Thursday 8 July 2010

Kampung serigala

24 Jun yang lepas,

Kami ke Sabak Bernam
menghantar adik bongsu Teddy
pulang ke pusat pengajiannya..

Sepanjang perjalanan
ada sesuatu yang menarik perhatian saya..






Dalam diam-diam saya berharap
dapat jumpa Jacob di sana.
Sedara sepupu sepapat dia pun jadilah... Hehehe..


Sebenarnya..
Kemunculan cerita Eclipse dipawagam
benar-benar membuatkan emosi saya terganggu.
..disebabkan saya dah khatam keempat-empat buku Twillight saga tu,
saya sangat-sangat mahu menonton filem itu.

Saya tak ingat apa filem terakhir yang saya tonton dipawagam..
Dah lebih setahun 6 bulan saya tak jejak kaki ke pawagam.

Cik Diari,
Sila jangan buat-buat tak tahu kenapa.

Ya, betul.
Emosi saya tengah bercelaru sekarang.
..dan Eclipse adalah pencetus segalanya.

Sudahlah tu Cik Diari..
Saya dah penat dan bosan
dengan cadangan-cadangan tu semua.
Berapa kali saya nak beritahu awak
yang saya memang tak boleh tinggalkan anak saya..

Awak hilang akal ke Cik Diari?
Awak nak saya bawa saja budak tu masuk pawagam sekali?
Maunya dia terkejut melihat Jacob yang kacak tu
tiba-tiba bertukar menjadi serigala..
Nanti dia phobia seumur hidup dengan serigala.

Saya kan, surirumah terdesak.
Saya tiada pembantu rumah mahupun penjaga bayi.
Anak saya berkepit dengan saya 24 jam
..dan bila-bila masa dalam selang masa 2-3jam
dia pasti akan cari saya jika kehausan.
Dia tak kenal botol susu atau susu formula.
Jadi cuma saya sumber utamanya.

Jadi bayangkanlah..
sanggupkah saya meninggalkan Teddy kecil saya
untuk tempoh 2 jam 4 minit
semata-mata untuk memuaskan hati saya sendiri?
..atau saya akan terus-terusan emosi begini
sehingga DVD original Eclipse dikeluarkn dipasaran?



Nota kaki : Terasa diri seperti Gabby dalam cerita Surirumah Terdesak Musim ke-6 yang saya tonton semalam di TV8. 

10 stalker (s):

  • Queen

    owh..sian kamu..boleh try gini...sebelum masuk wayang susukan dia..pestu kasik dia tidur..saya tolong jagakan...pastu kami menanti mu di muka pintu keluar wayang..ahaahha

    else...sabarlah...itulah pengorbanan seorang ibu..ngeeee

  • Ilyana

    nik,
    baik sggh hati kamu..isk,terharu! hehe.. bkn sng nk suh dia tdo.kalo dia tdo skalipun,xmo la sshkn nik sbb bila2 ms saja dia akan terjaga.nnt perkara pertama dia cari ialah saya. nangis xdpt dipujuk nnti..huhu

  • Nama aku Ijan

    Pinky, huhu...kesiannya ko..x pa la b'korban demi teddy kecil ^^ . Aku akan pg menonton mlm ni...jadi biar aku ja yang mwakilkan ko. psstt...s'sungguhnya sabar itu sparuh dari iman.

  • Ilyana

    a'an,
    sampaikan salam saya pada Jake dan Edward ok?hehe..

  • Unknown

    kesian..hehe..download je...lg senang..

  • wildnara lya

    awakk..saja nak jeleskan..kita nak balik bp hjg mgu ni tgk eclipse ngan shu :P..hehe. awak jgn sedeh2 ye..kita mula2 je excited nak mati smpi sanggup beli keempat2 novel twilight tuu..skrg ni mcm ala2 je sbb smpi skang tak jumpe edward kita XD...luv u bebeh..(tgk dvd pun ok gak)

  • lily lotus

    siannya..takpelah kalau camtu u buatlah mini-cinema dirumah saja..ehh akak pun boleh tumpang sebab kita senasib :D

  • Ilyana

    edy,
    selama ni mmg download pun.. tp nak download kena tggu yg quality dvd ori baru best. so..mmg kena tungguuuu...adeh. penantian 1 penyeksaan

    elly,
    huhu..awak saja je kan? sedey tak dpt join.tp nak buat mcm mana..awak ajak shu enjoy puas2 dlm tempoh 9bln ni.hehe.. luv u too, awak!!
    dvd pun dvd laaa..

    sis lily,
    niat dihati mmg nak buat mcm tu la. tp ongkosnya belum ckp.hehe.. jom, jom.. kita buat tayangan mini. bapak2 dok luar jaga anak

  • aZZa

    ermm.. susahkan nak tengok wayang skg..

    u one of them. jom jawab tag

  • Ilyana

    donut,
    dah pnh jwb tag ni dulu.. hehe.. fuhh..selamat!

    http://diaryseorangaku.blogspot.com/2010/03/kena-tag.html

Related Posts with Thumbnails