Cik Diari, awak simpan lagi kan cerita lama tu?
..ada kat sini..
Ye tau,
awak gelakkan karipap saya yang rupa macam dinosour tu.
Jadi kali ni saya mengambil langkah bijak.
Saya memang tiada bakat untuk mengelim karipap.
Jadi saya beli penerap karipap.
Selesai 1 masalah.
Bukan, bukan..!!
saya tak mengandung lagi..
dan saya masih di Malaysia.
Cik Diari,
Awak hairan kenapa saya tak beli saja karipap pasar malam?
..sebab Teddy kecil saya suka makan karipap..
(Patutla kan? Dia yang minta karipap masa kami di UK dulu tu. Hehe..)
dan karipap komersial selalunya pedas.
Jadi dia cuma makan kelimnya sahaja.
Kadang-kadang dia menjerit apabila terasa pedas.
Jadi saya berusaha untuk membuat karipap lagi.
..mempersembahkan..
karipap yang sempurna.
.The perfect curry puff.
(ops, tak berapa sempurna sbb hangit sikit. Saya sibuk membasuh pinggan di sinki ketika menggorengnya)
Saya juga ada membuat beberapa percubaan membuat pizza.
Pizza yang pertama sangat hodoh rupanya.
Tamak sangat sebab kalau boleh nak letak banyak-banyak inti atasnya.
Sosej potong tebal-tebal kononnya mahu lebih 'berasa'.
Nasib baik sedap.
Pizza kedua - sambal bilis.
Sangat sedap dan rangup. Rotinya saya buat nipis-nipis.
Tabur sedikit kepingan cili atasnya.
Pizza ketiga - pizza sardin untuk Teddy kecil
Ni istimewa sebab Daddy dia yang buatkan.
Pizza percubaan keempat - sempurna!!
Buat 2 keping dalam masa 1 jam dan licin tak sampai 5 minit!
Inilah rupa pizzanya..