Monday 26 July 2010

Karipap dan Pizza

Masih ingat karipap pusing saya?
Cik Diari, awak simpan lagi kan cerita lama tu?
..ada kat sini..

Ye tau,
awak gelakkan karipap saya yang rupa macam dinosour tu.
Jadi kali ni saya mengambil langkah bijak.
Saya memang tiada bakat untuk mengelim karipap.
Jadi saya beli penerap karipap.
Selesai 1 masalah.

Bukan, bukan..!!
saya tak mengandung lagi..
dan saya masih di Malaysia.

Cik Diari,
Awak hairan kenapa saya tak beli saja karipap pasar malam?

..sebab Teddy kecil saya suka makan karipap..
(Patutla kan? Dia yang minta karipap masa kami di UK dulu tu. Hehe..)
dan karipap komersial selalunya pedas.
Jadi dia cuma makan kelimnya sahaja.
Kadang-kadang dia menjerit apabila terasa pedas.

Jadi saya berusaha untuk membuat karipap lagi.

..mempersembahkan..

karipap yang sempurna.
.The perfect curry puff.


(ops, tak berapa sempurna sbb hangit sikit. Saya sibuk membasuh pinggan di sinki ketika menggorengnya)


Saya juga ada membuat beberapa percubaan membuat pizza.

Pizza yang pertama sangat hodoh rupanya.
Tamak sangat sebab kalau boleh nak letak banyak-banyak inti atasnya.
Sosej potong tebal-tebal kononnya mahu lebih 'berasa'.
Nasib baik sedap.



Pizza kedua - sambal bilis.
Sangat sedap dan rangup. Rotinya saya buat nipis-nipis.
Tabur sedikit kepingan cili atasnya.



Pizza ketiga - pizza sardin untuk Teddy kecil
Ni istimewa sebab Daddy dia yang buatkan.



Pizza percubaan keempat - sempurna!!
Buat 2 keping dalam masa 1 jam dan licin tak sampai 5 minit!

Inilah rupa pizzanya..






12 stalker (s):

  • Yazid Husain

    sedapnya. yums

  • Ilyana

    hehe.. tengok je lah gambarnye.. hehe

  • Queen

    ahaha..ade bakat nak buat doh nye dah pun kira dah berjaya!....

    yabang likes curry puff to...ngeee

  • s.c.h.u.l.t

    ya Allah comelnya pizza untuk si teddy (Rossi) :)

    dah lama tak buat pizza. sobs

  • Ilyana

    nik,
    iye? kami skeluarga mmg suka karipap. hehe.. dohnya xsusah mana pun..

    syud,
    comel sbb daddy buatkan. heeheehe

  • lily lotus

    dah boleh ambil tempahanlah u ni :D

  • Nama aku Ijan

    This comment has been removed by the author.

  • Nama aku Ijan

    Trs lapar tgk entri ni...adeii~ hehe..kejap lagi mau turun bli goreng pisang...=)
    Suka sangat buat & makan karipap..dlu x pandai buat tapi skrg siap dapat tempahan..haha..tp till now blm pandai mgelim karipap...nasib baik ada bantuan penerap karipap...ekeke..

  • Ilyana

    sis lily,
    i buat tempahan takut nnt xjd jual. makan sndri je nanti. hahahha..

    a'an,
    hebat!! siap bt tempahan tu.. sure sdap! hehe..

  • Unknown

    tiba2 teringin nak makan pizza..huhu

  • Unknown

    wahh..terenya bikin pizza..tepek la resepi..rotinya pun nampak menarik.. semalam buat roti..macam nak patah tangan menguli..(hubby janji ada duit lebih nak belikan bread maker..yeyy!!) tu pun kalau istrinya rajin buat lain kali..hehehe..

  • Ilyana

    edy,
    beli je la.. pizza hut ada. hehe

    rai,
    bukan ssh sgt pun nak buat rotinya.. saya ni mls sket, uli lebih kurang je. hahahha.. nnti free2 saya tepek resepi ok?best tu ada bread maker! tak pyh beli roti lg dh pasni.. ;)

Related Posts with Thumbnails