Saturday, 17 July 2010

Berkelah di Bagan Lalang

Minta maaf cik Diari..
Saya lambat tulis tentang cerita ni.
Cerita minggu lepas.
Saya sibuk sikit akhir-akhir ni.
Sibuk dengan projek rahsia saya yang saya harap menjadi..

10 Julai 2010 yang lepas
kami sekeluarga ke Bagan Lalang.

Minggu lepas kan minggu yang emosi buat saya..
sebab saya rasa teringin sangat nak jumpa Jake
..tapi nasib baik Teddy berjaya memujuk saya.
Dia kata dia sanggup jagakan Teddy Kecil di luar pawagam

Saya rasa lega sangat mendengar cadangan tu.
Sebenarnya, saya tak adalah kemaruk sangat nak pergi menonton cerita tu
Saya tak mahu masuk antara golongan 8% ni..
Fantasi percintaan saya dah cukup sempurna
jika nak dibandingkan fantasi Edward dan Bella.
(Sila klik untuk info lanjut)


Lepas dengar cadangan Teddy tu,
saya dah cukup gembira.
Betul.
Cukup sekadar ayat tu dah buat saya gembira.
..dan saya tak minta bukan-bukan lagi.
Nantilah, kita tunggu Teddy Kecil besar sedikit
Kita pergi tengok wayang sama-sama ye?
Lagi seronok..


Tambah buat saya gembira..
Teddy kata kami akan pergi berkelah..
Tapi lokasinya dirahsiakan.

Saya suka kejutan.
Kejutan buat hubungan kami tambah erat.
..buat saya tertanya-tanya dan teruja.

Sepanjang perjalanan saya meneka.
Lepas masuk lebuhraya KESAS,
baru saya berjaya meneka.

Asalnya nak ke Morib,
tapi melihatkan papan tanda Sepang Gold Coast
hanya 3 km dari Morib,
kami mengambil keputusan untuk ke sana sekadar untuk melihat-lihat.

Jalan punya jalan tak sampai-sampai.
Rupanya papan tanda tu hilang 1 angka.
31 km rupanya.
Bukan 3 km.
Kami tertipu.

Papan tanda itu membawa kami ke Bagan Lalang.
Rupanya Sepang Gold Coast itu di Bagan Lalang.
Kami tak tahu.
Pertama kali sampai di sana.

Cantik tempat tu.
Ada orang kata Bagan Lalang lagi cantik dari Pantai Kuta di Bali.
Saya tak dapat pastikan ayat tu sebab saya tak pernah sampai ke sana.

Tapi pada saya Bagan Lalang tempat yang menarik.
Kami sampai sebelum tengahari 
jadi, air masih surut.
Kami berjalan jauh untuk sampai di gigi air.

Hari pun tak terlalu panas.
.Sempurna.

Jadi saya tak mahu lupa kenangan kami di Bagan Lalang.

Cik Diari,
tolong simpankan gambar-gambar ini ye?















Cik Diari..
sebenarnya ada banyak sangat gambar-gambar yang saya suka.

Saya letak gambar Teddy Kecil dululah ye?
Nanti lepas ni saya letak gambar Teddy kecil dengan Daddy dan Mommy..

Jangan risau cik Diari,
sesibuk manapun saya,
saya takkan lupakan awak..
Mungkin saya tak selalu menulis
tapi insya allah saya akan tetap bercerita dengan awak
tentang pengalaman-pengalaman manis saya.

Awak kan kawan baik saya.. ;)
.. dan awak selalu ingatkan saya tentang kisah hidup saya.
Terima kasih, cik Diari..

8 stalker (s):

  • Fazira

    makin besar makin comellah Teddy Kecil nie. Sebijik macam muka Teddy Besar. Tak sangka Bagan Lalang secantik nie.... ingat hanya dipenuhi dengan lalang...hihihi

  • Ilyana

    hehhehee..
    akak pun igt mcm tu gak mulanya. dah nama LALANG.. hehe

  • Unknown

    so cute....bukan mak dgn ayah..tp anaknye..hehe

  • Ilyana

    edy,
    nk mendapatkan anak yg cute, acuannya kena lah cute juga. hehehee

  • Yazid Husain

    hehehe. bestnye picnic. nanti eshal dah ada kaki (dah bleh jalan) nak gi pinic juga

  • Ilyana

    yazid,
    nanti dia dah ada kaki mmg tak tertangkap. tapi mmg seronok! hehe..

  • lily lotus

    tak terjun laut ke..hehe..nice pics :)

  • Ilyana

    nak terjun apanya, ada budak takmo turun. dia geli nak pijak pasir pantai basah tu. kena air pun taknak. teruk betullll...hehe

Related Posts with Thumbnails