Minta maaf sebab 2-3 minggu ni saya agak sibuk..
banyak sangat cerita menarik yang mahu saya kongsi,
sampaikan saya tak sempat nak menulis
cerita menarik tentang Teddy Kecil saya.
Cerita tentang keretapi pertamanya.
Teddy Kecil saya sangat sukakan apa jua jenis kenderaan.
Kenderaan yang paling diminatinya, kapal terbang dan keretapi.
Kalau ternampak atau terdengar bunyi kapal terbang,
riuhlah mulutnya berbunyi.. "banggg..."
sambil jari halus itu menunjuk-nunjuk langit.
Kalau ada cerita-cerita tentang keretapi di Playhouse Disney,
dia akan seolah-olah terpukau dengan televisyen..
Cerita pertama yang berjaya menarik minatnya - Thomas & Friends.
Masa tu usianya baru 4 bulan lebih.
Saya dan Teddy sedar,
Teddy Kecil generasi baru yang sangat beruntung..
dan mungkin tidak akan tahu
menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau keretapi.
Jadi,
apa salahnya jika kami perkenalkan padanya perlahan-lahan..
dan kami mulakan dengan keretapi.
Keretapi (Komuter) pertamanya..
- Dari Stesen Rasa hingga Stesen Rawang.
- Sabtu, 26 Jun 2010.
Teddy Kecil mulanya takut-takut,
mengantuk kerana sudah melepasi masa tidurnya..
tapi dia bersungguh-sungguh bersengkang mata
mahu menikmati pengalaman pertamanya ini.
"Kamu seronok, bukan?
Lepas ni nanti Mommy bawa Kimi naik kapal terbang pula ye?"
Nota kaki : Minta maaf cik Diari. Gambar kurang jelas. Kamera telefon bimbit saja yang kami ada. Kad memori kamera Teddy rosak masa ni.. dan kamera kompak saya entah mana.
Teddy kecil sda smakin besar ^^v
a'an,
betul! dah tak kecil sgt lg.. ;)
betul2..slow2 kenalkan plak dgn ayam itik..kerbau...ngeee
Nik,
dia paling suka kucing. hehe.. ayam, itik, kobau dah susah nak jumpa. kat kampung pun xramai yg bela dah