Tuesday, 6 July 2010

Hari Bahagia A'an & Angah

Cik Diari,

Tolong ingatkan saya tentang peristiwa bersejarah ini.
Bertarikh 3 Julai 2010 dan bertempat di Parit Jawa, Muar.

Seorang lagi sahabat saya yang tersayang, cik A'an (sekarang Puan A'an)
telah selamat membina ikatan suci dengan insan yang telah lama bertahta di hatinya - Angah.

Walaupun banyak konflik dalam kisah mereka,
Alhamdulillah mereka berjaya disatukan.
Semoga kekal bahagia dan hidup aman sentosa hingga ke syurga. Amin..


A'an yang saya kenali sejak zaman sekolah dulu (1999)
telah lama menjadi sahabat sejati saya..
tempat berkongsi cerita suka dan duka saya.
Bercerita tentang peminat rahsia (secret admirer)
Menjadi posmen dalam menyampaikan salam dan nota-nota cinta
dari bekas kekasih hati saya ketika di sekolah dulu.. (hehehe.. Cerita lama, jangan marah Teddy!)

A'an yang saya sayang
sentiasa penuh dengan tenaga
sentiasa ceria dengan cerita-cerita gembira
sentiasa menggembirakan sesiapa sahaja yang berada dilingkungan radius 10km darinya.

A'an yang saya kagumi
semoga dia akan terus ceria bersama suami tercinta
semoga dia akan kekal bahagia selama-lamanya..


Tahniah Puan!!!



(Gambar-gambar sekitar majlis)

Kimi menonggeng kebosanan menunggu pengantin

Terpesona dengan pengantin..

Puan A'an yang jelita



(Sesi bergambar di luar)

Gambar-gambar pemandangan Teddy yang ambil
saya tiada bakat dalam mengendalikan kamera.






Gambar pengantin saya yang ambil..
sambil-sambil mengganggu tugas jurugambar professional
dan memaksa A'an beraksi lebih mesra dengan Angah








Sesi bergambar untuk penganti lama pula..






..kami..


9 stalker (s):

  • Nama aku Ijan

    Wahh! nama kawan ko mcm nama manja aku..a'ann...hehehe..nice pic! mmg b'bakat ^^

  • Ilyana

    a'an,
    ok..mulai skang panggil ko a'an. hehe.. tq2. hubby aku la yg berbakat. aku tau petik je kamera tu. setting tah ape tu aku bagi kat dia..hehe

  • Queen

    waah..tempat memang best...HDR eh..santek..

  • Joy

    How lovely that you get to witness your close friend get married. And your son seemed to be fascinated by all the festivities.

    Thank you for your well wishes on Norwich Daily Photo's 3rd birthday. Here's to another great year of photos.

  • Ilyana

    Nik,
    cantik kan jeti tu? mmg best wat photoshoot situ. Yep, HDR. tapi tipu punya HDR. saya takde dslr nak buat real punya HDR. hehe

    Joy,
    Sorry for giving u headache by not writing in English. Thanks for visiting me here.. and yes, my son is surely amazed by what he seen that day.. funny! hehe..

    Please keep on posting more photos in your blog. Your MIA for few months sure is driving me crazy!

  • Unknown

    wow..mmg cantik amek gamba kat jeti ni...

  • Ilyana

    edy,
    cantik kan jeti tu? kat pt jawa muar je. balik BP kalo sampat singgahla..wat photoshoot. hehe..

    kat BP seri medan pun ada jeti cantik gak. taman botani.tryla survey

  • afs

    saya terharu baca entry nih...sobsob...saya sayangggg sgt kat cik :D muahmuah

  • Ilyana

    puan a'an,
    sayang cik, eh puan jugakkk!! muahhhss..

Related Posts with Thumbnails