Monday, 20 December 2010

"Akhirnya.."

Tahniah buat sahabat saya,
Farlina dan Mamat..

"Akhirnya.. kawen jugak korang kan?"

hehehe..

Itu ucapan yang saya tulis dalam kad kecil
yang saya selitkan di atas hadiah untuk mereka.

Kawan saya - si cantik Farlina..
anak duta yang baru beberapa tahun kembali ke Malaysia..
yang Bahasa Melayunya masih kelam-kabut,
yang masih tak dapat bezakan pokok pisang dengan pokok kelapa,
jatuh cinta dengan Azi Zulfira atau lebih dikenali sebagai Mamat
masa zaman-zaman kami di kolej Matrikulasi (2001).

Memang bercinta bagai nak rak.
Dalam kuliah bukan nota kuliah yang ditulis,
tapi kertas penuh dengan simbol-simbol hati (love).
Sepanjang perjalanan telinga sentiasa bersumbat dengan 'handsfree'..
bercakap 24 jam di telefon dengan Mamat.

Lepas Matrikulasi kami terputus hubungan.
Tapi dari cerita kawan-kawan,
hubungan mereka terputus.
Kemudian bersambung kembali.
Kemudian putus lagi.
..berulang beberapa kali.

Sampailah tarikh 18 Disember yang lepas..

Saya gembira menyaksikan hari mereka disatukan.

"Congrats Farlo!!
Kau sangat cantik malam tu.. Gorgeous.."


Masa saya bersalaman dan berpelukan dengan Farlina,
dia sempat bisikkan ke telinga saya..

"akhirnya..kan?"

Saya hairan sebentar.
Dia dah baca kad ucapan saya ke? hehe..



(Gambar-gambar sekitar majlis)










0 stalker (s):

Related Posts with Thumbnails