenuhi dan tanggungjawab yang lebih berat untuk dipikul. Terus-terang disini, saya juga ingin memohon maaf kepada kawan-kawan saya yang membaca tulisan saya ini kerana saya bukan diri saya yang dulu.
Saya tidak boleh keluar bergembira dengan kawan-kawan saya tanpa suami dan bayi saya. Itu satu kemestian yang tidak boleh ditolak. Sebabnya, saya seorang SAHM. Saya seorang yang menjaga bayi saya selama ini dan jelas yang bayi saya tidak boleh ditinggalkan dengan orang lain. Lagipun, saya tidak mempunyai penjaga bayi dan tiada siapa termasuk ibu saya yang mahu menjaga bayi saya. Masalah terbesarnya, dia bergantung sepenuhnya dengan saya. Dia masih lagi menyusu badan secara terus (direct BF) dan tidak pandai langsung menggunakan botol susu. Saya tiada masalah dengan itu kerana itulah yang membuatkan ikatan antara kami semakin kuat. Di mana ada saya, di situ juga mesti ada dia.
Suami saya juga mesti ada bersama kerana dia banyak membantu menjaga bayi kami. Lagipun, tanpa dia tak mungkin saya dapat bersembang dengan aman apabila bayi mula meragam.
Ini satu perkara yang agak sedih untuk saya korbankan kerana saya memang sayangkan semua kawan-kawan saya. Cara mengatasinya, saya akan pastikan saya terus berhubung dengan mereka dengan apa saja cara sekalipun. Telefon, sms, Mukabuku , YM dan blog. Mungkin kami tidak dapat berjumpa tapi saya akan pastikan saya ambil tahu tentang kehidupan mereka.
Alhamdulillah setakat ni kawan-kawan saya amat memahami dan terima kasih banyak-banyak kerana menerima saya seadanya. Saya betul-betul beruntung punya ramai kawan yang prihatin seperti ini. Mereka jugalah yang banyak memberikan saya kekuatan dan sokongan mental selama ini. Terima kasih.
..bersambung..
Tuesday, 18 May 2010
Alih Bahasa.
Hari ini saya mencuba 'Google Chrome'.
Salah satu ciri yang saya suka - Terjemahan.
Ini yang terjadi apabila saya terjemahkan blog saya dalam Bahasa Inggeris...
Hahahaha..
Masih boleh difahami.
Tapi saya kagum kerana tulisan saya mampu diterjemahkan sepenuhnya. Bermakna, saya menggunakan Bahasa Malaysia yang betul?
Baiklah. Ini menguatkan semangat saya untuk terus menulis menggunakan Bahasa Ibunda saya. Bukan senang ok?
Salah satu ciri yang saya suka - Terjemahan.
Ini yang terjadi apabila saya terjemahkan blog saya dalam Bahasa Inggeris...
"18 April that year, our family holiday in Cameron Highland.
My mother was and my time.
Some of my Birth Day celebration.
This is my second time there.
The first was 16 years ago ..
And this is the first to Teddy and Teddy Our small.
Travel to Cameron Highlands to the summit felt very long and tiring."
Hahahaha..
Masih boleh difahami.
Tapi saya kagum kerana tulisan saya mampu diterjemahkan sepenuhnya. Bermakna, saya menggunakan Bahasa Malaysia yang betul?
Baiklah. Ini menguatkan semangat saya untuk terus menulis menggunakan Bahasa Ibunda saya. Bukan senang ok?
Thursday, 13 May 2010
Cameron Highland
18 April yang lepas, kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland.
Ibu saya turut serta kali ni.
Sebahagian daripada sambutan Hari Lahir saya.
Ini kali kedua saya ke sana.
Yang pertama adalah 16 tahun yang lepas..
Dan ini yang pertama untuk Teddy dan Teddy kecil kami.
Perjalanan hingga ke puncak Cameron Highland terasa amat lama dan meletihkan.
Sudahnya,
Teddy kecil kami demam.
Percutian yang pada saya,
sangat tidak seronok kerana Teddy kecil saya tidak gembira.
Gambar pun tak banyak.
Selepas berehat sebentar di hotel (Equotorial Cameron Highland),
kami turun memetik strawberi.
Malam itu kami membeli-belah di pasar malam Brinchang.
Pagi esoknya, sarapan di bilik.
Sebelum pulang, singgah menikmati teh dan scone (Bahasa Melayunya Sekon ke?) di Ladang Teh Bharat.
Tak sempat untuk berjalan ke tempat lain kerana hujan tiba-tiba lebat.
Ini gambar-gambar yang saya ambil semasa perjalanan pulang.
Kami singgah di RNR Tapah untuk berehat.
Bosan.
Tak banyak gambar menarik.
Teddy kecil saya masam sahaja kerana tidak sihat.
Emosi saya juga tidak stabil kerana Teddy kecil saya tidak ceria.
Tak apalah..
Lain kali Insya Allah kami ke sana lagi.
Mungkin tunggu Tedy kecil dah besar sedikit..

Budak demam makan ubat.

cameron highland,
holiday
Tuesday, 11 May 2010
Selamat Hari Lahir
Selamat hari lahir untuk awak, diari..
Dah 5 tahun umur awak ye, cik diari?
Minta maaf sebab saya lambat bagi ucapan.
Saya dah terangkan kenapa saya lama tak online, harap awak faham.
Disebabkan tarkh lahir kita sama, saya nak ucapkan selamat Hari Lahir untuk diri saya sendiri juga.
Hari lahir yang ke-17 (selepas ditolak 10tahun dari angka asal).
Hehehe..
Tarikh istimewa 16 April tiap tahun saya kongsi dengan ramai orang.
Kakak saya, Ilyani.. Tarikh yang sama, tahun je berbeza.
Adik ipar saya, Adi Abdul Hadi..
Kawan sekolah saya, Yee Chuan, Aileen dan Syahir..
..dan tak lupa, cik diari. (16 April 2005)
Tahun ini istimewa macam tahun-tahun sebelum ni.
Istimewa sebab sambut bersama suami tercinta, Encik Teddy.
..dan anak tersayang, Teddy kecil.
Teddy berikan saya sesuatu yang istimewa,
Taraa!!
Teddy saya buatkan khas untuk saya.
Kagum tak?
Saya sangat kagum dan gembira.
Walaupun kena marah dan kena halau dari dapur kerana saya asyik menyibuk.
hehehe..
Terima kasih, sayang..
Kek Hari Lahir yang paling istimewa dan paling sedap pernah saya rasa.

(bunyi drum)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Taraa!!
Kek coklat berbentuk topi yang comel..
(atau.. mungkin bentuk UFO?)
(atau.. mungkin bentuk UFO?)
Teddy saya buatkan khas untuk saya.
Kagum tak?
Saya sangat kagum dan gembira.
Walaupun kena marah dan kena halau dari dapur kerana saya asyik menyibuk.
hehehe..
Terima kasih, sayang..
Kek Hari Lahir yang paling istimewa dan paling sedap pernah saya rasa.
Labels:
birthday
Monday, 10 May 2010
Sebab
Hi diari..
Lama saya tak menulis kan?
Hampir sebulan!
Hebat..
Tak sangka saya boleh tinggalkan dunia internet saya untuk tempoh yang lama macam ni.
Sebabnya?
Sumber kuasa (power supply) untuk modem saya terbakar. Sebenarnya yang original nya memang dah lama hancur, dan saya gantikan dengan adaptor universal. Tapi adaptor tu terbakar (lagi).. buat kali yang ke-2. Cair. Nampak sangat saya ni seorang pengguna tegar.
Kami sekeluarga pergi bercuti. Balik dari bercuti, demam. Kimi demam, saya demam dan kemudian Teddy pun demam. Jadi memang takde mood nak menggantikan adaptor yang terbakar tu.
Sementara ketiadaan adaptor, saya ter..jumpa buku elektronik yang rupanya dah ada dalam telefon saya sekian lama sejak saya beli dulu. Twillight. (Ye, saya tahu saya ketinggalan zaman. Saya mungkin orang yang kedua terakhir selepas cik A'an, di muka bumi ini yang belum tengok cerita ini) Jadi saya ralit membaca sehingga habis.
Adaptor dah pun berganti tapi saya tawar hati untuk menghadap laptop. Masih di alam fantasi. Jadi saya teruskan membaca keempat-empat buku elektronik siri Twillight saga itu sehingga ke muka surat terakhir Breaking Down. Itu menjelaskan kenapa saya tidak peduli dengan laptop saya. Mata saya sakit dan berpinar-pinar, tangan saya lenguh memegang telefon bimbit sepanjang masa. Pandangan saya agak kabur hingga saya nampak wajah suami saya ada iras-iras Edward Cullen.
Sekarang saya sudah kembali ke alam realiti dan ini bermakna, masa untuk saya menggantikan semula cerita tentang diri saya yang dah banyak tertinggal. Minta maaf ye, diari!!

Sumber : Google image
Sekarang saya sudah kembali ke alam realiti dan ini bermakna, masa untuk saya menggantikan semula cerita tentang diri saya yang dah banyak tertinggal. Minta maaf ye, diari!!
Subscribe to:
Posts (Atom)