*/ entry will be written fully in Malay.. Jen, take out ur dictionary.hehe... /*
***
Kemeja batik putih untuk Bebek***
Tempat : Pasar Payang, Kuala Terengganu
Mahal tu. Aku mana ada duit banyak2 nak beli kemeja batik berkain lembut macam sutera macam tu. Tapi Kemeja putih tu cantik.. Nak belikan untuk orang.
Tapi aku beli jugak
Untuk Bebek. Istimewa untuk Bebek..
Untuk dia pakai masa aku konvo nanti. Biar orang lain cemburu tengok kemeja batik putih yang cantik tu.
******
" Nak pergi mana ni? "
" Sembahyang Jumaat "
" Kenapa pakai kemeja putih tu? "
Bebek tersengih.
Suka betul dia pakai. Sembahyang Jumaat pun pakai.
******
Kenapa panggil 'Bebek'?
Mama kata, sebab dulu aku dengar mama panggil dia 'Bapak'.
Masa tu kecik2 lagi.. Nak menyebut pun tak reti. Jadilah 'Bebek'..
******
Heran.
Kenapa semua orang ada abah?
Aku cuma ada mama
Tapi takpe, aku ada bebek..
******
Bebek suka manjakan aku.
Bawak jalan2 waktu petang naik moto, beli jajan kat kedai cina.
Nanti nyonya tu cakap cina dengan aku.
Aku senyap. Tak faham.
Nyonya pandang Bebek
"???????? (bahasa Cina jugak)"
"Saya melayu la nyonya..." Bebek kata. Nyonya terus mintak maaf.
******
Kecik2 dulu aku gemuk. Sangat2 gemuk.
Bebek la ni..
Tiap hari bancuhkan air susu 'Dumex'(sejenis jenama susu kanak2), bubuh dalam botol susu aku.
Bebek kata, susu 'DUMOK' sebab buat aku jadi GUMOK..
******
Tempat : Darjah 1 Biru, Sekolah Rendah Convent Batu Pahat.
Hari pertama sekolah.
Bebek hantar.
Bebek tunggu kejap, lepas tu balik bila kelas bermula. Aku terpinga-pinga.
Tengok luar kelas, mak bapak budak2 lain tunggu.
Ada budak yang nangis2 bila tak nmpk mak bapak diorang.
Huh, ngade2.. Mama slalu tinggalkan aku bila kerja kat Muar seminggu lebih aku tak nangis pun.
******
Jadi budak gemuk buat aku malas.
Pergi sekolah yang dekat tu pun nak bebek hantar naik motor.
Sampai darjah 6, dah ada basikal pun Bebek hantar.
Kadang2 motor rosak, Bebek ambik naik basikal aku.
Bersusah payah bebek mengayuh basikal bila aku yang gemuk ni membonceng kat belakang.
******
Dulu basikal buruk..
Lepas tu dapat basikal mountain bike sebab UPSR dapat 4A.
bangganya, jadi orang yang mula2 ada mountain bike antara kawan2 yang lain.
Kegilaan terbaru, lumba basikal.
Bia jatuh, tangan terkehel, Bebek la yang urut.
Bebek memang tukang urut.
"Sakitlaaa!!!" aku 'ter'terajang Bebek masa dia tarik tangan aku untuk betulkan urat.
Tak sengaja. Tu lah, lumba basikal lagi..
******
Darjah 6 dah pandai bawak motor.
Sian bebek.
Selalu hilang motor.
Aku curik, bawak pusing2 taman.
******
Bebek suka tengok wrestling. Aku tak suka. Ngeri.
Bila ada wrestling mesti berebut TV. Bila dapat remote control, aku sorokkan blakang aku.
Tak bagi bebek tukar siaran wrestling. Aku nak tgk kartun.
Bila bebek dapat remote, jangan harap dia nak bagi aku.
Bila aku kalah, tutup TV, masuk bilik..
Sakit hati dengar bebek gelak2 sambil bukak TV balik.
*******
Bebek takde gigi.
Aku slalu ajuk cara dia makan.
Macam dinosour yang makan daun dalam cerita jurassic park.
*******
Kalau lalu tepi bebek, suka usik dia
Tarik Hidung dia time dia tdo, lps tu lari..
Kalau aku tengah baring pulak,
nanti bebek tarik telinga aku, kadang2 tarik kaki.
Bila aku marah, nanti dia gelakkan aku je.
*******
Bila bebek sakit
Aku tarik hidung dia pun tak marah lagi
Aku bukakkan wrestling pun dia tak larat nak tengok
Aku bagi kunci motor pun dia tak larat nak pegang
Aku suapkan pun dia tak nak makan
*******
Kemeja Batik Putih tu
Dia tak sempat pakai untuk majlis Konvo aku
Dia tak dapat bertahan sampai bulan 8 ni
Masa dia sakit, aku tak boleh terima kenyataan
Aku ingat dia takkan tinggalkan aku
Tapi lama2 aku sedih
Sedih tengok dia menderita sakit
Malam sebelum dia pergi.. Aku doa pada Tuhan.
"Ya Allah..permudahkan perjalanan hidup dan mati Bebek..
Kurangkanlah seksanya.."
aku izinkan Bebek pergi kali ni
*******
Esoknya, mama telefon..
Bawa berita yang aku dah jangkakan
Akhirnya Bebek pergi jua, tinggalkan aku..
..aku rindu Bebek...
Ya Allah, peliharakan Bebek
Tempatkan rohnya dikalangan insan2 yang Kau kasihi..
Peliharakan dia..
Peliharakan juga Allahyyarham abah,
serta Allahyarhamah nenek dan mak long kesayanganku